Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

3 Foto terkini Sharifah Sakinah semakin seksi

$
0
0
Foto terkini Sharifah Sakinah semakin seksi - Sejak akhir-akhir ni, makin banyak pula gambar-gambar yang seksi yang di muatnaik oleh Sharifah Sakinah di laman Instagram peribadinya.

Meskipun sering dicemuh dengan macam-macam ayat teguran dan sindiran dari peminat Sharifah Sakinah tetap berjiwa batu lagi padu kerana masih terus berani memuatnaik gambar-gambar seksi yang menyeksakan.

Bak kata peminat "Nak cakap banyak pun tak guna, biar gambo berbicara ye dak." Mari layan tiga keping gambar terkini Sharifah di bawah yang semakin menyeksi.






4 Gambar Diana Danielle pakai gaun ketat merah menyala di Anugerah Lawak Warna 2014

$
0
0
Ketika ini di Teater Selangor, Shah Alam, Selangor berlangsung majlis gilang gemilang untuk merai penggiat industri komedi tanah air, Anugerah Lawak Warna yang menampilkan 15 anugerah terbaik, tiga anugerah popular dan dua Anugerah Khas Juri bakal menjadi rebutan.

Penganjuran kali kedua Anugerah Lawak Warna ini disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Warna dan juga Astro Mustika HD bermula sekitar 8.30 malam untuk acara karpet merah.

Seperti yang boleh anda lihat di bawah, barisan selebriti kesayangan anda hebat berfesyen ketika melalui acar karpet merah dan antara yang kelihatan adalah Sharnaaz Ahmad, Rosnah Mat Aris, Elfira Loy, Diana Danielle, Sari Yanti, Yus Jambu, Intan Ladyana dan ramai lagi.

Kita saksikan siapa yang mampu membawa pulang anugerah pada malam berprestij ini.






Fesyen paras dada Sharifah Sakinah paling mengejutkan di Anugerah Lawak Warna 2014

$
0
0
Salam peminat! Dah agak lama rasanya kita tak menonton majlis anugerah kan? Tapi nampaknya malam tadi kita sekali lagi menyaksikan seluruh warga pelawak dan golongan yang menghasilkan karya komedi diiktiraf menerusi Anugerah Lawak Warna 2014.

Kalau anda masih ingat, filem Istanbul Aku Datang berjaya membawa pulang trofi Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly) pada tahun lepas.

Namun tahun ini, filem Sejoli terbitan Grand Brilliance berjaya mengungguli Anugerah lawak Warna 2014 dengan memenangi beberapa anugerah antaranya Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem (Bront Palarae), Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Maya Karin), Lakon Layar Komedi Terbaik Filem, Skrip Komedi Terbaik Filem, dan Pengarah Komedi Terbaik Filem (Osman Ali).

Bagi yang terlepas menonton, jom tengok senarai penuh pemenang di bawah ini:
  1. Filem Komedi Terbaik – Sejoli (PrimeWorks Studio)
  2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) – Bront Palarae (Sejoli)
  3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) – Maya Karin (Sejoli)
  4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) – Kazar Saisi (Bila Joyah Dan Goyah)
  5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) – Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
  6. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri) – Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
  7. Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) – Oh My English – April Fool (Red Communication)
  8. Siri Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri) – Karoot Komedia Raya
  9. Rancangan Komedi TV Terbaik (Bukan Bersiri) – Bila Joyah Dah Goyah
  10. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem) – Sejoli
  11. Skrip Komedi Terbaik Filem – Sejoli
  12. Pengarah Komedi Terbaik (TV) -Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin
  13. Pengarah Komedi Terbaik (Filem) – Sejoli – Osman Ali
  14. Artis Lawak Lelaki Paling Popular – Jepp (SepahTu)
  15. Artis Lawak Wanita Paling Popular – Sharifah Sakinah
  16. Segmen Komedi Radio Paling Popular – Johara Pagi Era – Sketsa Johara

Abby Abadi dedah perangai sebenar bekas suami, Farhan

$
0
0
Abby Abadi dedah perangai sebenar bekas suami, Farhan - Bekas pelakon terkenal, Abby Abadi menuntut sejumlah wang yang diberikan kepada bekas suaminya iaitu Farhan selepas tuntutan secara baik yang dibuatnya tidak dilayan.

