Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Wajah terkini Vie Santie, isteri Eizlan Yusof

$
0
0
Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur, hari ini.

Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.


Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.

Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun - Sinar Harian.


8 Foto pertunangan Zul Huzaimy & Misz Erna

$
0
0
Opps.. gadis misteri yang kami maksudkan sebenarnya ialah tunang Zul Huzaimy iaitu Misz Erna.

Kenapa kami katakan dia ialah gadis misteri itu sebab Zul sebelum ini tidak pernah mendedahkan wajahnya kepada umum. Bertunang pun berlangsung secara mengejut.

Pelakon Zul Huzaimy selamat mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Misz Erna pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Zul Huzaimy melalui laman Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik foto beserta kapsyen yang berbunyi:

“Alhamdulillah selesai sempurna semuanya. #majlis #tunang aku #zulhuzaimy dan dirinya yang tersayang @miszerna.

"Terima kasih mak merestui diriku. Joy sayang mak. Terima kasih puteraku Awal Haziq yang sangat gembira bila diriku sudah berpunya..." 
tulisnya.

Malah keluarga dan juga satu-satunya anak lelaki aktor itu juga merestui pertunangan mereka.

Terdahulu Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak.

Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Zul dan pasangan.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi beberapa foto pertunangan Zul yang diambil menerusi laman IG pasangan itu.

Sumber asal : Portal Astrogempak






Foto Wak Doyok pegang bahu Fazura buat peminat kecewa

$
0
0
Kami percaya ramai yang makan hati apabila pelakon jelita ini dilihat lentok manja di bahu selebriti dan ikon fesyen terkemuka, Wak Doyok ni kan?

Tergelak sakan kami bila baca caption Wak Doyok yang memang ‘win’ tu. Ha.. Buat anda yang ketinggalan kereta api, sebenarnya mereka bergambar di sebuah pertunjukan fesyen yang berlangsung semalam.

Jadi, jangan ada yang butthurt pula ye! - Portal Ohbulan






4 Foto kekasih baru Hetty Sarlene

$
0
0
Dah lama tak dengar cerita mengenai pelakon Hetty Sarlene yang pernah popular menerusi drama-drama tempatan satu ketika dahulu bukan?

Terbaru Murai Batu dapat tahu dia kini berada di negara asalnya iaitu di Singapura dan sudah pun mempunyai kekasih. Kekasihnya pula seorang jejaka mat salleh.

Amboi bukan main intim lagi menerusi foto-fotonya bersama boyfriend mat sallehnya yang dimuat naik dalam Instagram miliknya itu.

Murai Batu tengok kacak juga kekasih mat salleh Hetty ni, mereka kelihatan seperti bercuti di tepi pantai di Singapura.

Sumber : Portal Murai

Tanpa buang masa, jom layan foto-foto mereka:





2 Foto ibu Izara Aishah yang mengejutkan

$
0
0
Nampaknya bukan sekadar media dan peminat terasa hati dengan kesibukan Izara Aishah tetapi ibunya sendiri turut merasakan yang anak gadisnya itu terlalu kuat bekerja.

“Sekarang ni, sebenarnya saya tengah tak bercakap dengan mama. Mama merajuk dengan saya. Dia kecil hati sebab saya asyik kerja, kerja. Sampaikan saya balik rumah, memang tak berjumpa dengan mama dan adik saya. Iyalah, bila saya balik mereka dah tidur. Bila saya nak keluar ke lokasi, mereka tiada di rumah.”

“Sekarang ni saya tengah cari masa sesuai untuk bercuti sekejap dan luangkan masa dengan famili, mungkin nak bawa mereka pergi bercuti nanti,”
jelas Izara Aishah lagi.

Berikut ialah dua keping foto wajah ibu Izara Aishah yang cantik menawan.



2 Foto Dyana Sofya hanya pakai skirt pendek

$
0
0
Beberapa keping foto Dyana Sofya yang agak daring diambil dari sudut depan telah tersebar secara meluas di laman Facebook.

