Live streaming ATM vs Kelantan Liga Super 29 Mac 2013 - Malam ini akan berlangsung perlawanan hebat antara ATM menentang Kelantan pada jam 8.45 PM di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi, Negeri Sembilan. Pasukan Kelantan yang kini menghuni tangga ke-8 Liga Super amat memerlukan kemenangan berterusan untuk kekal dapat bersaing dengan pasukan-pasukan tangga teratas Liga Super yang lain. Siaran langsung perlawanan ini boleh ditonton terus menerusi saluran Astro Arena 801 (turut akan disediakan di bawah 30 minit sebelum sepak mula) bermula seawal jam 8.35 PM.