Perkara ini memaksa Abby Abadi membuat laporan polis dan juga tindakan dari undang-undang. Dikatakan Abby Abadi memberi pinjaman mencecah puluhan ribu kepada Farhan untuk membeli kereta namun sehingga sekarang belum diselesaikan. Ini kata Abby Abadi:

“Kalau ikutkan dari awal lagi saya tak nak kaitkan dia lagi dan besar-besarkan kes ini tapi usaha saya untuk menuntut semula hak saya secara baik tidak dilayan."

“Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan."

“Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya,” 

“Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini,”

Diharap Abby Abadi dan Farhan dapat menyelesaikan masalah ini. Dengarnya Abby Abadi pun dah move on dan mempunyai kekasih hati yang baru.


5 Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun

$
0
0
Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun - Mari layan sekeping gambar wajah terkini isteri keempat penyampai radio terkenal, Saleh Yaakob yang bernama Emi atau nama penuhnya Samihah Sheikh Ali.

Usia isterinya masih muda iaitu 27 tahun, seorang yang semakin cantik dan memiliki kulit putih serta bentuk badan yang langsing dan menawan. Bertuah sungguh pelawak dan pengacara terkenal Salleh Yaakob, tak gitu?






4 Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan

$
0
0
Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan - Pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui dia menjadi kuat makan sejak mengetahui dirinya hamil anak ketiga, beberapa bulan lalu.

Malah, dia juga kini lebih kerap makan nasi pada waktu siang dan malam selain tekaknya lebih menggemari makanan masin dan masam.

Memetik kenyataan dalam Harian Metro, Che Ta berkata, “yang saya perasan, bila mengandung, saya lebih gemar makanan masin atau masam. Manakala makanan manis berat untuk saya telan”.

Pelakon berusia 41 tahun ini juga mendedahkan suaminya, Zain Saidin turut menjadi kuat makan berikutan sering menemani dirinya ketika menjamu selera.

Ini merupakan kehamilan kali ketiga Che Ta, sebelum ini hasil perkahwinan terdahulu, aktres tersebut dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezra, 16.





Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan

$
0
0
Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan - Jika dilihat pada laman Facebook Astro, banyak soalan yang diajukan oleh pengguna kepada admin laman berkenaan.

Yang bagusnya, boleh dikatakan setiap post pengguna dibalas oleh admin page berkenaan.

Terbaru, salah seorang pelanggan ASTRO telah merungut secara terbuka di page berkenaan mengenai kekerapan Astro mengulangi program televisyennya. Pelanggan tersebut ialah Mohd Ashaari dan beliau menulis seperti berikut:

“Astro setiap tahun ulang-ulang saja ceritanya. Astro.. Astro..”

Rungutan ini telah dibalas dengan panjang lebar oleh admin page berkenaan. Admin page berkenaan turut menjelaskan Astro sebenarnya mengulangi program TV mereka supaya mereka yang terlepas siaran boleh menontonnya semula siaran tersebut di lain waktu kerana kelainan jadual peribada.

Menurutnya juga, syarikat tersebut sememangnya beroperasi berdasarkan prinsip ulangan siaran. Harap dengan penjelasan ini, para pengguna dapat memahami situasi yang sedang dialami pihak ASTRO. Kredit kepada blog siakapkeli dan mymediahubonline.



8 Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian

$
0
0
Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian - Amboi seronok betul pasangan baru ini iaitu Tiz Zaqyah dan teman lelakinya, Daniel Haziq. Bagus betul Tiz Zaqyah ini.

