Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Faizul juara Akademi Fantasia musim ke-10 (AF10) 2013

$
0
0

Faizul juara Akademi Fantasia musim ke-10 (AF10) 2013 - Tahniah kepada Faizul yang dinobatkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-10 yang baru sahaja tamat berlangsung tadi. Beliau menerima hadiah berupah wang tunai RM100 ribu, kontrak rakaman bernilai RM100 ribu dan sebuah trofi.

Daripada admin, diucapkan tahniah sekali dengan kemenangan itu. Faizul memang layak bergelar juara selepas mempamerkan persembahan yang konsisten setiap minggu. Kejuaraan ini juga menutup terus kritikan yang dilemparkan kepada para pengundi di luar sana kerana didakwa terlalu kemaruk mengundi Nabila.



Zara Zya nafi tidur lelaki lobi drama Love You Mr Arrogant

$
0
0

Zara Zya nafi tidur lelaki lobi drama Love You Mr Arrogant– Jika bergelar sahaja selebriti, sesiapa pun tidak dapat lari dari dikaitkan gosip-gosip tidak masuk akal yang dilemparkan oleh individu tertentu. Kebanyakannya berpunca dari perasaan cemburu dan tidak mahu melihat orang lain berjaya dalam karier mereka.

Jom jana pendapatan RM6,000 di YOBSN dengan mudah dan tanpa risiko. Anda tidak perlu cari customer, tidak perlu jual produk, bukan MLM, tidak perlu jual top-up. Anda hanya duduk di rumah namun duit masuk.

Perkara sama turut berlaku kepada pelakon cantik manis, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin. Nama beliau yang kini meniti di bibir peminat kerana lakonan hebat dalam drama bersiri Love You Mr Arrogant terpalit dengan satu kontroversi murahan.

Dalam kontroversi itu, Zara didakwa peminat pernah tidur dengan seseorang untuk melobi tawaran berlakon dalam drama bersiri Love You Mr Arrogant. Memang pelik dan tidak masuk akal kerana setahu admin Zara memang layak ditawarkan watak itu kerana berbakat, jelita dan memiliki badan yang seksi.

Menerusi sebuah akhbar, pelakon berusia 28 tahun itu menafikan kebenaran dakwaan berkenaan dan menganggap fitnah tersebut sebagai cubaan untuk menjatuhkan popularitinya selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan.

“Sebelum ni orang cakap saya dapat tawaran berlakon drama popular ini sebab saya tidur dengan seseorang. Benda-benda macam ni sangat membahayakan sebenarnya. Kalau saya nak buat macam tu, kenapa baru sekarang? Tapi kita tak boleh tutup mulut orang. Selagi saya tak buat semua tu, saya tak perlu takut.”

“Sekarang ni bila ada yang terserempak, mereka terus terfikir watak yang saya bawakan dalam Love You Mr Arrogant. Ada juga yang jumpa saya terkejut bila tengok saya tak pakai tudung. Saya tak nak macam tu. Peminat kena faham personaliti saya di dalam dan di luar lakonan.”

“Kalau boleh, saya nak orang ingat saya dengan drama-drama lain juga. Terimalah saya seadanya dengan pelbagai watak yang saya bawakan.”


Isu tatu di tangan suami, Nadiya Nisaa beri amaran keras

$
0
0

Isu tatu di tangan suami, Nadiya Nisaa beri amaran keras– Penyebaran sekeping gambar suami pelakon Nadiya Nisaa yang menunjukkan tatu pada kedua belah tangannya menjadi perhatian peminat dan media hiburan minggu lalu.

Jom jana pendapatan RM6,000 di YOBSN dengan mudah dan tanpa risiko. Anda tidak perlu cari customer, tidak perlu jual produk, bukan MLM, tidak perlu jual top-up. Anda hanya duduk di rumah namun duit masuk.

Ekoran itu, wartawan popular Berita Harian, Zubir Mohd Yunus yang turut tidak ketinggalan menulis cerita tentang gambar yang tersebar cuba mendapatkan penjelasan lebih lanjut dari Nadiya namun pelakon itu enggan memberikan sebarang komen.