Foto-foto berkenaan diambil ketika Persidangan Parti DAP 2014 di mana Dyana dilihat hanya mengenakan uniform putih rasmi DAP dengan skirt pendek atas lutut.

Susulan tu, segelintir netizen menawarkan diri untuk memiliki hati beliau, dengan niat untuk membimbing. Malah ada juga yang berfikiran lebih terbuka dengan mengatakan inilah gaya orang muda sekarang berpolitik.




Foto terkini Sari Yanti selepas bercerai

$
0
0
Menerusi laporan Utusan, Mahkamah Rendah Syariah Petaling diberitahu pelakon Sari Yanti dan suaminya Mohd. Edy Casmadi Che Hussain telah bercerai secara tebus talak sebanyak RM10,000 di Mahkamah Syariah Seremban.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd. Edy Casmadi memberitahu perkara itu kepada Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah bahawa tebus talak itu dibayar oleh Sari Yanti kepada Mohd Edy.

Abd. Halim kemudiannya menetapkan 9 Februari tahun depan untuk perbicaraan kes itu sekiranya tidak ada penyelesaian antara pasangan itu.

Kedua-kedua mereka itu tidak hadir pada prosiding itu dan Sari Yanti hanya diwakili peguam syarienya, Marlina Amir Hamzah.

Untuk rekod, pada 25 Februari yang lalu, Sari Yanti memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Bagaimanapun, Mohd. Edy kemudiannya memfailkan permohonan nusyuz ke atas Sari Yanti pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 16 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aly, 4, dan Basit Al-Haq, 2.




6 Foto pra-perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel

$
0
0
Satu lagi artikel hiburan diinspirasikan dari apa yang terjadi di Instagram selebriti, kita namakan ini Instagram journalism, kalau pun ianya boleh dipanggil sebagai journalism. HAHA! Terbaru, kita ada kisah tentang pasangan selebriti Wawa Zainal & Aeril Zafrel.

Semalam, Aeril Zafrel ada memuat naik sebuah video pendek menunjukkan Wawa Zainal sedang disolek dan nampak seperti teaser untuk satu majlis kerainan atau perkahwinan. Seperti yang kita sedia maklum, pasangan ini sudah lama berkahwin.

Dan dari beberapa keping gambar lain yang kami temui di Instagram, mereka berdua nampaknya sudah selesai menjalani sesi fotografi untuk acara Malaysia International Wedding Festival yang akan berlangsung Januari 2015 kelak.

Ada kemungkinan besar jika dilihat dari apa yang dipaparkan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel akan bersanding di khalayak ramai buat pertama kalinya sejak sah bernikah pada tahun 2013.

Peminat yang berminat untuk saksikan pasangan ini bersanding laksana pengantin baru boleh menghadiri festival itu nampaknya nanti. Mesti meriah!









Fesyen terkini Sherry Ibrahim yang amat memukau mata

$
0
0
Fattah Amin mengakui selesa menjalinkan hubungan dengan pelakon Sherry Ibrahim. Malah, Fattah menganggap perbezaan usia tujuh tahun tidak menjadi halangan untuk mereka mengenali hati budi masing-masing.

"Semua orang tahu saya jarang rapat dengan mana-mana artis wanita, tetapi apabila Sherry mula memuat naik gambar saya di akaunnya, cerita ini jadi tersebar dan ke mana-mana ramai mahu mengetahui tentang perkara tersebut.

"Selama dengannya sedikit pun tidak menjadi masalah. Kalau ada jodoh adalah dan sememangnya kami tidak mahu sentiasa berkepit ke sana ke mari untuk mengelakkan persepsi lain dari pandangan masyarakat,"
ujar Fattah.

Dalam pada itu, banyak pihak beranggapan Sherry bukanlah calon sesuai untuk Fattah lantaran jarak usia mereka jauh. Malah mereka beranggapan Fattah mampu mendapat kekasih yang jauh lebih cantik dan muda dari Sherry.

