Pelajar hilang, Siti Najwa Atikah ditemui mati di tasik UNIMAS - Misteri kehilangan seorang pelajar perempuan UNIMAS akhirnya terjawab petang tadi selepas penemuan mayatnya terapung di dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman.
Pelajar berkenaan dikenali Siti Najwa Atikah Binti Azhar, berusia 19, berasal dari Pulau Pinang dan mengambil jurusan Sains Sosial tahun 1. Mayatnya ditemui sekitar pukul 5.50 petang tadi oleh pihak polis.
Terdahulu, Siti Najwa Atikah dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu dan menyebabkan ibubapanya membuat laporan polis. Kini mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Sarawak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.