Anne Ngasri dan Diana Danielle hamil tak sampai sebulan kahwin - Pelakon Anne Ngasri, 28, sudah mula berasa loya selepas mendirikan rumah tangga pada 22 Disember lalu. Adakah ini tanda-tanda Anne Ngasri sudah hamil seperti kontroversi kehamilan Diana Danielle baru-baru ini?
Anne yang berkahwin dengan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Mohd. Sumali Reduan, 41, berkata, dia tidak mahu terburu-buru membuat kesimpulan.
"Memang saya sering rasa loya tapi belum bertemu doktor untuk pengesahan lanjut. Tunggulah seminggu dua lagi jika keadaan ini berterusan, baharu saya pergi bertemu doktor," katanya.Bagaimanapun ibu kepada tiga orang anak melalui perkahwinan terdahulunya, berkata, dia tidak kisah jika dikurniakan anak secepat mungkin. - Utusan Malaysia