Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Aksi nakal Shila Amzah dan Nazim Othman

$
0
0
Aksi nakal Shila Amzah dan Nazim Othman - Dua selebriti terkenal, Shila Amzah dan Nazim Othman memang diketahui ramai mempunyai hubungan kawan yang rapat dan seperti adik-beradik.

Malah ketika Nazim Othman didakwa kononnya sudah berpisah dengan teman wanitanya, Belly Dally, Shila antara individu yang paling banyak memberi sokongan.

Baru-baru, Shila Amzah telah berkongsi sekeping foto yang memaparkan aksi mesranya dengan Nazim Othman. Foto itu disertakan dengan caption yang agak dalam maksudnya sehingga membuat ramai pengikut Shila tertanya-tanya tentang siapa gadis berhijab yang dimaksudkan penyanyi lagu Patah Seribu itu.

"Abang long bae !!!!!!! Semoga terus bahagia ngan gadis hijab :) @nazimothman happily ever after!"

Itulah bunyi caption yang ditulis Shila pada gambar berkenaan. Ramai mengandaikan gadis berhijab yang dimaksudkan ialah Belly Dally namun ada pula segelintir yang percaya gadis itu ialah Shila Amzah sendiri. Adakah Shila Amzah dan Nazim Othman kini bercinta?




Gambar wajah sebenar Carleed Khaza, suami Natasha Hudson

$
0
0
Gambar wajah sebenar Carleed Khazasuami Natasha Hudson - Mungkin ramai yang belum pernah melihat wajah sebenar suami duta baru produk AuraWhite, Natasha Hudson, 30. Orangnya memang kacak, seorang yang dikatakan amat bertanggungjawab dan merupakan penyanyi rap bernama Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33.

Mereka berkahwin pada April 2012. Selain bergelar penyanyi, Carleed Khaza ialah seorang ahli perniagaan dengan memiliki syarikat muzik sendiri iaitu PhuturePhlow Sdn Bhd. Mari layan sekeping gambar wajah terkini suami Natasha yang dikongsikannya di Instagram.


Fesyen terkini Tiz Zaqyah yang semakin pelik

$
0
0
Fesyen terkini Tiz Zaqyah yang semakin pelik - Nama Tiz Zaqyah mula dikenali dalam industri hiburan tempatan selepas pelakon itu membintangi drama bersiri Nur Kasih yang pernah mencetuskan fenomena beberapa tahun lalu.

Dalam drama itu, Tiz Zaqyah memegang watak sebagai gadis bertudung yang menjadi rebutan ramai jejaka. Apapun, semuanya tinggal kenangan kerana penampilan terkini Tiz sudah terlalu jauh berbeza. 

Baru-baru ini, dia telah berkongsi beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya yang memperlihatkan fesyen rambut terkininya yang kemerah-merahan ketika berada di Dubai. Sebab sebenar bekas kekasih Remy Ishak itu mewarna rambut tidak pula diketahui.




Nelydia Senrose tampil paling jelita dengan skirt pendek dan baju kameja

$
0
0
Nelydia Senrose tampil paling jelita dengan skirt pendek dan baju kameja - Penampilan Nelydia Senrose dengan memakai skirt pendek dan baju kameja adalah yang paling cantik dan jelita pernah dilihat. 

Dengan gaya bersahaja untuk memperbetulkan rambut dan menguntum senyuman lebar, kekasih Qi Razali itu tampil begitu memikat dan menakjubkan.

Lebih mengagumkan, pelakon ini juga tidak takut untuk bermain-main manja dengan seekor anak buaya sungai walaupun tahu ianya binatang yang amat menakutkan dan berbahaya. Penulis akui tidak seberani beliau dan sememangnya agak penakut berhadapan ular dan buaya.

Untuk pengetahuan, dua keping gambar di bawah telah dikongsikan oleh Nelydia di laman Instagram miliknya agar boleh menjadi tatapan peminat yang sentiasa menyokongnya.