Mana tidaknya, di kala orang ramai mengambil keputusan untuk bercuti di luar negara, Tiz dan rakan-rakannya ke Pulau Perhentian untuk merehatkan badan.

Semangat cuti-cuti Malaysia sebeginilah yang kita mahukan. Sekurang-kurangnya dapat membantu perkembangan industri pelancongan Malaysia.

Sweet juga Tiz dan kekasih hatinya kan? Pakai baju sama. Hehehe. Memang comel betul. Sama cantik sama padan. Semoga hubungan mereka akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

Penulis agak jeles melihat Tiz dengan hebatnya menyelam dan melihat kecantikan dasar laut Pulau Perhentian. Memang cool sangat-sangat.











2 Foto fesyen terkini Yuna yang semakin rosak dan pelik

$
0
0
Foto fesyen terkini Yuna yang semakin rosak dan pelik - Apabila disebut mengenai fesyen tudung terkini, rata-rata remaja terutamanya mesti teringatkan penyanyi Yuna.

Kerana beliau merupakan seorang penyanyi yang selalu keluar di pentas nyanyian dengan imej fesyen tudungnya yang pelbagai. 

Fenomena fesyen tudung Yuna menjadi satu trend dan ikutan remaja masakini selain daripada fesyen tudung Wardina Safiyah dan Dato Siti Nurhaliza.

Bagi anda yang beragama Islam, dalam pemilihan tudung, menjadi satu kewajipan untuk memilih fesyen tudung yang mengikut landasan syariat Islam. 

Admin selaku seorang Muslim berasa bertanggungjawab dan tergerak hati untuk mengajak pembaca tidak kira lelaki atau perempuan agar sama-sama memilih fesyen masakini yang mengikut syariat. Eh, kenapa lelaki pula, lelaki tidak memakai tudung. 


Ya benar, namun lelaki juga sekiranya dia sayang ibu, isteri, atau kekasih kadang-kadang boleh menghadiahkan tudung sebagai lambang kasih sayang mereka, betul tak? Jadi pemilihan tudung yang tepat dengan kehendak Islam adalah penting untuk mereka ketahui.

Saya pasti pembaca juga tahu apakah fesyen tudung yang mengikut kehendak Islam, iaitu bukan sekadar menutup aurat rambut, tetapi aurat wanita! Rambut, leher, dada dan telinga termasuk dalam aurat wanita Islam. 

Ya, kadang-kadang ada pembaca yang tidak tahu mengenai hal ini, sekarang pembaca sudah mengetahuinya maka menjadi satu kewajipan untuk pembaca membuat pilihan fesyen tudung yang betul.

Admin hanya sekadar dapat memberitahu hakikat sebenar sahaja. (Qulil haq, walau kaana murran) Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit.


Jadi adakah fesyen tudung terkini lagi terbaru Yuna ini mengikut syariat Islam yang sebenarnya? Pembaca sendiri boleh melihat sendiri dan dengan bijaksana dapat menilainya dengan timbangan akal fikiran pemberian Allah.

Akhir bicara, dalam pemilihan fesyen tudung janganlah kerana trend semata-mata dan ikutan melulu. Sekiranya Admin ada terkasar bicara di dalam penulisan kali ini semoga dapat pembaca maafkan.

Tulisan dipetik dari blog pelikbinajaib.

4 Gambar kahwin Fiffy Natasya dan Muslim Azman

$
0
0
Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, 21, sah bergelar isteri kepada juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Muslim Azman, 27, di kediaman keluarganya di Putra Height, di sini jam 11 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan berwali bapa pengantin perempuan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Sujak.

Fiffy yang dihubungi memberitahu majlis sebentar tadi berjalan lancar seadanya.

"Saya gembira dan tenang melalui saat baru ini. Tak ada gementar sangat pun. Perasaan biasa-biasa saja."


Malam ini akan berlangsung persandingan kedua mempelai di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya. Pasangan ini bertunang pada 21 Disember tahun lalu.

