Statistik jumlah kecederaan dan kematian polis, tentera dan pengganas Sulu 13 Mac 2013 - Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari kelapan semalam (12 Mac 2013) dengan kejadian yang paling menyedihkan ialah kematian dua tentera ATM akibat ditembak mati pengganas Sulu dan kemalangan jalanraya di Lahad Datu. Menurut peseluruhjaya polis Sabah, sebanyak 24 mayat pengganas Sulu telah berjaya dibawa keluar dari zon merah semalam dengan salah seorangnya ialah Komandor Musa, juga merupakan perancang dan ketua sebenar di sebalik pencerobohan di Lada Datu. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan kecederaan polis, tentera dan pengganas Sulu setakat jam 6.30 pagi, 13 Mac 2013.
Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 5 orang
Anggota polis ditawan - 2 orang
Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - Tiada
Anggota tentera ditawan - 1 orang
Orang awam terkorban - 1 orang
Orang awam cedera - 1 orang
Orang awam ditawan - 1 orang
Individu disyaki ditangkap - 105 orang
Pengganas Sulu terbunuh - 56 orang
Pengganas Sulu cedera - 1 orang
Pengganas Sulu ditangkap - 97 orang