Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Wajah terkini teman wanita Ammar Affendy, anak Che Ta

$
0
0
Umum mengetahui Ammar Affendy, anak sulung Rozita Che Wan (Che Ta) mempunyai seorang kekasih yang amat comel bernama Diyanah.

Che Ta dan keluarga mengetahui hubungan Ammar Effendy dan kekasihnya ini malah Ammar Effendy juga telah bercuti bersama keluarga kekasihnya itu di Maldives.

Kekasih Ammar ini juga telah hadir ke majlis aqiqah adiknya iaitu Aaisyah Dhia Rana minggu lepas

Jom lihat dua foto terkini wajah kekasih Ammar Effendy di bawah yang diambil dari laman Instagram peribadinya.

Lagi 5 keping foto Diyanah kat SINI.

Sumber sebenar artikel : Blog Hotlips




Alyah dan Ramli MS tidak lagi bertegur sapa

$
0
0
Susulan pergaduhan pasangan suami isteri, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah berpunca daripada sekeping gambar lama yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Ahad lalu, mereka berada dalam situasi kurang menyenangkan.

Memang tidak faham apabila pergeseran di antara Ramli dan Alyah berpanjangan memandangkan sebagai suami isteri, selalunya apa juga masalah timbul, jalan penyelesaian akan diambil secepat mungkin dengan tujuan memulihkan hubungan.

Sepanjang sesi latihan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), ruangan gossip Cik pang risik-risik juga dengan rakan produksi bagaimana keadaan suami isteri itu. Jelas mereka, Alyah dan Ramli tidak bercakap antara satu sama lain.

Kalau tidak bercakap, bagaimana mereka hendak bekerjasama? Kata teman produksi AJL29, segala urusan berjalan lancar dan masing-masing hanya menumpukan perhatian pada kerja mereka.

Tanpa bercakap antara satu sama lain, Ramli memimpin pemuzik untuk lagu Sesal Separuh Nyawa manakala Alyah menyanyi saja.

Mungkin juga masing-masing masih terkesan dengan banyak perkara berlaku apabila isu sekeping gambar lama berbangkit sehingga Alyah hilang pertimbangan dan melanggar kereta suaminya.


Menurut kenyataan diberi, kejadian Alyah langgar kereta Ramli baru berlaku Rabu lalu, tetapi ada sumber terdekat kepada pengarah muzik itu mengatakan ia berlaku pada malam Ahad lalu apabila isu gambar dimuat naik Alyah menjadi panas.

Menurut akhbar,Cik Pang sendiri tidak berani hendak berkata banyak membabitkan hal yang terjadi antara pasangan suami isteri kerana sebenarnya hanya mereka berdua tahu dan boleh menyelesaikannya.

Apapun, didoakan apa saja masalah dihadapi akan berakhir dengan baik, dan cinta juga ikatan perkahwinan mereka akan terus kukuh - Harian Metro.

Sebab Scha Alyahya tinggalkan Anugerah Juara Lagu

$
0
0
Pengacara dan pelakon, Scha Alyahya mengumumkan program 'Anugerah Juara Lagu 29' yang akan berlangsung pada malam ini merupakan penampilan terakhirnya di program terbitan TV3 itu.

Selain itu, Scha juga memberitahu yang dia tidak lagi akan terlibat di dalam program mingguan 'Muzik Muzik' bagi musim baru 2015.

"Saya rasa sudah cukup dua tahun terlibat di dalam program gah seperti AJL dan 'Muzik Muzik'. Banyak yang saya belajar sepanjang mengendalikan program tersebut bersama AG. Tapi, itu tidak bermakna yang saya akan tinggalkan dunia pengacaraan," ujar Scha.

Isteri kepada Awal Ashaari ini turut memberitahu yang dia mahu mencuba mengacara program atau rancangan lain - Mediahiburan.



2 Foto fesyen mengancam Ziela Jalil di AJL29

$
0
0
Atau lebih tepat karpet pink seperti yang dimaklumkan oleh penganjur sendiri. Malam ini, para selebriti tidak terkecuali mengenakan pakaian atau fesyen terbaik mereka untuk hadir ke kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) meraikan pertandingan muzik paling berprestij ini.

Seperti tahun yang sebelumnya sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2014 telah terpilih untuk bersaing di peringkat akhir AJL 29 dan melihat kepada senarai, memang semua lagu yang bertanding kali ini mempunyai kekuatan tersendiri.

Kami hendak memilih satu dua lagu sebagai pilihan peribadi pun rasa bersalah, heh.

Sementara anda menyaksikan persembahan hebat oleh artis artis kita malam ini, saksikan fesyen selebriti kita di karpet merah Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29). Enjoice! - Rotikaya.

Berikut ialah dua keping foto mengancam Ziela Jalil di AJL29.