"Majlis bertandang sebelah suami belum ditetapkan lagi tarikhnya. Berkemungkinan hujung tahun ini dan ia akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan."

Fiffy dan suaminya juga tidak menolak untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

"Bab anak itu kalau ada rezeki cepat, kami terima. Insya-Allah."





4 Gambar terkini bertudung Ayu Raudhah yang paling cantik

$
0
0
Dalam sibuk menghitung hari untuk bersalin anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin, Rozita masih sempat menguruskan perjalanan Butik Padusinya yang beralamat di No 17, Level 1, Jalan USJ 10/1F, Subang Jaya, Selangor.

Biar sudah mempunyai pengalaman melahirkan dua anak sebelum ini menerusi perkahwinan pertamanya, Rozita mengakui debaran itu sesekali bertandang saat menunggu kelahiran bayi perempuannya.

"Kalau nak kata tak berdebar, macam tipu juga. Bayangkan dulu saya beranak di usia 20 tahun. Ini selepas 16 tahun, nak rasai balik benda yang dulu, lain macam jugalah rasa berdebar itu."


Sementara itu, Rozita berkata butik Padusinya kini sedang rancak mempromosikan jubah wanita penuh glamor untuk digayakan pada sambutan Aidiladha yang jatuh 5 Oktober ini.

"Kalau siapa nak beli jubah ini boleh terus ke butik kami di Subang Jaya. Keindahan jubah ini kalau dipadankan dengan tudung pasti menambah seri di pagi raya. Jubah moden ini sarat dengan dengan perincian yang memberi suntikan segar. Boleh hubungi talian 03-80817988."

Berikut ialah tiga keping gambar Raudhah sudi menggayakan jubah berkenaan sebagai model yang paling cantik dan memikat hati.




Respon Lana Nordin isu gambar intim dengan lelaki bertatu

$
0
0
Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yang dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yang dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.

"Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.

"Dia seorang lelaki berkacukan Amerika - Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yang serius, " katanya yang dihubungi mStar Onlinemenerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.

Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut.

Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang puda kacak di Instagram miliknya.
Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelaki berkenaan mempunyai tatu dan tidak layak untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.


Sementara itu, Lana berkata, dia enggan mendedahkan identiti lelaki itu memandangkan foto tersebut telah mengundang kekecohan.

Malah Lana terpaksa membuang foto tersebut daripada laman Instagram kerana dia risau kekecohan tersebut mungkin boleh mengundang perasaan kurang senang individu itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ibadah ini berasa teruja apabila hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal tercapai.

Beritahu Lana, dia kini sedang menjalani latihan di terowong angin (wind tunnel) sebelum melakukan aktiviti terjun udara yang sebenar. - mStar

Gambar Datuk K baring berbantalkan peha gebu Datuk Siti Nurhaliza

$
0
0
Nampaknya jalinan cinta antara penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato’ K memang tetap utuh seperti di awal perkahwinan mereka.

Baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka ke-8 pada Ogos yang lalu, sekeping foto Dato’ K bermanja dengan Dato’ Siti jadi tumpuan peminat. Sila jangan jealous ya dengan keintiman pasangan favourite ramai ni.

Mana taknya, Dato’ K siap baring berbantalkan peha Dato’ Siti lagi tau! Sweet!Amboi! Bila tengok foto mereka berdua ni rasa macam lebih teruja pula nak kahwin cepat-cepat. Seronok bila ada tempat nak bermanja macam ni kan.


Bagaimanapun, ada juga yang tak berapa berkenan dengan foto yang dimuat naik oleh Dato’ Siti tu. Katanya macam nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan pula.Ha.. dek kerana komen tersebut, peminat Dato’ Siti pun apa lagi, teruslah berdebat mempertahankan idola mereka. 