"Soal usia tidak menjadi masalah dan kadang-kadang berumur lebih bagus. Cinta ini memang tidak boleh cakap sebab semuanya ketentuan Tuhan. Bagi manusia yang berkata sedemikian, jodoh itu bukan di tangan mereka. Jika itu jodoh dan rezeki saya, saya terima seadanya," tambah Fattah yang mula rapat bersama Sherry ketika menjayakan drama bersiri Cinta Ibadah.



Foto terkini Diana Amir di cerun gunung mengejutkan

$
0
0
Kami ni memang menghidapi Akrofobia. Tak tahu apa tu Akrofobia? Akrofobia itu adalah perasaan perasaan takut seseorang dengan tempat tinggi.

Jadi, bila tengok foto Diana Amir yang berdiri di tepi tebing Kalamunda setinggi 300 meter bersamaan 980 kaki atas paras laut ini, automatik jadi gerun.

Beraninya Diana. Dahlah dia sekarang ni sedang mengandung 5 bulan. Buatnya terjatuh ke dalam gaung, tak ke cari nahas namanya?

Tapi, kami pasti Diana berada dalam pengawasan penuh suaminya, Mohd Habibbullah semasa melakukan posing maut tu. Buat pengetahuan semua, Diana dan suaminya kini sedang bercuti di Australia.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik, mereka turut mengunjungi beberapa tempat menarik di sana seperti Penguin Island dan Kings Park.

Takpelah Diana. Ambillah kesempatan yang ada ini untuk bercuti puas-puas. Nanti dah bersalin dan menjalani tempoh berpantang, memang tak dapatlah nak jalan jauh-jauh.





Lagi 5 foto wajah terkini Nabilah Khan bekas isteri Nedim Nazri

$
0
0
Kredit penuh kepada blog beritasemasa22 yang telah berkongsi beberapa keping gambar terkini wajah sebenar Nabilah Khan, bekas isteri Nedim Nazri yang kelihatan semakin cantik dan jelita.

Untuk pengetahuan peminat, Nedim Nazri ialah kekasih kepada pelakon comel Nora Danish di mana mereka dikatakan merancang untuk berkahwin apabila tiba waktunya.

Buat korang kurang tahu mengenai latarbelakang pendidikan Nabilah Khan, dia ialah pemegang kelulusan ijazah dalam bidang undang-undang dan merupakan kawan baik kepada pelakon sensasi Lisa Surihani.

Hasil perkahwinan bekas pasangan Nabilah Khan dan Nedim Nazri, mereka dikaruniakan seorang anak lelaki yang amat comel.






Bekas suami Abby Abadi, Farhan buat tindakan mengejutkan

$
0
0
Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan.

Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini,"
ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia.

Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.


Sementara itu, sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan.

"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai,"
ujarnya.

Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut.

Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu.

"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya.

Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.

Sumber : mStar

Foto Fazura tanpa mekap amat mengejutkan

$
0
0
Mungkin sebelum ini kita hanya pernah melihat bagaimana wajah sebenar beberapa selebriti wanita tempatan tanpa mekap seperti Rozita Che Wan, Raja Ema, Hanez Suraya, Datuk Siti Nurhaliza dan Almy Nadia namun bukan semua.

Bagaimana pula dengan wajah sebenar Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 30, jika tidak mengenakan sebarang mekap? Ramai peminat percaya beliau lebih cantik tanpa mekap memandangkan Fazura memiliki aura kejelitaan semulajadi. 

Di laman Instagram pelakon dan model kecantikan itu, beliau telah memuatnaik sekeping foto santai yang tidak memakai sebarang mekap.

Foto tersebut menerima pujian melambung dari kebanyakkan pengikutnya kerana tetap cantik dan anggun meskipun hanya tampil biasa.


7 Foto terkini Farhan, bekas suami Abby Abadi buat posing macho

$
0
0
Nama Noor Farhan Che Bakar tiba-tiba jadi sebutan bila kes perkahwinan diam-diam dan perceraian dengan bekas pelakon Abby Abadi jadi perhatian peminat sedikit masa lalu.

