Statistik terkini jumlah kematian polis, tentera dan pengganas Sulu 9 Mac 2013 - Pasukan keselamatan negara meneruskan Ops Daulat hari keempat semalam (8 Mac 2013) dengan insiden yang paling mencemaskan ialah penahanan dua orang awam oleh tujuh individu bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian polis, tentera dan penceroboh setakat jam 8.00 pagi, 9 Mac 2013.
Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 3 orang
Anggota polis ditawan - 2 orang
Anggota tentera terkorban - Tiada
Anggota tentera cedera - Tiada
Anggota tentera ditawan - 1 orang
Penjawat awam ditawan - 1 orang
Pengganas Sulu terbunuh - 52 orang
Pengganas Sulu cedera - ? orang
Pengganas Sulu ditangkap - 79 orang