7 Foto bertudung Leez Rosli, isteri Aepul Drama Band amat meruntun jiwa

$
0
0
Kata orang, lepas berkahwin sememangnya akan ada perubahan dalam hidup. Iyerlah, dulu seorang kini berdua. Hidup pun terasa lebih sempurna. Semalam ketika AJL29, telah dipaparkan gambar Leez Rosli dan suaminya, Aepul Drama Band.

Apa yang menariknya, penampilan Leez pada malam itu ialah dengan imej bertudung. Tertarik melihat perubahan tersebut, Abang Nara dengan segeranya telah ‘stalk’Instagram Leez Rosli.

Gambar-gambar terbaru yang dikongsikan oleh Leez Rosli jelas menunjukkan yang dirinya kini tampil dengan imej bertudung. Memang makin comel dan cantik. 

Untunglah Aepul mendapat isteri yang memahami tanggungjawab. Namun tidak diketahui sama ada Leez sudah berubah sepenuhnya atau masih dalam fasa percubaan. Apa-apa pun, ini adalah satu permulaan yang baik.

Semoga Leez Rosli terus istiqamah dalam bertudung. Semenjak dua menjak ini memang makin ramai selebriti muda yang berubah ke arah menjadi muslimah yang lebih bagus. 

Semoga ia akan menjadi contoh kepada gadis-gadis di luar sana. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya - Beautifulnara.








Foto isteri dan anak Azmi Saat dari Caliph Buskers

$
0
0
Pastinya sejarah baru dalam penampilan AJL kan? Mojo memperkenalkan sebuah kumpulan muzik jalanan untuk menyanyikan lagu mereka di pentas akhir AJL 29. Memang penonton akan ingat sampai bila-bila persembahan Mojo dan Caliph Buskers malam tadi.

Azmi Saat daripada kumpulan Caliph Busker, penyanyi lagu Romancinta di AJL29 bersama isteri dan anak. Azmi juga merupakan anak peneroka Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor.




4 Foto body Rozita Che yang sangat meletop selepas bersalin

$
0
0
Semasa melahirkan Aaisyah Dhia Rana, berat badan Rozita Che Wan (Che Ta) adalah 75 kilogram. Kini, selepas dua bulan dan sembilan belas hari kemudiannya, berat badan Che Ta menurun kepada 58 kilogram.

Begitu juga dengan pinggangnya yang berukuran 41 inci semasa melahirkan Aaisyah, sekarang sudah tinggal sebanyak 26 inci. Apakah rahsia Che Ta mengembalikan bentuk badannya dalam jangkamasa singkat?

“Masa sedang mengandung lima atau enam bulan, kita dapat tawaran jadi duta produk pelangsingan, Idola. Kita tanya kat manager kita, Afeeq, bagus tak produk ni.

Che Ta mencabar dirinya sendiri untuk kembali langsing seperti sebelum mengandung dulu.


“Kami berbincang dan bercadang untuk mencuba sendiri produk ni. Selepas bersalin dan habis makan ubat yang diberikan oleh doktor, barulah kita cuba sendiri produk ini.

“Paling penting, kita tertarik sebab ia tak menjejaskan proses penyusuan baby kerana ia diperbuat daripada buah-buahan,”
kata Che Ta yang mesra membahasakan dirinya sebagai kita.

Menurut Che Ta, selain produk pelangsingan tersebut, dia juga ada menerima tawaran lain iaitu menjadi duta kepada pusat pelangsingan badan.

“Kalau jadi duta slimming centre, kita kena pergi ke pusat berkenaan dan perlu jalani macam-macam proses termasuk balut sana, balut sini, berjam-jam lamanya.

“Tapi kita ni malas dan tak ada masa nak buat itu semua. Jadi kita lebih berminat dengan produk yang mudah tapi bagus macam Idola.

“Kita cuma perlu ambil produk ini sehari sekali iaitu sebelum sarapan. Ternyata ia memang melawaskan dan membuang toksik-toksik dalam badan,”
jelas Che Ta.

Bintang yang terkenal dengan penampilan anggunnya ini juga mengakui yang dia mencabar dirinya sendiri untuk kembali langsing setelah melahirkan anak pertamanya bersama Zain Saidin.

“Kita dah dapat turunkan 17 kilogram dan bercadang nak kecilkan lagi ukuran pinggang kembali kepada 22 inci macam semasa sebelum mengandung dulu,” katanya yang muncul di majlis ini dengan blaus hitam berkolarkan bulu-bulu burung serta berskirt hijau rekaan Qudyn KL.

Sementara itu, Ketua Pegawai Ekselutif G2 Network Worldwide, Sally Bador berkata, pihaknya menawarkan Che Ta menjadi duta kepada produk Idola keluaran mereka setelah tertarik dengan beberapa kriteria yang ada pada bintang tersebut.