Selepas reda dan selesai masalah rumah tangga dan mereka sah bercerai, kini Noor Farhan, 25, mula berjinak-jinak dengan bidang seni. Bukannya mahu menumpang nama Abby sebaliknya mahu mencuba nasib.

Dia juga turut mencuba peragaan. Bukan mahu jadi model catwalk sebaliknya model commercial untuk iklan cetak dan iklan TV.

“Hari ini saya menjalani sesi casting pertama dan alhamdulillah saya lepas untuk ke peringkat kedua pula selepas ini. Segala-galanya macam pantas sahaja.

“Ia bermula bila saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pihak yang pernah menguruskan talent agency, Jamal Tommy Talent Agency. Semalam saya dapat panggilan untuk pergi casting.

“Saya masih baru lagi dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan tunjuk ajar kepada saya,” kata Farhan yang juga sedang mengintai peluang untuk terjun ke bidang lakonan.

Dia akui belum pernah ada pengalaman dan terpanggil untuk mencuba nasib bila dapat dorongan daripada rakan sekeliling.

“Kawan-kawan saya sarankan saya mencuba nasib dalam bidang seni. Pada mulanya saya berat hati juga sebab dah rasa peritnya bila menjadi tumpuan dengan isu sensasi. Saya akui ketika pertama kami saya bercakap dengan media, saya memang takut-takut. Maklumlah saya tak pernah lalui semua itu.

“Tapi ia sebenarnya memberi kekuatan kepada saya dan saya menjadi seorang yang lebih berani dan tidak malu-malu lagi,” sambung Farhan kepada Mangga Online.

Dia minat dengan watak aksi khususnya pasal kereta drift. Walaupun tidak belajar skilnya, tetapi dia boleh melakukan aksi drift kerana minat.

“Kalau ada lakonan aksi memang saya minat,” kata Farhan yang kini sedang giat menurunkan berat badan.

Dia aktif ke gimnasium dan sudah mampu turun 10 kg dalam masa beberapa minggu sahaja. Dia kini mencecah 80kg daripada berat 90kg sebelum ini. Farhan sedang berusaha untuk kembali kepada susuk asal 70kg.

Sumber : Blog Beritasemasa22








2 Foto terkini Nur Fathia paling mengancam di meja makan

$
0
0
Kadang-kadang kami pun kasihan dengan nasib yang menimpa sesetengah selebriti.

Terbaru, foto pelakon jelita Fathia Latif pula menjadi sasaran. Jika dilihat dengan mata kasar, foto ini kelihatan biasa sahaja.

Foto ini diambil ketika Fathia sedang berbincang mengenai satu projek bersama dengan Avon.

Walau bagaimanapun ia mengundang sedikit kata-kata yang kurang manis yang menjurus kepada aset milik pelakon jelita ini.

Kami pun pelik dengan followers instagram selebriti ni. Kot ia pun mengkagumi kejelitaan pelakon pujaan, rasanya ada lagi kata-kata yang lebih elok untuk dikeluarkan.


3 Foto persandingan Siti Nurhaliza & Datuk K menggemparkan

$
0
0
Siapa sangka, dalam sebuah majlis makan malam tahunan ‘Cahaya Cinta’ yang dihadiri oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K di Johor Bahru baru-baru ini, tiba-tiba pasangan ini dijemput untuk bersanding buat kali kedua.

Dengan persiapan pelamin yang sangat cantik pada majlis tersebut, ditambah pula pakaian Siti dan juga Datuk K yang tak ubah macam pengantin, ternyata pasangan ini bagaikan tidak dimamah usia langsung. Manis mereka berdua di atas pelamin!

Gambar yang dikongsikan oleh Siti Nurhaliza di Instagram beliau ini memang mengundang rasa cemburu, bukan? Maklumlah sudah bertahun kahwin pun masih mampu nampak seperti pengantin baru. Apa-apa pun, kami di sini mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia.









Foto terbaru Shera Aiyob yang terlalu cantik dan jelita

$
0
0
Sejak beberapa minggu lalu, ramai mula memperkatakan tentang khabar yang mengatakan pelakon dan juga isteri kepada Zahiril Adzim, Shera Aiyob kini sudah mengenakan tudung sepenuhnya selepas kesemua gambar beliau tidak bertudung sudah dipadam di laman sosial.

