Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Chong Wei Juara Malaysia Open 2013

$
0
0

Chong Wei Juara Malaysia Open 2013 - Nampaknya belum ada seorang pun pemain pelapis negara yang dapat menggantikan Lee Chong Wei sebagai pemain perseorangan nombor satu negara memandangkan hanya kelibatnya kelihatan di pentas Final Terbuka Malaysia 2013. Mengulas mengenai kemenangan mudah Chong Wei ke atas Sony Dwi Kuncoro sebentar tadi (21-7, 21-8), tidak dapat dinafikan Chong Wei sudah pulih kembali kepada prestasi asalnya.


Bukan mudah untuk menewaskan Sony Dwi Kuncoro kerana pemain ini mempunyai corak permainan yang kemas dan mengelirukan. Dalam 12 pertemuan mereka sebelum ini, Sony menang lima kali ke atas Chong Wei termasuklah dalam perlawanan suku akhir di Kejohanan Dunia 2007 di Kuala Lumpur dan 2009 di India.


Kejuaraan Lee Chong Wei sebentar tadi merupakan kali yang kesembilan dan menjadikannya pemain Malaysia paling berjaya sepanjang zaman. Sebelum ini, beliau telah menjuarai Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali iaitu pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012. Lebih manis dan menarik lagi, kejuaraaan kesembilan ini melengkapkan kejuaraan bergandanya selepas turut memenangi Terbuka Korea minggu lepas. Lepas ini, Chong Wei makin kaya. Tahniah di atas kejayaan itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Trending Articles