“Che Ta adalah artis A++ yang eksklusif dan ada kelasnya yang tersendiri.

“Che Ta juga adalah ikon selebriti Malaysia yang sangat mendapat perhatian kerana aura populariti serta bakat yang ada padanya.

“Keayuan, keanggunan dan karisma semulajadi yang wujud pada diri Che Ta, tanpa disedari menjadi viral kepada wanita masa kini yang mahukan kelainan dalam ciri kewanitaan yang sebenarnya,”
kata Sally. ~ Anizyn





4 Foto ini jadi penyebab Nazim Otham digelar lelaki paling seksi

$
0
0
Bagi kami, Nazim Othman tidak menepati ciri-ciri tall, dark and handsome. Sebaliknya, lebih ke arah wajah secantik K-Pop gitu.

Namun, jangkaan kami meleset apabila Nazim Othman berjaya memenuhi kriteria lelaki kacak Malaysia dengan tampil ‘gagah’ sebagai cover man sebuah majalah.

Fuh, boleh tahan maskulin juga wajah jejaka kaki selfie ni ye. Ha.. Jadi apakata gadis-gadis Malaysia? Teruja?

Sumber : Ohbulan






Penjelasan Siti Nurhaliza kontroversi lagu Apa Khabar juara AJL29

$
0
0
Kejayaan lagu Apa Khabar dendangan penyanyi rap otai Joe Flizzow bersama gandingan Sona One telah merebut gelaran juara pada malam gemilang Anugerah Juara Lagu ke 29 yang lepas namun terdengar ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza selaku salah seorang juri pada pertandingan tersebut telah memberi respon ekoran ramai yang tidak suka dan mempertikaikan keputusan juri apabila lagu Apa Khabar mengungguli Anugerah Juara Lagu 29.

Kenyataan yang asalnya diutarakan oleh pengurus penyanyi nombor satu tersebut iaitu Rozi Abdul Razak di Instagram miliknya telah dikongsi Dato’ Siti Nurhaliza sebagai tanda bersetuju dan ingin menjelaskan kepada peminat khususnya yang mempersoalkan keputusan tempoh hari.

Penyanyi itu juga memuji hujah dan kenyataan yang dinaikkan Rozi Abdul Razak di Instagram miliknya itu dan memberitahu bahawa hanya orang yang sudah sekian lama berada dalam dunia muzik akan faham akan keputusan mengapa Apa Khabar menjadi juara.

Lagu Apa Khabar ciptaan Sona One dan Joe Flizzow telah dipilih sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke 29 (#AJL29) setelah dipersembahkan oleh mereka berdua.

Ini merupakan kejayaan sulung bagi lagu berirama Hip Hop yang buat pertama kalinya dinobatkan sebagai juara dalam sejarah penganjuran Anugerah Juara Lagu dan melayakkan mereka pulang dengan trofi dan wang tunai bernilai RM50,000.

Sumber : Portal Murai



7 Foto pra-persandingan Aeril Zafrel & Wawa Zainal

$
0
0
Buat pertama kalinya pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akui bakal bersanding pada 31 Januari ini di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK), Kedah.

Namun persandingan itu diadakan sempena Malaysia International Wedding Festival (MINWEF) selepas mereka dipilih sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

"Sebenarnya persandingan ini diadakan bagi memenuhi komitmen kami sebagai duta kepada MINWEF sahaja.

"Kami dapat tawaran ini pada bulan lalu dan mereka menawarkan kami untuk bersanding secara adat dengan berarak sekali paluan kompang.

"Cuma bezanya kami tidak bersanding dihadapan saudara mara dan kenalan sebaliknya orang -orang yang tidak kami kenali,"
katanya ketika sidang media mengumumkan mereka sebagai duta MINWEF.

Festival tersebut akan bermula pada 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan MPSK.

Antara 5 hari yang terbesar dan seumpamanya di peringkat wilayah Utara anjuran Big Pictures Event Sdn Bhd ini disertai lebih 80 pemamer dengan 103 ruang pameran.

Mengulas mengenai perasaan mereka yang pertama kali bersanding di atas pelamin, masing-masing akui malu dan gementar.

"Saya lebih rasa malu dan gementar kerana yelah kami bukanlah pengantin baru malah dah anak seorang pun.

"Sebelum ni pun kami memang merancang untuk bersanding tetapi rasanya sudah tak perlu kerana ramai sudah pun mengetahui mengenai perkahwinan kami.

"Tapi bila tiba-tiba dapat tawaran ni tu yang rasa gementar kerana bila berlakon lain dan nak bersanding lain,"
katanya.

