Keputusan Malaysia vs Pakistan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 14 Mac 2013 - Perlawanan keempat Malaysia menentang Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 baru sahaja tamat berlangsung tadi di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Malaysia hanya mampu seri dengan Pakistan selepas banyak mensia-siakan 11 sudut penalti selain kelekaan bahagian pertahanan. Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh Faizal Saari pada minit ke-6 dan Razie minit ke-52, manakala gol Pakistan pula dijaringkan oleh Imran pada minit ke-15 dan Shafqat minit ke-62. Berikut ialah keputusan penuh Malaysia vs Pakistan.
Malaysia (2) - (2) Pakistan (FT)
Walaupun seri, Malaysia masih berpeluang cerah untuk mara ke perlawanan akhir jika dapat menewaskan India dalam perlawanan kelima nanti. Kini, Malaysia mengekori Australia di tangga kedua dengan masing-masing mengumpul 8 mata namun dibezakan dengan jaringan.