Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

11 Foto majlis nikah Chef Riz & Shikin Maembong

$
0
0
Selepas hampir dua tahun hidup menduda akhirnya chef selebriti terkenal iaitu Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan selamat menikahi kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong malam tadi.

Beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan ini telah dikongsikan oleh ayah Chef Riz sendiri iaitu Chef Wan yang menunjukkan pasangan pengantin baru itu cantik sama padan dalam persalinan rona putih dalam majlis serba sederhana.

Bercakap kepada portal Murai, Chef Wan berkata majlis pernikahan dirancang oleh mereka berdua sendiri tanpa melibatkan kedua dua belah keluarga.

“Saya rasa mereka telah melakukan tugas yang baik untuk mengadakan majlis akad nikah itu,” ujar Chef Wan yang mengakui ada menawarkan wang tunai sebagai hadiah perkahwinan untuk pasangan ini belanjakan untuk majlis nikah namun mereka menolak.

Tahniah buat kedua dua belah keluarga Chef Riz dan Shikin Maembong. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhirnya. Boleh tambah cucu Chef Wan cepat cepat, hehe.

Sumber asal : Portal Rotikaya













Foto Wak Doyok jeling mata pada Fazura di Maharaja Lawak Mega 2014

$
0
0
Sekeping gambar jelingan mata Wak Doyok pada aktres jelita, Fazura di program Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung malam tadi menjadi viral di laman sosial.

Kemain nakal pandangan Wak Doyok di belakang sana#MLM2014. Mungkin tidak ramai yang perasaan kerana terhibur dengan persembahan-persembahan lawak setiap peserta, tak gitu?

Menariknya, foto itu juga turut dikongsikan di page rotikaya dan mendapat lebih 50 ribu likes, 193 shares dan ribuan komen dari para pengikutnya.

Jom tengok gambar tersebut kat bawah.



5 Foto fesyen artis di karpet merah Anugerah Industri Muzik (AIM 2014)

$
0
0
Saban tahun pastinya kita tidak terlepas dari mengikuti perkembangan majlis berprestij ini yang mengiktiraf penggiat industri muzik di Malaysia. Untuk edisi ke 21 kali ini, Anugerah Industri Muzik (AIM) diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Malam kemuncak ini dikendalikan oleh Zizan Razak & bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail yang merupakan gandingan sama untuk program Akademi Fantasia baru baru ini.

Okay kami ada permainan untuk anda dalam entri ini tetapi tidak menjanjikan apa apa hadiah, lihat kepada galeri gaya selebriti di karpet merah Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 21 di bawah dan beritahu kami berapa ramai yang anda tidak kenal.

Risau kami sahaja yang semakin tertinggal dengan perkembangan mereka dalam dunia industri ini maklumlah sibuk dengan gossip. Apa pun, enjoice! - Portal Rotikaya






4 Foto amat romantik Izara Aishah dan Adib Khalid di AIM 2014

$
0
0
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik kali ke-21 telah tamat berlangsung pada malam tadi, 6 Disember 2014 bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya HD bermula pada pukul 8.30 malam untuk acara karpet glamor dan majlis anugerah pada pukul 9.00 malam. 

Sebanyak 19 Kategori utama dipertandingkan pada malam berprestij Anugerah Industri Muzik 2014. Untuk info, majlis kemuncak malam AIM21 turut dihoskan oleh gadingan dua pengacara popular iaitu Zizan Razak dan Faisal Bin Ismail (FBI).

Berikut ialah beberapa keping gambar paling romantik Izara Aishah dan Adib Khalid di acara karpet merah Anugerah Industri Muzik 2014 malam tadi.





10 Foto kereta mewah Datuk Terlajak Laris, Aliff Syukri

$
0
0
Dengan tag line yang simple mengangkat nama Dato’ Aliff Syukri yang juga merupakan pengasas produk D’Herbs sebaris dengan jenama yang terkenal di luar sana.

Usahawan ini amat berjaya dan bergelar jutawan diusia yang amat muda, Dato’ Aliff Syukri juga telahpun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. 

Dengan kejayaan yang dimiliki, Aliff Syukrimampu memilik kereta mewah Ferrari bewarna merah yang cun dan elegan. Aliff Syukri juga mempunyai rumah banglo yang cantik.

Kami paparkan gambar kereta Dato’ Aliff Syukri yang di kongsikan untuk tatapan semua peminat beliau, walaupun masih muda beliau mampu memiliki kereta dan rumah yang mewah.

