Berita tergempar bakal mengejutkan korang apabila dua pelawak terhebat Malaysia iaitu Johan dan Zizan telah ditawarkan kontrak selama 3 tahun untuk memperkuatkan bahagian serangan Skuad Selangor musim depan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mereka. Rupanya, mereka bukan sahaja memiliki bakat melawak, menyanyi dan menari tetapi kemahiran atau skil kawalan bola yang sangat bagus sehingga ditawarkan kontrak serta-merta oleh Skuad Selangor. Memang hebat mereka berdua namun sayang kerana entri ini hanya tipu belaka dan sekadar bertujuan untuk menghiburkan korang yang tekanan dan keletihan.
↧