Apabila Nelydia dan Uqasha pakai gaun ketat berwarna biru

$
0
0
Apabila Nelydia dan Uqasha pakai gaun ketat berwarna biru - Pertama kali melihat dua selebriti adik-beradik iaitu Nelydia dan Uqasha yang sama-sama memakai gaun berwarna biru. Agak sukar untuk membezakan identiti setiap mereka kerana memiliki raut wajah dan warna rambut yang hampir sama.

Bagaimanapun, dua keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan tentang Nelydia dan Uqasha ialah mereka memiliki kecantikan semulajadi dan bentuk badan yang langsing. Mungkin itulah kelebihan insan yang dilahirkan dengan dua bangsa berbeza iaitu kacukan Melayu-Siam.

Qi Razali dan Pekin Ibrahim boleh dikatakan lelaki paling bertuah berjaya memikat hati Nelydia dan Uqasha sedangkan mereka ini sering menjadi rebutan ramai jejaka di luar sana dan kalangan selebriti lelaki lain.


Pelakon Nad Zainal kini bercinta dengan aktor Hefny Sahad

$
0
0
Pelakon Nad Zainal kini bercinta dengan aktor Hefny Sahad - Selepas mendakwa hubungan cintanya dengan Azwan Kombos sudah putus, Nad Zainal kini dikatakan menjalinkan perhubungan dengan aktor Hefny Sahad.

Pelakon itu merupakan cinta lokasinya ketika sama-sama berlakon dalam sebuah telefilem berjudul Mengintai Syurga Mama. Ia akhirnya bercambah menjadi cinta sebenar. Pasangan baru ini kelihatan sama padan sama cantik.

Bagaimanapun, Hefny Sahad menafikan menjadi punca keretakan hubugan cinta antara Nad Zainal dan Azwan Kombos. Katanya, dia diberitahu perpisahan mereka sudah berlaku sebelum penggambaran telefilem berkenaan.


Gambar panas Nur Fathia dan Aiman Hakim bercuti di Korea

$
0
0
Gambar romantik Nur Fathia dan Aiman Hakim bercuti di Korea - Nampaknya, pasangan selebriti yang sedang meniti bahagia ketika ini, Nur Fathia dan Aiman Hakim telah mengambil peluang untuk bercuti di Korea.

Difahamkan, percutian mereka ke sana ditaja penuh oleh produk kecantikan K-Colly dan Height Up yang merupakan syarikat kecantikan berasal dari Korea. Percutian ini juga adalah yang pertama selepas mereka berdua mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta.




Aksi intim Keith Foo dan Nur Risteena buat peminat cemburu

$
0
0
Aksi intim Keith Foo dan Nur Risteena buat peminat cemburu - Buat pertama kalinya, dua pelakon sedang meningkat naik, Keith Foo dan Nur Risteena digandingkan bersama untuk membintangi filem Kelip-Kelip yang merupakan arahan pengarah Virginia.

Untuk itu, gambar-gambar mereka posing bersama di lokasi penggambaran telah dikongsikan untuk menjadi tatapan peminat setia. Keith Foo dan Nur Risteena nampak serasi, dua-dua sama kacak dan cantik. Satu pemilihan gandingan pelakon yang menarik dan amat bersesuaian. Apa kata anda pula?





Gambar Fiza Elite bersiar-siar dalam Endah dikecam peminat

$
0
0
Gambar Fiza Elite bersiar-siar dalam Endah dikecam peminat - Kerana berkongsi beberapa keping gambar sedang bersiar-siar bersama dengan anak perempuan ketika masih dalam Endah, Fiza Elite menerima kecaman dari pengikut-pengikutnya di laman Instagram.

Kritikan itu dibuat kerana peminat beranggapan aktres berusia 34 tahun itu tidak patut keluar rumah kerana masih dalam proses Endah. Mereka juga berpendapat ada kemungkinan bekas suami, Adam AF akan merujuk semula dan akan datang ke rumah bila-bila masa. Betul ke?





Apabila Tasha Shilla minum Zofea sambil tayang badan

$
0
0
Apabila Tasha Shilla minum Zofea sambil tayang badan - Terkedu seketika tengok gambar aksi Tasha Shilla minum produk kecantikan dikenali sebagai Zofea. Terdapat satu perubahan yang mendadak pada bahagian tubuh badan pelakon itu.

