Aksi romantik Adi Putra cium dan peluk Rita Rudaini - Selepas tamatnya drama Adam dan Hawa minggu lepas, Astro Mustika bakal tampil pula dengan drama terbaru yang turut diadaptasikan dari novel terkenal iaitu Sehangat Asmara, karya Aisya Sofea. Adakah drama ini dapat menandingi Adam dan Hawa? Difahamkan, drama Sehangat Asmara mempunyai pengikut dan peminat sendiri seperti drama Adam dan Hawa juga.
Drama ini bakal menampilkan pelakon terkenal yang sasa, Adi Putra dan pelakon cantik, Rita Rudaini. Apakah impak yang bakal mereka berikan? Menurut Adi Putra, beliau selesa dengan sikap Rita kerana aktres itu bersikap terbuka dan sentiasa memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis seperti berpeluk dan bercium. Rita tidak banyak karenah seperti beberapa pelakon lain.
"Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya," akui Adi Putra mengenai gandingannya dengan Rita dalam drama bersiri Sehangat Asmara.