Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Fizz Fairuz sarung cincin dan sorok majlis pertunangan adalah haram - Wan Akashah

$
0
0

Komen Pendakwah Selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid - Tindakan Fizz Fairuz yang menyarungkan cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu tindakan salah daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam.

Wan Akashah Wan Abdul Hamid, seorang pendakwah selebriti berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah meskipun sudah bertunang.


"Kita perlu faham bahawa selagi belum berlakunya akad nikah, tunang kita masih lagi bukan mahram, maknanya tidak boleh disentuh. 
 
"Hadis Nabi ada menyebut sesiapa yang berkahwin, ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya. 

"Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara,"
katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.


Wan Akashah diminta mengulas penyebaran gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, dengan seorang wanita yang dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.

Salah satu gambar itu memperlihatkan Fizz menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan yang biasanya dilakukan oleh ibu ataupun individu wanita, mewakili pihak lelaki dalam sesebuah majlis pertunangan.


Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan.

Dalam adat orang Melayu, bertunang adalah satu perjanjian dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan yang berjanji untuk berkahwin.

Sebagai tanda diikat, wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijabkabul. - mStar






Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594