Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

TAHNIAH! Eina Azman selamat bersalin, lihat foto-foto wajah bayi yang dilahirkan begitu comel sekali

$
0
0
Tahniah kami ucapkan kepada Eina Azman dan juga suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet kerana telah selamat menimang cahaya mata hari ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh suami pelakon wanita berkenaan di laman Instagram.

Apa yang lebih menggembirakan, pasangan itu dikurniakan dengan cahaya mata kembar. Bagaimanapun, melalui perkongsian suami Eina, tidak dinyatakan jantina penyeri kehidupan mereka itu.

Selain itu, Instagram Eina Azman turut mendapat ucapan tahniah dan selamat berpantang.


Sebelum ini, Eina menjelaskan dia dan juga suami tidak mahu membesarkan anak mereka dalam keadaan mewah dan dalam masa yang sama turut merahsiakan jantina anak mereka.

Apa pun, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan pastinya peminat menantikan kehadiran gambar anak kembar pasangan ini.

Mari lihat foto-foto bayi Eina di SINI.

Sumber: Rotikaya


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594