“Saya tak mahu komen mengenai gambar itu. Saya juga tidak mahu berikan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Saya tidak mahu sebarang kenyataan daripada saya boleh mengguris hati dan perasaan banyak pihak, lebih lebih lagi keluarga mentua.”

“Lagipun apa yang mejadi pertikaian sekarang ialah suami, bukan diri saya. Hubungan saya dan suami elok, saya tak mahu timbul sebarang isu gara gara gosip yang diperkatakan ketika ini.”

“Saya harap perkara ini tidak berpanjangan. Yang berlakon, yang bergelar artis adalah diri saya, bukannya suami saya. Saya tak mahu gosip seumpama ini boleh mengeruhkan keadaan kami sekeluarga.”



Rupanya Jalani Sidek dan Datin Zaleha sudah kahwin 2 tahun lalu

$
0
0

Rupanya Jalani Sidek dan Datin Zaleha sudah kahwin 2 tahun lalu - Kejutan demi kejutan terus berlaku dalam dunia hiburan tempatan. Jika sebelum ini, rahsia perkahwinan senyap-senyap Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah dibongkar oleh wartawan paling popular, Zubir.

Jom jana pendapatan RM6,000 di YOBSN dengan mudah dan tanpa risiko. Anda tidak perlu cari customer, tidak perlu jual produk, bukan MLM, tidak perlu jual top-up. Anda hanya duduk di rumah namun duit masuk.

Kini, rahsia perkahwinan Jalani Sidek dan Datin Seri Zaleha Mohd Khalid pula telah dibongkar menerusi majalah Bipop semalam. Menurut fakta yang dikongsikan, pasangan ini sebenarnya sudah berkahwin dua tahun lalu namun tidak diumumkan di media massa atas permintaan mereka berdua.

Jadi, majlis persandingan yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton dua minggu lalu hanyalah satu majlis rasmi untuk mengumumkan berita perkahwinan Jalani dan Zaleha. Menurut Datin Zaleha, tindakan merahsiakan perkahwinan itu adalah kerana banyak hati yang perlu dijaga.

"Terlalu sukar untuk dijelaskan kenapa kami terpaksa merahsiakan perkahwinan kami selama 2 tahun ini. Apa yang dapat saya katakan, banyak hati yang perlu dijaga terutama anak-anak dan keluarga. Disebabkan itulah, kami memerlukan masa yang betul-betul sesuai untuk mengumumkan perkahwinan selama ini."

"Namun sebenarnya ramai di kalangan keluarga, saudara mara dan raka media massa sudah mengetahui, tapi mereka menghormati permintaan kami. Bukan kami mahu berselindung, tapi apabila sudah bersedia, barulah kami mengambil langkah untuk mengumumkannya."


Dalam pada itu, Zaleha mengakui terkejut dengan kontroversi yang tiba-tiba melanda dirinya meskipun ketika itu mereka sudah bergelar suami isteri yang sah.

"Saya tidak biasa dengan dunia selebriti… tapi itulah… terkejut juga dahulu apabila wajah terpampang di akhbar (ketawa). Apa yang berlaku, saya reda walaupun tepaksa menanggung tohmahan."

"Kami sebenarnya sudah berkahwin 2 tahun lalu, malah sudah 2 kali meraikan Syawal bersama. Walaupun berdepan fitnah, kami bersabar. Kami percaya kebenaran akan terbukti."


Gambar seksi Fasha Sandha dalam filem Penanggal dipotong

$
0
0

Gambar seksi Fasha Sandha dalam filem Penanggal dipotong - Sejak bergelar ibu kepada Putra Rayfal Ramli yang kini berusia tujuh bulan, aktres jelita Fasha Sandha dilihat semakin cantik dan lebih menawan berbanding sebelum berkahwin.

Jom jana pendapatan RM6,000 di YOBSN dengan mudah dan tanpa risiko. Anda tidak perlu cari customer, tidak perlu jual produk, bukan MLM, tidak perlu jual top-up. Anda hanya duduk di rumah namun duit masuk.