Sumber asal : Blog Hotlips-yuya











Foto Amelina & Yana Shamsudin yang mengejutkan

$
0
0
Apa yang sama tapi tak serupa ye di antara Ratu Dangdut, Amelina dan Yana Shamsudin dalam sekeping gambar kat bawah ni? Korang kena jawab soalan ni tau.

Berkenaan isu pembedahan wajah Yana Shamsudin, pelakon jelita itu tidak tertekan dengan cakap-cakap orang yang masih lagi mempercayai berita kononnya dia telah melakukan pembedahan pada wajahnya.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, berkata, walaupun sudah berpuluh kali menafikan menjalani pembedahan itu, dia tetap dituduh cuba menyembunyikan hal berkenaan dan tidak bercakap benar.

"Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.

"Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu,"
katanya kepada mStar Online.


Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung.

Bagaimanapun pelakon filem Adnan Sempit Sawadikap itu menafikannya dan menjelaskan penggunaan pendakap gigi sejak November 2013 yang menyebabkan tulang rahangnya berubah.

Sementara itu, Yana memberitahu, dia tidak pernah mempercayai pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan kerana apa yang dilihat, wajah seseorang itu tidak akan berubah banyak seperti yang diinginkan.

"Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.

"Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti,"
ujarnya.

Bagaimanapun katanya, sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan, Yana lebih senang menjalani rawatan kuntur wajah agar sentiasa kelihatan muda.

"Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas.

"Selain itu saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan serta ulam-ulaman. Itu sahaja,"
tuturnya - Portal mStar

4 Foto aksi menarik Nelydia Senrose bersama Qi Razali tonton bola

$
0
0
"It's not about winning or losing, it's about the spirit and atmosphere. #selamanya #harimaumalaya," begitulah semangat Nelydia Senrose yang menonton perlawanan bolesepak antara Malaysia menentang Vietnam bersama Qi Razali dan adik-beradiknya di Stadium Shah Alam, Selangor semalam.

Meskipun Malaysia tewas 2-1, namun Malaysia masih berpeluang menebus kekalahan tersebut apabila bertandang ke Vietnam nanti.

Jom layan foto-foto menarik Nelydia Senrose yang begitu bersemangat memberi sokongan di Stadium Shah Alam, Selangor.

Sumber asal : Blog Myartis





6 Foto terkini Erin Malek tak kisah hamil di usia muda

$
0
0
Keputusan pelakon ini untuk menamatkan zaman bujang pada usia 20 tahun baru baru ini pun cukup untuk mengejutkan ramai pihak maklumlah nama sedang meningkat naik. Namun, itu bukan masalah buat Erin Malek yang kini sudah dua bulan bergelar isteri.

Bercakap kepada GUA di majlis pelancaran Magnum Cafe, Kuala Lumpur baru baru ini Erin Malek turut berkata yang beliau tidak kisah untuk bergelar ibu pada usia muda dan akan menerima sebarang kurniaan cahayamata dalam masa terdekat dengan hati terbuka.

“Setakat ini, belum lagi ada tanda-tanda kehamilan. Memang ada ramai yang bertanya, walau pun usia berkahwinan Erin dan suami baru masuk dua bulan. Kalau boleh, suami memang mahukan anak seawal yang mungkin. Cuma, kami anggap belum ada rezeki lagi,” ujarnya.

Erin Malek juga menambah yang beliau tidak mahu terburu buru dalam soal anak kerana mereka berdua kini masih dalam fasa berbulan madu dan akan terbang ke London pula pada penghujung Disember ini untuk percutian mereka berdua.

“Suami seorang yang memang suka berjalan, dan itu adalah hobinya yang dikongsi sama dengan saya. Jadi kami tak kisah berbelanja untuk tujuan itu,” tambahnya.

Sumber asal : Portal Rotikaya








Foto peminat lamar Fazura di sesi karaoke anjuran Astro Shaw

$
0
0
Wah... dalam pada sibuk menjalankan tugas promosi bagi watak Ifti Liyana untuk filem Manisnya Cinta Di Cappadocia, Nur Fazura yang diketahui masih solo itu telah dilamar oleh seorang jejaka!

Perkara ini berlaku secara spontan dalam sebuah majlis karaoke yang merupakan sebahagian daripada rangka promosi filem cinta tersebut.

