Menurut polis, ketika kejadian mangsa sedang berbasikal bersama suaminya di negeri Madhya Pradesh, sebelum didatangi tujuh atau lapan lelaki yang menyerang pasangan itu kelmarin.
Kumpulan penyerang itu dilaporkan merompak pasangan tersebut, sebelum merogol wanita terbabit di hadapan suaminya.
Kes tersebut berlaku selepas seorang pelajar perubatan mati akibat dirogol secara berkumpulan di dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember lalu. - Utusan