Admin sendiri mula tertarik dan terpikat dengan Fasha Sandha selepas menetap gambar-gambar cantiknya dalam filem Penanggal. Dia yang memegang watak sebagai gadis Arab bernama Sharifah Zahrah mengenakan busana Arab paras dada lengkap dengan perhiasan.

Bagaimanapun, beberapa babak yang dilakonkan Fasha dalam keadaan seksi telah dipotong sehingga mencacatkan sedikit jalan cerita filem tersebut. Apapun, jangan lupa menonton filem seram ini pada 28 November 2013 di mana-mana pawagam seluruh Malaysia.







Gambar budak lelaki yang hilang di Villa Nabila, Johor Bahru

$
0
0
Gambar budak lelaki yang hilang di Villa Nabila, Johor Bahru - Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi sekitar jam 6.30 petang tadi, seramai 22 budak yang hilang daripada 30 orang sudah ditemui oleh pihak berkuasa manakala seorang lagi masih giat dicari sejak Sabtu lalu.

Jom jana pendapatan RM6,000 di YOBSN dengan mudah dan tanpa risiko. Anda tidak perlu cari customer, tidak perlu jual produk, bukan MLM, tidak perlu jual top-up. Anda hanya duduk di rumah namun duit masuk.

Ketika ini, sekeping gambar budak-budak terlibat sebelum dan selepas kejadian misteri di Villa Nabila sedang berlegar-legar di laman forum dan facebook page tempatan. Cuba anda perhatikan? Ada yang pelik dapat diperhatikan dalam gambar di bawah. Seperti kerasukan pula?


Selain itu, satu lagi gambar yang didakwa wajah sebenar budak lelaki yang masih hilang turut tersebar di laman sosial. Sejauh manakah kebenaran maklumat ini?



Terkini misteri Villa Nabila - 22 orang ditemui dirasuk dan pengsan

$
0
0

Terkini misteri Villa Nabila - Penempuan 22 orang yang didakwa hilang sedikit sebanyak meredakan kebimbangan orang ramai terutamanya ibubapa mereka. Namun, dari maklumat terkini yang diperolehi menerusi KYM International di laman Twitter mereka, kesemua 22 orang ditemui semalam masih berada dalam keadaan pengsan dan kerasukan.

KYM International, hanya seorang lagi mangsa yang masih belum dijumpai dan budak lelaki terbabit dipercayai mengambil sesuatu dari Banglo Villa Nabila. Menariknya, Sultan Johor turut ke lokasi berkenaan untuk meninjau keadaan.



Gambar pra-perkahwinan Farawahida, nikah Disember ini

$
0
0

Gambar pra-perkahwinan Farawahida, nikah Disember ini - Berita tentang perkahwinan Farawahida memang satu kejutan besar buat peminat dan orang ramai. Apa tidaknya, sebelum ini langsung tidak kedengaran desas-desus tentang perancangan penyanyi itu dan khabar angin berkenaan pula diperolehi dari satu sumber media hiburan.

Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Binti Razali, 28, dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan yang dirahsiakan identitinya pada Disember ini dan beliau sudah pun mendapatkan khidmat Empayar Che Det dan Butik Nasha sebagai perunding perkahwinan agar majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Kegembiraan dan keceriaan pada wajah pelantun lagu Jangan Tanya Aku Lagi itu dapat dilihat melalui gambar-gambar pra-perkahwinannya di bawah yang diambil oleh Bicara Lensa. Ternyata, hasrat Farawahida untuk bergelar isteri bakal terlaksana tidak lama lagi. Ucapan tahniah daripada pihak admin.







Remaja hilang di Banglo Villa Nabila kini ditemui

$
0
0

Remaja hilang di Banglo Villa Nabila kini ditemui - Susulan kehilangan seorang remaja lelaki pada Sabtu lalu di Villa Nabila, Johor Bahru, aktiviti mencari dan menyelamat semakin dipergiatkan selepas laporan dibuat oleh ibubapa remaja terbabit.