Berbekalkan lagu romantik yang kini hot nyanyian John Legend, All Of Me, pemuda tersebut tiba-tiba melutut dan dalam posisi melamar didepan Fazura lalu menyuarakan hasrat hatinya. Detik ini sempat dirakamkan Astro Shaw iaitu penganjur majlis pada petang Ahad lepas itu dan ianya dimuatnaik di akaun Instagram mereka.

Fazura juga secara spontan menyuruh pemuda tersebut meminta kebenaran daripada ibunya yang turut hadir pada acara tersebut. Tanpa sebarang bantahan, ibu Fazura memberikan lampu dan Fazura juga turut menunaikan hasrat peminatnya itu tetapi bukannya untuk menerima lamarannya tetapi cincin yang diberikan sebagai simbolik kepada lamaran tersebut.

Lelaki bertuah tersebut difahamkan merupakan salah seorang peminat Fazura yang dijumpai sehari sebelum sesi karaoke tersebut ketika promosi Manisnya Cinta Di Cappadocia di Klang.


Ketika ingin bersurai pemuda tersebut sempat menjerit ‘I love you’ kepada Fazura sebelum aktres tersebut membalas ungkapan ‘I love you too!’kepadanya membuatkan dia terpanggil merakamkan detik manis yang mungkin tidak semua peminat dapat melakukannya, apatah lagi merasakan bagaimana perasaan apabila lamaran terhadap Fazura telah diterima pelakon itu.

Selain daripada keluarga dan peminat Fazura, pelakon dan pengarah Manisnya Cinta Di Cappadocia iaitu Shaheizy Sam dan Bernard Chauly turut bersama untuk berkongsi kenangan lucu dan romantis tersebut di dalam majlis sesi karaoke yang dianjurkan Astro Shaw itu.

Kembali beraksi semula di layar perak , Fazura mengubati kerinduan para peminat yang sekian lama menanti dengan kemunculannya dalam filem baharu. Baru sahaja selesai menjalani penggambaran program realiti Facing Up To Fazura dan filem Langit Cinta, aktres jelita ini khabarnya sibuk menjayakan aktiviti serta siri jelajah promosi Manisnya Cinta Di Cappadocia ke seluruh negara yang bakal menemui penonton pada 11 Disember ini.

Sumber artikel : Blog Mummynemo



3 Foto pertunangan Najwa & Idris Koh Keng Hui

$
0
0
Tahniah Najwa! Selamat bertunang, si darah manis! Najwa dah selamat ditunangkan dengan seorang jejaka berketurunan Cina, bernama Idris Koh Keng Hui.

Kredit gambar IG
@joeprcinternational
@royidris

@najeebazami

Penyanyi Najwa Mahiaddin atau nama sebenarnya, Najwa Muhyiddin telah selamat ditunangkan dengan lelaki pilihannya, Idris Koh Keng Hui, selepas solat Isyak, sebentar tadi.

Majlis pertunangan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah dilangsungkan di kediaman keluarganya di Sri Satria, Putrajaya.

Najwa yang terkenal dengan lagu You've Got To Go dan Seri Mersing telah bertunang dengan salah seorang daripada ahli muzik di dalam band iringannya.

Rombongan pihak lelaki telah menghantar 3 dulang berbalas 5 daripada pihak perempuan.






5 Foto Syatilla, kekasih baru Shaheizy Sam

$
0
0
Peminat pasti masih ingat kisah cinta Sam dengan pelakon baru yang semakin mencipta nama, Syatilla Melvin. Bagaimanapun, hubungan terbina tidak berpanjangan kerana tidak mendapat restu orang tua.

Namun, baru-baru ini ada yang menyampaikan berita gembira kepada Cik Pang yang Syatilla dan Sam kembali bersama. Ibarat cinta terputus kembali bertaut. 

Lebih menggembirakan apabila hubungan mereka turut mendapat restu orang tua. Buktinya, Syatilla dilihat sering keluar dengan ibu Sam yang lebih popular dipanggil Mummy dalam kalangan rakan industri. 

Mereka juga sering memuatnaik gambar saat mesra keluar dan membeli-belah bersama dan perkara itu pasti menjadi bukti hubungan Sam dan Syatilla kembali baik. 

Bila cinta kembali bertaut, nampaknya tidak lama lagi akan sampailah kad jemputan pernikahan dan perkahwinan Sam dan Syatilla atas meja Cik Pang. 