Yelah, takkan nak share foto dengan suami pun salah kan? Bukannya censored part pun!Tak dapat dinafikan, semua orang ada pendapat masing-masing kan. Apapun kan lebih bagus jika kita doakan kebahagiaan pasangan ini daripada asyik mahu mencari salah mereka. Betul tak? - Ohbulan




13 Gambar terkini Zul Ariffin & Ayda Jebat semakin mesra dan intim

$
0
0
Nampaknya demam drama Rindu Awak 200% masih belum tamat lagi. Baru-baru ini Zul Ariffin dan Ayda Jebat dilihat telah hadir bersama-sama ke sebuah majlis yang berkaitan dengan kereta kebangsaan, Proton.

Kehadiran mereka berdua telah menjadi tumpuan ramai lebih-lebih apabila melihat kemesraan yang dipamerkan. Berpegangan tangan, berpeluk pinggang dan bertepuk tampar, Zul dan Ayda tampak seperti pasangan kekasih.

Adakah mereka berdua masih menghayati watak masing-masing dalam drama Rindu Awak 200% atau sememangnya Zul dan Ayda mempunyai perasaan sayang sesama sendiri? Yang pasti, mereka berdua memang ‘matching’ yang amat. 


Gambar-gambar yang diambil oleh peminat mereka ini jelas menunjukkan kemesraan. Para peminat sendiri tampaknya merestui sekira mereka mempunyai hubungan lebih daripada sekadar kawan. Kebanyakan peminat melahirkan rasa teruja.

Apa kata anda? Sesuaikah sekiranya Zul dan Ayda benar-benar bercinta? Bak pinang dibelah dua kan? Lagi beberapa gambar bintang drama Rindu Awak 200% ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. 

Terima kasih kepada para peminat yang menjadi paparazi penuh gaya untuk menangkap aksi mereka berdua. Tulisan artikel milik penuh Blog beautifulnara













Felixia Yeap dikecam lagi muatnaik gambar bersolat di Instagram

$
0
0
Kadang-kadang kami pun tak faham dengan cara pemikiran sesetengah orang yang tak habis-habis terus membuat penilaian terhadap saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia.

Setiap foto yang dimuatnaik oleh gadis itu seringkali menjadi medan kritikan bagi mereka yang sengaja mencari kesalahan dalam setiap gerak-geri Felixia, termasuklah soal penampilan dan ibadahnya.

Terkini, foto Felixia yang mahu menunaikan solat pula menjadi bahan perdebatan pengikut Instagramnya. Kata mereka, Felixia solat di hujung waktu? Haih.. Perlu ke?

Mungkin caption yang ditulis oleh Felixia itu sedikit sebanyak mendorong para netizen untuk membuat anggapan sedemikian rupa.


Kita tak tau sama ada Felixia memilih untuk solat sebaik sahaja masuk waktu atau di hujung. Jadi, tak adil rasanya kalau kita menuduh selebriti ini sengaja melewat-lewatkan solat. Tapi tak salah jika teguran dibuat dengan cara yang berhemah.

Bagaimanapun, ada juga individu yang memberi kenyataan balas terhadap mereka dan mengatakan bahawa Felixia masih lagi baru dalam mendalami agama Islam.


Kami turut bersetuju dengan pendapat yang diutarakan. Tidak semua orang sempurna, apatah lagi Felixia yang masih setahun jagung bergelar sebagai seorang Muslim.

Bukan apa, kita yang memang sejak azali dilahirkan sebagai umat Islam ni pun masih lagi banyak yang perlu diperbetulkan. Jadi, rasanya tak eloklah nak jadi judgmental begitu. Betul tak? Tulisan artikel milik penuh Portal Ohbulan.



Punca sebenar A. Aida saman bekas suami, DSP Suffian Sulaiman

$
0
0
Penerbit dan pelakon A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya, Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman yang gagal menunaikan janji untuk membayar nafkah terhadap anak mereka, Muhammad Rahul yang kini berusia enam tahun.