Menurut informasi terkini, Izzat Izzudin Husin yang dilaporkan hilang telah dijumpai tengah malam tadi di sebuah Flat Desa Mutiara, Johor Bahru. Maklumat ini diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai dan disahkan sendiri oleh wartawan, Zulhazri Abu Bakar di Balai Polis Bandar Dato On.

Apapun, kita tunggu dan ldengar sahaja sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor bila-bila masa.


Perlawanan Malaysia vs Qatar 19 November 2013 (Kelayakan Piala Asia 2015)

$
0
0

Perlawanan Malaysia vs Qatar 19 November 2013 - Jom tonton perlawanan kelima membabitkan Malaysia menentang Qatar bagi Kelayakan Piala Asia 2015 pada jam 8.45 malam ini di Stadium Shah Alam, Selangor.

Dalam pertemuan pertama beberapa bulan lalu di tempat lawan, Malaysia tewas kepada Qatar, 0-2. Lebih memburukkan keadaan, skuad Harimau Malaya turut tewas tipis kepada Bahrain minggu lalu, menyebabkan peluang untuk layak kini tertutup.

Walaupun harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 semakin tertutup namun admin masih mengharapkan satu keajaiban akan berlaku dalam perlawanan kali ini. Apa kata kita beri sokongan padu kepada Malaysia dengan menonton siaran langsung di saluran Astro Arena 801.


Keputusan penuh Malaysia vs Qatar 19 November 2013

$
0
0

Keputusan penuh Malaysia vs Qatar 19 November 2013 - Ketika ini sedang berlangsung perlawanan kelima peringkat Kumpulan D membabitkan Malaysia menentang Qatar bagi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Dengan kekalahan Malaysia kepada Bahrain minggu lalu, laluan Harimau Malaya untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 sudah tertutup rapat. Mengikut carta Kumpulan D, Malaysia hanya menghuni tangga ketiga.


Bagaimanapun, jika Malaysia mampu menang ke atas Qatar malam ini, harapan untuk layak akan lebih cerah kerana mengikut peraturan AFC, mana-mana pasukan tangga ketiga kumpulan yang berjaya mengumpul mata paling banyak, pasukan itu akan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.


Jom kita sama-sama saksikan pertembungan dua pasukan hebat ini di saluran Astro Arena 801. Keputusan Malaysia vs Qatar akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang perlawanan berlangsung.

Malaysia (0) vs 1) Qatar (FT)

Senarai penjaring gol :
  1. Al-ali 65' (QATAR)


Gambar isteri pembunuh pegawai Ambank, Norazita Abu Talib

$
0
0

Gambar isteri pembunuh pegawai Ambank - Kesinambungan kepada kes pembunuhan pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37, bulan lalu di Subang Jaya, isteri kepada pembunuh itu kini dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret berkuatkuasa pada tarikh ditangkap.

Majistret K.B. Elina Hong Tze Lan memerintahkan Helpia, 35, merupakan warganegara Indonesia, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober lalu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pertuduhan yang menyabitkan Helpia bersalah sehingga dipenjara ialah kerana tinggal lebih dari tempoh yang dibenarkan iaitu selama empat tahun enam bulan dan lapan hari sejak 16 April 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)© Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Respon Siti Nurhaliza terhadap sindiran Roslan Aziz di Final AF 2013

$
0
0

Respon Siti Nurhaliza terhadap sindiran Roslan Aziz di Final AF 2013 - Dengan program realiti, Akademi Fantasia musim ke-10 tahun 2013 sudah berakhir minggu lalu, kritikan Roslan Aziz kepada peserta Akademi Fantasia 2013 supaya jangan terlalu banyak klon Siti Nurhaliza mengundang tanda tanya peminat.

Susulan itu, wartawan Kosmo segera mendapatkan penjelasan dari empunya badan, Dato' Siti Nurhaliza untuk mengelakkan perkara itu terus disalahtafsir oleh orang ramai. Menurut Siti, dia faham dengan maksud tersirat kritikan Roslan Aziz.

