Video gol Johor Darul Takzim vs Negeri Sembilan 2 Mac 2013 - Sebentar tadi, perlawanan hebat di antara Johor Darul Takzim menentang Negeri Sembilan baru sahaja tamat berlangsung di Stadium Larkin, Johor. Seperti dijangka, Johor Darul Takzim tidak mensia-siakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila menewaskan Negeri Sembilan, 2-1. Kedua-dua gol Johor Darul Takzim dijaringkan oleh Kamarul Afiq pada minit k-83 dan Nurul Azwan Roya pada masa kecederaan (ke-90'), manakala gol tunggal Negeri Sembilan pula dijaringkan oleh Rashid Mahmud pada minit ke-29. Kemenangan ini meletakkan Johor Darul Takzim di tangga teratas Liga Super dengan mengumpul 16 mata, satu mata mengatasi ATM. Jom tonton video penuh gol perlawanan dramatik Darul Takzim vs Negeri Sembilan.
Gol Negeri Sembilan (Rashid Mahmud, 29')
Gol Johor Darul Takzim (Kamarul Afiq, 83')
Gol Johor Darul Takzim (Nurul Azwan Roya, 90')