Berita itu disambut baik oleh ramai peminat yang suka dengan penampilan terbaru Shera Aiyobitu dan melalui Utusan Malaysia hari ini, beliau kongsikan sedikit kisah disebalik penghijrahan itu.

Pelakon ini berkata yang keputusan untuk bertudung penuh ini diambil baru baru ini sahaja & tidak ramai yang mengetahuinya dan apabila ditanya jika ada peristiwa istimewa yang berlaku mendorong keputusannya itu, ini jawapan beliau.

“Tidaklah, tiada apa berlaku sebelum saya membuat keputusan ini. Tetapi perasaan itu memang ada sudah lama, cuma baru sekarang ia berlaku. Memang saya bersyukur sangat mungkin ini janji yang sudah tertulis yang saya akan mengenakan tudung sekarang,” ujarnya.

Shera Aiyob turut berkata yang suaminya Zahiril Adzim tidak memaksa untuk beliau berubah kerna percaya perubahan perlu datang dari diri sendiri.

“Dia tidak ada cakap apa-apa, cuma saya tahu memang dia juga nantikan keadaan ini sudah lama. Mungkin ini doa dia dan saya juga. Kali pertama saya mengenakan tudung ketika keluar rumah dia cuma tanya, betul ke? Bila saya cakap ya, dia hanya senyum,” tambahnya lagi.



4 Foto terbaru Puan Khaleeda, isteri TMJ

$
0
0
Biodata Che Puan Khaleeda Bustamam, Isteri TMJ - Che Puan Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003 sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

Che Puan Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.

Berikut ialah empat keping foto terkini Che Puan Khaleeda yang semakin cantik dan menawan. Beliau sememangnya murah senyuman serta peramah.

Sumber asal gambar : Blog Beritasemasa22





Jasmin Hamid kongsi gambar-gambar kahwin di Instagram?

$
0
0
Lama dah tak dengar cerita pasal pelakon Jasmin Hamid ni kan? Meskipun ceritanya di media kurang mendapat liputan tetapi Murai Batu mengikuti pelakon popular dari era 90-an ni di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Baru-baru ni, Murai Batu terkejut apabila dia berkongsi gambarnya di Instagram dalam pakaian perkahwinan yang diarak menaiki kereta kuda.

Tapi gambar tu seperti gambar lama, Murai Batu ingtakan gambar perkahwinannya dulu, rupa-rupanya gambar tu merupakan gambar bersandingnya dengan aktor Aaron Aziz dalam salah satu babak drama Dol dan Minah Nak Kahwin.

Tak silap drama itu pernah ditayangkan beberapa tahun yang lalu dan gambar itu pon gambar lama.


Berikut merupakan kapsyen Jasmin:

“Minah berangan nak jadi Princess dengan Dol @aarondwiaziz yang memang kedekut. Kahwin naik kereta kuda konon dalam zoo Singapore. Hebat Bukan? #beauty #love #happy #holiday #fresh #fabulous #power #destiny.”

Apa-apa pun Murai Batu kagum dengan Jasmin, sehingga kin dia masih lagi aktif berlakon dan lakonannya masih lagi hebat seperti dulu. Murai Batu ucapkan semoga maju jaya Jasmin!






3 Foto wanita cantik di sisi Hanis Zalikha tiba-tiba curi tumpuan

$
0
0
Siapakah gerangan wanita cantik yang berada di sisi pelakon dan blogger terkenal, Hanis Zalikha? Beberapa keping fotonya yang amat memukau telah dikongsikan oleh Blog Beritasemasa22.

Tidak dinafikan memang ramai peminat begitu teruja dan tertanya-tanya disebabkan kejelitaan wanita itu yang cukup mencairkan hati dan memikat.

Nak tahu? Korang boleh tengok tiga foto kat bawah ini.




Viewing all 4594 articles
Browse latest View live