Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012 Musim 2 - Populariti dan kehebatan lawak Kumpulan Jozan langsung tidak dapat dipertikaikan apabila sekali lagi merangkul trofi kejuaraan rancangan Maharaja Lawak Mega 2012 Musim 2 kali yang kedua berturut-turut sebentar tadi. Walaupun Kumpulan Jambu dan Boboi menampilkan persembahan yang mantap dan menakjubkan malam ini namun ianya masih tidak cukup untuk menghalang Kumpulan Jozan yang sememangnya mempunyai ramai peminat.
Tahniah diucapkan kepada Jozan. Selaku juara, Jozan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500,000 bersama trofi, manakala Jambu yang menjadi naib juara membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM250,000 bersama trofi dan Shiro di tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM150,000 bersama trofi. Bagi Kumpulan Boboi dan SayWho, mereka hanya mampu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi masing-masing sebagai hadiah saguhati selepas menduduki tempat keempat dan kelima.
Dengan pengumuman para pemenang Maharaja Lawak Mega 2012 sebentar tadi maka rancangan ini berakhir secara rasminya bagi musim kedua. Nantikan pula rancangan Maharaja Lawak Mega 2012 untuk musim ketiga. Itu pun kalau ada.