A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memberitahu Suffian tidak pernah memberikan sebarang nafkah seperti mana yang diperintahkan mahkamah iaitu berjumlah RM300 sebulan sejak disahkan bercerai pada 2 Mei tahun lalu.

Saya sebenarnya tidak kisah pun dia enggan membayar nafkah tersebut tetapi wang berkenaan adalah hak anak saya tambahan pula dia berkemampuan untuk berbuat demikian.

Sejak bercerai dia langsung tidak memberikan walaupun satu sen untuk nafkah anak dan perbuatannya itu tidak patut," katanya kepada mStar Online.

A.Aida ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Terdahulu, A.Aida menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan saman Penghutang Penghakiman mengikut Seksyen 176 Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1998 terhadap Suffian di kaunter mahkamah syariah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Kes itu akan disebut pada 16 Oktober depan.

Dalam pada itu, A.Aida menjelaskan selain tuntutan nafkah tertunggak yang mahu dituntutnya, ia termasuk juga yuran persekolahan Muhammad Rahul di sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berjumlah RM1,000 sebulan.

Hanya dua perkara sahaja yang saya minta daripada dia dan itu pun semata-mata demi kepentingan anak, itu sahaja," katanya.


Sementara itu, A.Aida berkata, pihak peguamnya pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Suffian dan lelaki itu menjelaskan ada membuka akaun di atas namanya dan memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk anak mereka.

Bagiamanapun A.Aida mempertikaikan tindakan bekas suaminya itu kerana wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepadanya untuk digunakan sebagai perbelanjaan anak mereka.

Suffian ketika bertemu media selepas sah bercerai dengan A.Aida pada 2 Mei tahun lalu.

"Peguam saya sudah minta dia membayar nafkah itu secara baik tetapi dia gagal berbuat demikian sebaliknya membuka akaun di atas namanya sendiri dan mendakwa memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk Rahul.

"Bagaimana saya ingin ambil wang berkenaan jika akaun itu di atas namanya?," soal A. Aida.

Dalam perkembangan sama, A.Aida turut mendedahkan sejak bercerai bekas suaminya itu melepaskan tanggungjawab anak mereka kepadanya dan hanya datang menjenguk kanak-kanak itu apabila dirasakan perlu.

"Sejak bercerai datang jumpa anak pun ikut sedap dia itu pun tiga ke empat bulan sekali," ujarnya.

Pasangan itu sah bercerai talak dua selepas konflik rumah tangga mereka tidak berkesudahan sehingga memaksa A.Aida memohon untuk bercerai secara fasakh sebelum Suffian bersetuju melepaskannya secara baik.

Mereka berkahwin pada 20 April 2007 dan Suffian merupakan seorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 17, dan Wan Azevanatassha yang berusia 12 tahun.

A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian. Tulisan artikel milik penuh mStar.

Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati

$
0
0
Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati - Nur Fahtia kini semakin popular sejak membintangi drama Ariana Rose. Kecantikan dan bakat lakonan Nur Fathia kian terserlah setelah berjaya memikat hati ribuan penonton menerusi drama yang diadaptasi dari novel terlaris berjudul The Wedding Breaker.

Nur Fathia yang memenangi watak utama wanita dalam Ariana Rose turut digandingkan dengan Keith Foo sebagai pelakon utama lelaki yang berbakat besar dalam dunia lakonan.

Berikut ialah profil dan biodata penuh Nur Fathia Pelakon Drama Ariana Rose TV3, juga sekeping gambar beliau tanpa memakai sebarang mekap namun tampil cukup memikat hati.

Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Nama Popular: Nur Fathia
Tarikh lahir: 1 September 1987
Umur: 27 tahun (2014)
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon dan Model
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Profil Instagram:http://instagram.com/fatiyalatiff
Profil Twitter: https://twitter.com/fatiyalatiff
Drama dan telefilem: Diandra, Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut, Ariana Rose (2014).



Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa

$
0
0
Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya - Satu lagi kematian melibatkan bayi berusia kira-kira tiga bulan dilaporkan berlaku di sebuah taska yang terletak di Putrajaya.

Mangsa yang dikenali Imna Khalisa meninggal dunia di Taska Permata Bonda Presint 11 dan didakwa hanya diketahui ibubapa mangsa selepas bapa mangsa pergi ke taska berkenaan. Punca kematian masih disiasat kerana pihak keluarga sedang menunggu keputusan autopsi.

Berikut ialah luahan sedih dan marah abang kepada bapa mangsa menerusi akaun facebook peribadinya. Tulisan artikel milik penuh blog mymediahubonline.

"Salam...
Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.

Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala.


Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa.

Trust me. Someone will pay and heads will roll.

Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot.

Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi."




3 Gambar panas Hanez Suraya pamer peha gebu di Pavilion

$
0
0
Bila agaknya para netizen akan berhenti mengecam pelakon putih melepak ni ya? Ada sahaja gerak-geri Hanez Suraya yang tampak sumbang di mata mereka.

Bukannya menyebelahi Hanez tetapi kadang-kadang kami kasihan juga pada pelakon yang kini katanya dah tak berapa nak ada ‘job’ disebabkan kontroversi bercinta dengan suami orang.

Jika sekitar bulan Ogos yang lalu nama Hanez kembali menjadi ‘hype‘ apabila foto baju nampak pusatnya tersebar, kali ini kami menerima fotonya tunjuk peha gebu pulak. Siap dengan komen kritikan pula tu!

Kami rasa tujuan Hanez memuatnaik foto ini adalah semata-mata mahu menunjukkan koleksi kasut terbaru daripada Jimmy Choo.

Namun mungkin dek kerana belahan skirt itu agak tinggi, ia nampaknya mengundang perasaan tak senang dalam kalangan netizen.


Tapi, jangan ingat Hanez dah tiada peminat ya! Meskipun dikritik teruk dengan penampilannya yang dianggap over itu, masih ada individu-individu yang mempertahankan Hanez okay!


Apapun, mungkin ada antara anda yang terfikir selepas ni apa pula kontroversi yang ingin di bawa oleh pelakon cantik ini. Kita tunggu jelah nanti ya. Tulisan artikel milik penuh portal ohbulan.





Luahan sayu Zamri Anuar, bapa bayi meninggal di Taska Permata Bonda

$
0
0
Luahan sayu Zamri Anuar, bapa bayi meninggal di Taska Permata Bonda - “Saya dapati bibir dan muka anak saya biru, pucat manakala, badannya pula sejuk serta tidak bernyawa lagi. Lebih mengejutkan, saya melihat banyak semut di keliling anak saya,” kata Muhamad Zamri Anuar, 35, bapa kepada Nur Imna Khalisa, bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan di Presint 11 di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang kelmarin, Muhamad Zamri bersama isteri Nafisah Ahmad Jauhar pergi ke pusat asuhan yang terletak di sebelah blok kuarters kediamannya bagi mengambil anaknya itu.

Muhamad Zamri berkata, isterinya keluar dari kereta bagi mengambil Nur Imna Khalisa di pusat asuhan itu sementara dia bersama anak sulung menunggu di tempat letak kereta sebelum isterinya keluar seketika kemudian dan memaklumkan arwah sudah meninggal dunia.


Menurutnya, dia terus bergegas ke pusat asuhan berkenaan sebelum mendapati arwah telentang tidak bernyawa di atas katil bayi.

“Saya ada tanya pengasuh di pusat asuhan itu mengenai apa yang berlaku namun tiada jawapan sebaliknya mereka juga terkejut dengan kejadian menimpa anak kami,” katanya.

“Saya kemudian bergegas membawa arwah ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum pemeriksaan lanjut mendapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, arwah berada dalam keadaan sihat ketika di hantar ke pusat asuhan berkenaan pagi kelmarin dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan - Harian Metro

Viewing all 4594 articles
Browse latest View live