“Saya tiada masalah, mungkin mereka gemar dan mahu jadi seperti saya. Namun, dari sudut keunikan menjadi artis, memang perlu ada trademark sendiri."

“Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Roslan. Tiada masalah kerana sebelum ini juga saya pernah bekerjasama dengan dia.”


Gambar awek Izzat Izzudin, remaja yang hilang di Villa Nabila

$
0
0

Gambar awek Izzat Izzudin, remaja yang hilang di Villa Nabila - Misteri kehilangan seorang remaja lelaki dikenali Izzat Izzudin, 16, di sebuah banglo Villa Nabila sudah terjawab semalam. Dia disahkan ditemui di rumah rakan Flat Desa Mutiara sambil menonton TV bersama kekasihnya.

Memang cukup melucukan, tak gitu? Satu Malaysia terkejut dengan berita kehilangan Izzat sejak Sabtu lalu sebelum ditemui awal pagi kelmarin. Nampaknya, usaha individu yang menyebarkan cerita seram itu tidak kesampaian dan bakal berdepan tindakan dari pihak berkuasa.


Adi Putra nafi melarikan diri dari kes skandal isteri orang

$
0
0

Adi Putra nafi sembunyi dari kes skandal isteri orang– Umum mengetahui, pelakon Adi Putra terpalit dalam satu kontroversi kerana didakwa mempunyai skandal dengan isteri seorang perniagaan. Meskipun isu tersebut sudah lama berlaku namun laporan polis yang lengkap masih belum dikeluarkan sehingga kini.

Ekoran itu, bermacam-macam andaian negatif dibuat oleh orang ramai ke atas pelakon KL Gangster itu sehingga mencalar reputasinya sebagai selebriti pujaan wanita. Rasanya, pihak polis perlu mempercepatkan kes ini demi maruah Adi Putra.

Apapun, admin cukup kagum dengan Adi kerana masih dapat menjalani hidup seperti biasa dan tidak cuba mengambil langkah lari dari kontroversi tersebut.

"Buat apa saya melarikan diri? Saya masih lagi menghadiri pelbagai acara. Kalau saya mahu lari, pastinya saya tidak akan tampil di khalayak umum. Allah itu maha adil. Biar kebenaran itu keluar nanti. Peminat pun masih menyokong saya."

"Mengenai kes tersebut, saya masih menunggu konklusi daripada pihak berkuasa. Apabila saya dapat keputusannya, saya akan kongsikan kepada semua."

"Alhamdulillah, walaupun adanya kes dan kontroversi sebegitu, saya peroleh perkara lain iaitu saya akan membuka cabang bisnes baru yang berteraskan barang-barang keperluan mandi. Perkara ini tidak menjejaskan kehidupan dan kerjaya seni saya."


Dalam pada itu, Adi turut menolak untuk memberikan komen berhubung dakwaan peminat yang mengatakan dia telah berjumpa dengan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes skandal.

"Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Jika ada orang berkata sedemikian, terpulanglah. Saya rasakan mereka yang bercakap sebegitu mengambil berat dan menyayangi saya."

"Kalau orang tidak bercakap maknanya mereka tidak mengambil berat pasal saya. Oleh itu saya ingin berterima kasih kepada mereka. Sebagai selebriti, saya tidak boleh menghalang apa yang mereka ingin katakan."



Lana Nordin cemburu bentuk badan Jennifer Love Hewit

$
0
0

Lana Nordin cemburu bentuk badan Jennifer Love Hewit - Pasti hampir semua rakyat Malaysia kenal dengan pelakon Lana Nordin yang semakin popular kerana gambar-gambar seksinya di laman maya dan gelaran sebagai Pamela Anderson Malaysia.

Baru-baru ini, model seksi itu telah berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan perbandingan bentuk badan miliknya dengan pelakon Hollywood, Jennifer Love Hewit. Gambar tersebut disertakan dengan caption berikut :-

"MM&I❤ feeling berangan sekejap with Jennifer Love Hewit...haha😝😜 but seriously need a lot more to work out to be like her shape."

