Keputusan Malaysia vs Australia Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 12 Mac 2013 - Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 kini memasuki perlawanan ketiga peringkat kumpulan dengan pasukan kebangsaan sudah mengumpul enam mata hasil kemenangan menewaskan Korea Selatan dan New Zealand. Pada jam 8.00 malam ini, Malaysia bakal berdepan dengan lawan hebat iaitu Australia di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Jika pasukan kebangsaan mampu menang, mereka akan berpeluang cerah untuk melangkah ke perlawanan akhir. Jangan lupa saksikan siaran langsung Malaysia vs Australia di Astro Supersport tepat jam 8.00 malam ini. Keputusan terkini perlawanan sengit ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.
Malaysia (0) - (1) Australia (HT)