Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594

Seorang tentera ATM terkorban di Tanjung Batu, Lahad Datu

$
0
0

Seorang tentera terkorban ATM di Tanjung Batu, Lahad Datu - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan bahawa seorang anggota tenteranya telah terkorban bersama dengan tiga pengganas Sulu yang ditembak mati ketika pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu kira-kira pukul 10.45 pagi tadi (12 Mac 2013).

Zulkifeli berkata, sebelum pertempuran itu, pasukan keselamatan telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas Sulu kira-kira pada pukul 7.45 pagi tadi. Bagaimanapun, kumpulan pengganas Sulu berkenaan melarikan diri sebelum dijejaki pasukan tentera ATM yang mengakibatkan berlakunya pertempuran sengit.

Setakat 12 Mac 2013, jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Ops Daulat meningkat kepada sembilan orang.

Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi diserang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4594