Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Terkini : Raja Muda Agbimuddin Kiram masih hidup tetapi hampir mati kelaparan

$
0
0

Raja Muda Agbimuddin Kiram masih hidup tetapi hampir mati kelaparan - Raja Muda Agbimuddin Kiram yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, dipercayai masih hidup dan selamat di Lahad Datu. Bagaimanapun, dia dan pengikut-pengikutnya berada dalam keadaan sangat kelaparan kerana terpaksa bersembunyi daripada anggota keselamatan Malaysia, kata ahli keluarganya pada petang tadi (8 Mac 2013).

Menurut jurucakap Sultan Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata berdasarkan maklumat yang disampaikan Agbimuddin sendiri, anggota tentera Sulu kini sudah berkumpul semula selepas berpecah sebelum ini ketika serangan pertama anggota keselamatan Malaysia ke atas mereka pada 1 Mac lalu.

"Mereka sentiasa bergerak, tidak dengan bot atau dengan mana-mana cara pengangkutan tetapi keupayaan sendiri, mereka berjalan. Mereka sangat kelaparan," kata Idjirani pada sidang media seperti yang dilaporkan Philippine Daily Inquirer.


Abraham Idjirani berkata dia telah dihubungi oleh Agbimuddin Kiram kira-kira pukul 2.30 petang tadi (Jumaat). Terdahulu, anak perempuan daripada Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media bahawa bapa saudaranya masih selamat di Lahad Datu. - mStar



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Trending Articles