Itu doa Cik Pang untuk pasangan ini, moga jadi kenyataan. Sebabnya sebelum ini Sam beritahu rakan media, dia memang mahu berkahwin dalam usia sekarang. Tak gitu Sam?

Sumber asal artikel : Harian Metro







Luahan sedih Nora dihina kerana muka hodoh dan berjerawat ketika remaja

$
0
0
Inilah luahan sedih Nora kerana dihina dan dicaci kawan-kawan hanya disebabkan memiliki raut wajah hodoh dan berjerawat ketika zaman remaja.

Lebih menyakitkan, cubaan Nora untuk mendapatkan kerja di beberapa buah syarikat selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama tidak berjaya lantaran mereka takut dengan wajahnya yang hodoh. Hmm. Dunia dunia.

Namun, dengan membaca pengakuan Nora kat bawah ni, kami yakin mana-mana wanita kat luar sana yang mempunyai masalah jerawat bakal menemui jalan penyelesaian.


Gambar kat bawah ni pula ialah wajah terkini Nora yang semakin cantik dan jelita. Tentu ramai antara korang turut sama terpikat macam kami. Hehe

Info lanjut kat sini mengenai produk tersebut : Blog Nameeroslan


Foto paling terkini Amelina terlalu jelita

$
0
0
Amelina. Ya hangat kisah penyanyi ini sekarang. Dulu lepas kahwin dia terus hilang dan sekarang selepas punya enam orang anak, kini Amelina kembali dengan semangat baru.

 Gempal antara peminat dia. Pendek kata jika pergi karaoke, lagu Amelina pasti ada dalam senarai.

Ramai yang ternanti-nantikan wajah dan perkembangan terbarunya. Antara yang menarik perhatian Gempal adalah cerita Amelina di dalam Majalah Nona.

 Ujar Amelina, dia segan apabila ada orang bercakap, ‘kesian Amelina dah macam makcik-makcik’. Walhal umurnya baru 40 tahun.

Patutlah dalam majalah Nona ini, Amelina melaram sakan. Dah tak nampak macam makcik-makcik tapi dah macam diva dangdut. Yes selamat kembali Amelina.

Sumber artikel & foto : Dairi Gempal



Foto wajah terbaru Pian Cecupak menakutkan

$
0
0
Rasanya tidak lama dahulu Pian Cecupak sudah pernah melahirkan rasa keinsafannya kerana melakukan perubahan terhadap wajahnya. Malah Pian sendiri sudah pun membuang colagen yang pernah disuntiknya satu ketika dahulu. 

Tindakan tersebut amat bagus dan terpuji. Namun sebentar tadi menerusi Facebook Media Hiburan, gambar terbaru pelawak ini telah pun menjadi perbualan orang ramai. Rata-rata melahirkan rasa terkejut dengan penampilan terbaru Pian Cecupak.

Kami mati-mati ingat Pian Cecupak yang sebelah kiri (lelaki hensem tersebut). Rupa-rupanya yang belah kanan. Tidak diketahui apa motif Pian memakai baju perempuan dan membuat solekan seperti kaum Hawa. 

Kemungkinan besar ada majlis yang dihadiri. Mungkin Pian menjadi MC untuk majlis tersebut. Namun ternyata penampilan tersebut membuatkan orang ramai bercakap mengenai Pian. Antara komen-komen yang menarik ialah:-




Fesyen terkini Kilafairy amat mengancam

$
0
0
Beberapa keping foto terkini Kilafairy di Fashion Show yang baru sahaja berlangsung pada minggu lepas di Petaling Jaya, Selangor.

Kami rasa sesiapa yang ada pergi ke Fashion Show itu pasti mempunyai kesempatan untuk bergambar dengan Kilafairy. Cantiknya dia! Kami suka rambut Kila mengerbang.


Foto wajah gadis cantik kembar seiras Nur Fathia

$
0
0
Foto wajah gadis cantik macam kembar seiras Nur Fathia Latiff ketika mereka sama-sama mengenakan tudung. Siapa setuju dengan statement page rotikaya?

Dua-dua mereka nampak manis bertudung dengan gaya posing masing-masing. Tentu ramai lelaki kacak kat luar sana yang terpikat, tak gitu?

