Belum ada kekasih, Fara Fauzana dah siapkan kad kahwin dan hantaran - Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang paling sesuai digambarkan tentang diri Fara Fauzana, penyampai radio popular Hot FM. Difahamkan, Fara Fauzana sendiri mengakui telah bersedia untuk menamatkan zaman bujang pada bila-bila masa memandangkan usianya yang sudah menjangkau 33 tahun.
Ekoran keterujaan Fara Fauzana untuk berkahwin, beliau telah menyiapkan sendiri kad undangan perkahwinan dan barang hantaran. Di sebalik persiapan itu, Fara Fauzana turut mengakui belum menemui calon lelaki yang boleh dijadikan suami selepas kali terakhir bercinta dua tahun lalu.
Ini bermakna, Fara Fauzana belum ada kekasih setakat ini. Siapakah yang berminat mengisi jawatan kosong yang ditawarkan oleh Fara Fauzana? Jom, jangan lepaskan peluang ini. - Utusan Malaysia