Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Dua anggota polis cedera ditembak pengganas Sulu 10 Mac 2013

$
0
0

Dua anggota polis cedera ditembak pengganas Sulu 10 Mac 2013 - Dua anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam kejadian tembak-menembak dengan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu kira-kira pukul 8 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam pertempuran selama enam jam itu itu, dua anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri cedera ditembak di bahagian betis dan peha. Mereka dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan untuk rawatan lanjut. 

Bagaimanapun menerusi sidang media pada Ahad, Hamza tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat musuh yang berjaya ditembak atau tidak dalam pertempuran tersebut. - mStar



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594