Ingatkan, penulis saja yang perasaan rupanya para peminat di laman fanpage facebook rotikaya juga. Agaknya apa rahsia Tasha Shilla untuk membolehkan bentuk badannya mengalami perubahan yang mendadak dan semakin menggiurkan? Pasti ramai kaum wanita di luar sana tertanya-tanya.

Adakah program fitness training milik Sharifah Sakinah akan tercabar dengan kecantikan badan Tasha Shilla?



Aksi gedik Erra Fazira pakai gaun pink paras betis

$
0
0
Aksi gedik Erra Fazira pakai gaun pink paras betis - Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira tampil dengan aksi gedik sambil memakai gaun paras betis berwarna merah jambu ketika menghiasi Majalah Urban Nombor Satu iaitu EH! & Estee Lauder.

Muka depan majalah EH! & Estee Lauder itu adalah keluaran bagi edisi bulan Mei yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk membeli kerana banyak cerita dan tips menarik yang dikongsikan di dalam majalah tersebut terutamanya tentang produk kecantikan yang digunakan Erra.



Zain Saidin enggan buang gambar terlampau di katil

$
0
0
Zain Saidin enggan buang gambar terlampau di katil - Pelakon dan pengacara sedang meningkat naik, Zain Saidin memberitahu tidak akan membuang gambar romantiknya bersama isteri, Rozita Che Wan di atas katil ketika bercuti di Koh Samui, Thailand baru-baru ini meskipun menerima kecaman dari peminat.

Menurut aktor berusia 30 tahun itu, tiada sebab untuknya memadam gambar terbabit kerana tidak mendatangkan sebarang keburukan dan kemudaratan kepada orang lain. Katanya lagi, dia sudah menjangka reaksi peminat apabila berkongsi gambar tersebut.


Awal Ashaari bermasam muka tengok Scha-Alyahya makan banyak

$
0
0
Awal Ashaari bermasam muka tengok Scha-Alyahya makan banyak - Dengan usia kandungan sulung Scha-Alyahya kini sudah mencecah enam bulan lebih, selera pemakanannya juga dikatakan sudah berubah dan semakin menjadi-jadi. 

Kalau tengok pada sekeping gambar di bawah, Awal Ashaari kelihatan bermasam muka melihat aksi isterinya yang sedang enjoy makan. Maklumlah, isteri yang mengandung itukan perlu makan banyak agar si bayi kandungan turut mendapat zat yang cukup.


Aksi Hazama dan Genervie Kam berpeluk dikritik peminat

$
0
0
Aksi Hazama dan Genervie Kam berpeluk dikritik peminat - Umum mengetahui, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Hazama sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain muzik violin terkenal, Genervie Kam, seorang wanita berbangsa cina.

Seperti beberapa artis lain, pasangan ini juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti bersama di luar negara di mana mereka memilih Boston, Amerika Syarikat sebagai tempat melancong.

Bagi tatapan peminat, Hazama telah memuatnaik beberapa keping gambarnya bercuti di sana dengan teman wanita menerusi laman Instagram semalam. Bagaimanapun, salah satu daripada gambar yang dikongsikan tidak disenangi peminat kerana memperlihatkan Hazama dan Genervie Kam berpeluk dengan begitu erat.

Ekoran itu, segelintir peminat melemparkan teguran dan kritikan secara terbuka kepada Hazama dan memintanya agar menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan.




Pelawak Enot dedah perangai sebenar bekas suami

$
0
0
Pelawak Enot dedah perangai sebenar bekas suami - Selepas terus membisu tentang punca penceraian dengan bekas suami pada Mac tahun lalu, pelawak dan pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.

Walaupun memberikan jawapan yang tidak secara langsung namun ramai pasti mengetahui maksud Enot di sebalik penjelasannnya. Kata ibu kepada Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina itu, dia sudah serik untuk berkahwin kerana tidak mahu lagi menanggung suami.


Untuk pengetahuan, Enot pernah berkahwin dengan bekas suami kedua, Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 namun bercerai lima tahun kemudian kerana tiada persefahaman. Dengan bekas suami pertama pula, Enot dikaruniakan dua cahayamata.



