Gambar cincin merisik, hantaran dan pelamin Syamsul Yusof - Beberapa keping gambar barangan hantaran yang diberikan oleh keluarga Syamsul Yusof kepada Puteri Sarah Liyana sempena majlis merisik pada Ahad lalu di Sri Damansara, Petaling, Selangor, dipetik dari portal myartis.
Sebentuk cincin bertatah berlian menjadi tanda pengikat pasangan ini dan menandakan Puteri Sarah Liyana sudah berpunya. Mereka tidak akan bertunang tetapi berkahwin terus pada Februari ini atas permintaan dari Syamsul Yusof sendiri.