Di sebalik gambar berkenaan, Lana dilihat sedikit kecewa dalam gurauan kerana bentuk badannya masih tidak secantik dan seseksi Jennifer dan perlu lebih bekerja keras untuk mendapatkan bentuk badan sebegitu.




Gambar dan punca Menteri Kesihatan, Datuk Subramaniam kemalangan

$
0
0

Gambar dan punca Menteri Kesihatan, Datuk Subramaniam kemalangan - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mengalami nahas kemalangan apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kawasan Pedas-Linggi kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Beliau ketika itu sedang perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat bagi membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC pada 30 Nov ini.

Bagaimanapun, Subramaniam dilaporkan stabil dan kini sedang dirawat di Hospital Alor Gajah bersama pengawal peribadinya yang turut cedera di bahagian perut.

Punca kemalangan masih disiasat namun andaian awal mengatakan kereta terbabit dipandu laju sehingga hilang kawalan. Apapun, kita tunggu sahaja laporan lengkap dari pihak polis.


Gambar pelawak Jep Sepahtu dan Rahim kemalangan

$
0
0

Gambar pelawak Jep Sepahtu dan Rahim kemalangan - Dengarnya, pelawak kumpulan Sepahtu, Jep dan Rahim terlibat dalam satu kemalangan baru baru ini berdasarkan sekeping gambar yang dikongsikan seorang peminat dan Mawi di laman Facebook mereka masing-masing.

Bagaimanapun, kedua-dua aktor terkenal itu disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius oleh admin Facebook Jep, hanya kerana milik Rahim yang kemek di bahagian hadapan. 

Kejadian ini dipercayai berlaku selepas mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah daripada bermain sepak takraw bersama Mawi.




Respon Zed Zaidi isu gelaran presiden Seniman ditarik balik

$
0
0

Respon Zed Zaidi isu gelaran presiden Seniman ditarik balik - Umum mengetahui, barisan tertinggi kepimpinan Seniman Malaysia telah terbatal dan tidak sah di Mahkamah semalam selepas didapati melakukan penyelewangan dan menggunakan persatuan tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

Dengan itu, bekas presidennya Zed Zaidi atau Rozaidi Abdul Jamil, 33, diberi amaran agar tidak menjalankan apa-apa kegiatan di pejabat persatuan tersebut dan mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa baru perlu diadakan semula.

Zed Zaidi yang dihubungi mStar online bagi mendapatkan respon berhubung pembatalan jawatannya sebagai presiden, bagaimanapun bekas pelakon itu menolak untuk memberikan sebarang komen lanjut.

"Buat masa ini saya tidak boleh ulas mengenai keputusan itu dan saya akan memaklumkan kepada pihak media selepas satu mesyuarat yang akan kami jalankan. Buat masa ini semua aktiviti persatuan Seniman dikendalikan oleh Setiausaha Kerja yang bekerja dengan persatuan."


Kontroversi Faezah Elai tayang badan langsing di Instagram

$
0
0

Kontroversi Faezah Elai tayang badan langsing di Instagram - Beberapa hari lalu, aktres jelita Faezah Elai telah memuatnaik beberapa keping gambar dirinya yang cukup seksi dan menggiurkan di laman Instagram dengan hanya memakai baju dan seluar jeans ketat.


Susulan itu, segelintir peminat yang berfikiran sempit menuduh Faezah sebagai sengaja menayangkan kecantikan dan kelangsingan badannya kepada orang ramai sejak bersalin pada Februari lalu.

Merasakan kritikan yang dilemparkan peminat tidak berasas dan cuba menjatuhkan popularitinya, Faezah segera memberikan jawapan balas berbunyi seperti di bawah.

Sebenarnya, admin sendiri amat terkejut dengan bentuk badan terkini pelakon itu malah tidak menyangka lebih slim dan langsing berbanding sebelum berkahwin. Memang bertuah sungguh suaminya dan pasti ramai jejaka di luar sana akan cemburu tidak tentu arah. Ehehe




Viewing all 4594 articles
Browse latest View live