Untuk itu, kami nak kongsikan gambar kat bawah ni untuk penilaian korang sendiri. Hehehe



Punca sebenar suami Ieda Moin fail penceraian

$
0
0
Jika sebelum ini, penyanyi dan pelakon Ieda Moin pernah menafikan yang rumah tangganya mengalami pergolakan, namun perkembangan terkini melaporkan bahawa suaminya sendiri iaitu Mohd Naquib Idris, telah memfailkan perceraian ke atas Ieda.

Mereka dilihat telah berada di Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 2 Disember lalu. Hasilnya, 18 Disember ini dilaporkan sebagai tarikh sebutan kes pasangan ini.

"Ya... memang benar," jawab Ieda ketika dihubungi media mengenai kes Mahkamah Syariah itu.

"Belum cerai, tapi saya tak nak komen apa-apa buat masa ini. Saya bukan tak nak kongsi, tapi saya takut. Doakan yang terbaik buat saya. Kalau sudah bersedia, saya akan kongsi. Jangan risau, saya OK," tambah Ieda lagi.

Menurut laporan Berita Harian pula, suami Ieda kononnya mempunyai orang ketiga hingga mereka tidak lagi tinggal sebumbung, selain artis itu mendakwa suaminya dikatakan berubah perangai.

Malah Ieda sendiri pernah mengakui bahawa lima tahun kebelakangan ini, rumah tangga mereka kian hambar selain berdepan dengan masalah komunikasi.


Untuk rekod, Ieda mendirikan rumah tangga dengan Mohd Naquib sejak lapan tahun lalu dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dhia Dania, yang kini berusia enam tahun.

Sumber : Blog Myartis


Foto Diana Danielle tayang perut terima kritikan

$
0
0
Mula-mula dulu jenuh melayan kontroversi Sharifah Sakinah yang saban hari tayang perut di Instagram. Kemudian Hanez Suraya pula dikatakan bergambar sehingga menampakkan perutnya di Singapura.

Tak lama lepas tu, Hanis Zalikha pun teruk dikecam oleh orang ramai kerana fotonya sebagai cover girl sebuah majalah menampakkan sedikit bahagian perutnya.

Ha.. Terkini, nampaknya sasaran beralih kepada foto Diana Danielle hanya dek kerana sekeping foto yang mendedahkan sedikit perut dan pinggangnya mula tersebar di laman sesawang.


Malah, foto Diana sedang minum air sambil posing maut atas motor besar pun jadi isu. Ada yang kata posisi Diana posing atas motor besar itu sangat mengghairahkan. Hurm.

Malah, foto Diana sedang minum air sambil posing maut atas motor besar pun jadi isu. Ada yang kata posisi Diana posing atas motor besar itu sangat mengghairahkan. Hurm.




Foto anak Che Ta bercuti dengan kekasih di Maldives?

$
0
0
Untungnya lah dik non oi! Muda-muda lagi dah dapat menjejakkan kaki ke pulau tercantik di dunia. Mana lagi kalau bukan Pulau Maldives.

Menurut sumber-sumber, anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy sebelum ini telah memuatnaik sekeping gambar dengan seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya dengan caption “Maldives With Love”. Katanya foto tersebut diambil di Embudu Village, Maldives.

Bagaimanapun, bila kami lihat laman Instagram Ammar, foto tersebut telah pun dipadam dan kini hanya terdapat sekeping foto wanita bertudung hitam menghadap laut dengan posing style #followmeto

Ha.. Jangan cepat sangat buat spekulasi ya! Kami rasa mereka bukannya pergi berdua sahaja. Kalau anda masih ingat lagi, Che Ta pernah mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk membawa Aaisyah Dhia Rana ke Maldives.

Tetapi, setakat ini tiada pula foto di pulau itu yang dimuat naik oleh Che Ta dan Zain Saidin. Al-maklumlah, bila bercuti di pulau yang sebegitu indah, mungkin mereka mahukan sedikit privacy dan tidak mahu ‘too attached‘ dengan laman sosial kan?

Sumber asal : Portal Ohbulan



Foto terdedah isteri Norman KRU undang kejutan

$
0
0
Isteri kepada Norman KRU yang merupakan CEO kepada KRU Production telah dilihat menghadiri sebuah majlis AIM 2014 baru-baru ini dengan berpakaian yang agak seksi dan terdedah sehingga menerima kecaman dari peminat.

Lihat foto penampilan isteri Norman KRU yang pasti memeranjatkan korang. Kredit kepada Blog Katakcomel



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live