Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Budak 5 tahun diculik dan dirogol berulang-ulang jiran

$
0
0

Budak 5 tahun diculik dan dirogol berulang-ulang jiran - Seorang budak berusia lima tahun kini bertarung dengan maut selepas dia diculik dirogol berulang kali oleh jirannya selama empat hari, dalam kes rogol yang membangkitkan kemarahan rakyat India.

Budak berkenaan diselamatkan selepas jiran yang menetap di pangsapuri yang sama mendengar dia menangis di dalam rumah suspek.Dia dilaporkan hilang pada Isnin lalu dan hanya ditemui pada hari Khamis.

Doktor yang merawatnya, Dr R.K. Bansal berkata, kes rogol ini adalah yang paling kejam pernah ditanganinya.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan terhadap kemaluan kanak-kanak itu mendapati terdapat objek asing termasuk botol 200ml dan sebahagian lilin yang patah.

“Dia amat takut dan berada dalam keadaan separa sedar. Namun kanak-kanak ini tidak membenarkan kami membuat pemeriksaan lanjut ke atas badannya kerana dia berada dalam kesakitan yang amat sangat.

“Tempoh 48 jam ini adalah tempoh yang paling kritikal yang akan menentukan sama ada kanak-kanak ini akan terus bernafas atau meninggal dunia,’’
katanya.

Kanak-kanak itu juga, katanya mengalami kecederaan di bahagian dada, bibir serta pipi dan dia telah dipindahkan ke All India Institute of Medical Sciences bagi membolehkan rawatan terbaik diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, ibu kanak-kanak berkenaan mendakwa pihak polis cuba memberi wang sogokan sebanyak 2,000 rupee agar dia sekeluarga tidak mengambil tindakan selepas budak itu diselamatkan.

“Malam semalam, seorang anggota polis datang ke rumah saya dan menyerahkan wang berkenaan. Dia memberitahu, wang itu dapat menampung perbelanjaan harian saya. Jelasnya lagi dengan melibatkan orang ramai, kes ini tidak akan kemana-mana.

“Anak saya diculik ketika dia keluar bermain. Lelaki itu telah mengurungnya di dalam bilik dan merogolnya. Saya mahukan keadilan daripada kerajaan,’’
katanya.

Polis di Delhi bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya suspek sudah dikenalpasti. - Jomberita



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594