Gambar wanita India yang merupakan kembar seiras Neelofa

$
0
0
Gambar wanita India yang merupakan kembar seiras Neelofa - Siapakah gerangan wanita India ini yang mempunyai raut wajah yang seiras dengan pelakon dan pengacara tempatan, Neelofa? Jika sekali pandang memang empunya badan tidak ubah macam aktres kesayangan peminat itu?

Buat jejaka di luar sana, kalau benar Neelofa bakal menjadi isteri Hans Isaac, jangan risau kerana wanita India di bawah juga mempunyai raut wajah macam Neelofa. Boleh cuba pikat namun memandangkan identitinya tidak diketahui, buat carian sendiri di engine google.



Wajah sayu Erin Malek mandi di kolam renang

$
0
0
Wajah sayu Erin Malek mandi di kolam renang - Cabaran dalam Fear Factor Selebriti Malaysia kedua 2014 diakui memang lebih sukar dan menakutkan berbanding musim pertama. Salah satunya ialah para peserta perlu bertindak pantas membuka kotak yang direndam dalam air untuk melepaskan diri.

Seperti yang boleh diperhatikan di bawah, aktres comel, Erin Malek kelihatan begitu keletihan dan kepenatan mengharungi cabaran berkenaan yang melibatkan masa dan nyawa. Pelakon ini memang hebat, sehingga kini masih bertahan dan belum tersingkir meskipun berhadapan dengan beberapa peserta lelaki.


Sharifah Sakinah semakin liar, bikin baju ada lukisan lucah

$
0
0
Sharifah Sakinah semakin liar, bikin baju ada lukisan lucah - Nampaknya, keghairahan Sharifah Sakinah buat baju yang pelik dan berbeza semakin menjadi-jadi. 

Kalau sebelum ini beliau memperkenalkan baju-T yang mengandungi tulisan agak lucah seperti Cantik Tak Bontot saya dan Jogging Sampai Kentut, kini pelakon itu memperkenalkan pula baju-T yang mengandungi lukisan yang berunsur lucah.

Ingatkan sudah serik rupanya semakin kreatif menghasilkan baju-baju yang kurang sesuai untuk golongan masyarakat di Malaysia di mana lebih 70 peratus daripada golongan tersebut adalah beragama Islam. 

Susulan perkongsian sekeping gambar di bawah, Sharifah menerima kecaman hebat dari peminat sehingga ada yang meminta agar akaun Instagram miliknya dipadam segera.



Apabila Anzalna Nasir kelihatan seperti patung Doll

$
0
0
Apabila Anzalna Nasir kelihatan seperti patung Doll - Apa yang anda nampak tentang sekeping gambar di bawah? Anzalna Nasir nampak seolah-olah seperti patung doll yang kelihatan begitu cantik dan jelita. Pandai sungguh pelakon ini membuat pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan dirinya.

Tahun lepas, pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan pernah berkongsi beberapa keping gambarnya memakai baju Barbie. Ternyata, Anzalna lebih real berbanding isteri Zain Saidin itu kalau bergambar macam patung samada doll atau barbie.


Gambar selfie romantik Abby Abadi dan Farhan

$
0
0
Gambar selfie romantik Abby Abadi dan Farhan - Sememangnya suami bekas pelakon Abby Abadi seorang yang amat romantik dan tenang. Mungkin sebab itulah hubungan mereka tetap bahagia sehingga sejak berkahwin Julai tahun lalu.

Farhan atau nama sebenarnya Muhammad Noor Farhan Che Bakar baru berusia 24 tahun ketika berkahwin dengan Abby Abadi namun usia nampaknya bukan bagi jejaka kacak ini bergelar bapa kepada anak-anak Abby hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Norman Hakim.

Jom layan tiga keping gambar selfie romantik Abby Abadi dan Farhan yang pasti dicemburui oleh ramai pasangan artis lain. Tak semestinya kahwin lelaki muda hubungan itu tak bahagia, tak gitu? Asalkan jumpa lelaki yang benar-benar ikhlas menyintai.




Viewing all 4594 articles
Browse latest View live