Tiga kubur 15 mayat pengganas ditemui pagi tadi - Melalui sidang media yang dibuat oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib petang tadi, beliau mendedahkan bahawa tiga lagi kubur pengganas Sulu ditemui di Kampung Tanduo pagi tadi.
Ketiga-tiga kubur berkenaan mengandungi 15 mayat pengganas Sulu yang dipercayai ditembak ketika pertempuran sengit pada 1 Mac lalu.