MINWEF adalah festival perkahwinan berkonsepkan 'One-Stpp Wedding Centre' yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan berkaitan termasuk perkhidmatan fotografi, katering dan kelengkapan perkahwinan.

Sumber : Portal Murai







Respon pengasas produk Qu Puteh isu iklan melampau

$
0
0
Panas dan semakin panas. Rata-rata penonton Anugerah Juara Lagu 29 (AJ29) menjadi jelak apabila iklan penaja, Qu Puteh dikatakan overshadow anugerah berprestij itu.

Malah, Chef Wan pun terus tutup televisyen kerana muak dengan tagline ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih. Tapi, lain pula ceritanya apabila Ramli MS backup Dato Seri Vida. Hurm..

Bila dah kecoh-kecoh macam ni, akhirnya pengasas produk kecantikan itu memberi respon terhadap perbalahan yang berlaku. Apa katanya?


Which Side Are You?

"Successful people always build up each other. They motivate, inspire, and help each other towards success. However, unsuccessful people… hurmmm.. they just hate, blame and always complaining… Which side are you…?? xoxo!!"– Instagram Dato Seri Vida.

Bila Fans Dato Seri Vida Buka Mulut….


Realitinya, kami perhatikan, Dato Seri vida ni sebenarnya menyusun strategi pemasaran yang sangatawesome. Buktinya, makin orang meluat, makin ramai orang bercakap mengenai hal tersebut dan produk Qu Puteh pun semakin dikenali.

Cuma, terlintas di pemikiran penulis bahawa adakah rakyat Malaysia sekarang ini lebih tertarik dengan iklan yang boleh dianggap ‘kampung’ berbanding something ‘educated’. Well, bergantung juga pada sasaran pembeli rasanya.

Sesuatu yang dianggap ‘taboo’ suatu masa dulu kini boleh diiklankan secara meluas. Buktinya, tengok lah tagline pelbagai produk di media sekarang ni. Kadang-kadang jadi malu sendiri nak tengok. Hiks - Portal Ohbulan.

Zamani Slam ditangkap polis disyaki miliki dadah heroin

$
0
0
KUALA LUMPUR - Seorang penyanyi sebuah kumpulan popular pada era 90-an ditahan polis tengah malam tadi kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.

Lapor Berita Harian, penyanyi yang berusia 43 tahun itu ditahan di Taman Keramat, Ampang pada jam 12.30 tengah malam tadi selepas pihak polis bertindak hasil maklumat dadah yang diperoleh.

Berikut adalah FAKTA KES yang tersebar di laman Facebook;

Tangkapan kes menarik penyanyi vokalis kumpulan SLAM (Zamani SLAM)

Seksyen 12(2) ADB 1952 &Seksyen 15(1)(a)ADB 1952
bersabit Hulu Kelang rpt:/15

Pengadu: INSP. Mohamad Rashidi B Mat Din BSJND IPD Ampang Jaya
IO: Insp. Hazreen B Mohktar

OKT:
(B1) Nama : Zamani B Ibrahim (Zamani Slam)
KP:710525-10-5267
umur : 43Thn
Kerja : Penyanyi
Alamat :No 31, Jln Enggang Timor 1, Tmn Keramat Ampang Selangor
Rekod jenayah : Tiada rekod.
Urine :Morphine

(B2) Nama : Nur Juliana Bt Abdul Rani
KP: 820409-03-5350
umur : 32Thn
Kerja : Tiada
Alamat : 46/CR Tingkat 3, Jln Kosas 1/6, Tmn Kosas Ampang Selangor.
Rekod jenayah : tiada rekod
Urine : AMP

FAKTA KES

Pada 21.01.15 jam lbh kurang 0030 hrs pengadu bersama anggota BSJND Ampang Jaya telah serbu dan tangkap 1 lelaki melayu dan 1 perempuan melayu (B2) di alamat No 31, Jln Enggang Timor 1, Tmn Keramat Ampang Selangor. Pemeriksaan bilik B1 pengadu telah jumpa 1 peket plastik disyaki dadah jenis Heroin (ab. 1.2 gram) di atas tilam dlm bilik . Pemeriksaan lain-lain bhgn tiada jumpa brg salah.

Soal siasat awal dapati saspek (B1) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun dan ambil bekalan dadah heroin dgn seorang lelaki melayu nama Azron B Mansor, Kp: 810604145775 yg di tangkap bersabit Hulu Kelang rpt: Seksyen 39A(2) ADB 1952.
Siasatan masih di teruskan.

Sumber asal : Thehypemedia.


Perubahan mendadak penampilan Ina Naim, bekas tunang Mawi

$
0
0
Ina Naim satu nama yang pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu, kali ini beliau sudah pun berumah tangga dan mempunyai 3 cahaya mata.

Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. “Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

“Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.


Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

“Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih “Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil,” tuturnya.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. “Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

“Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit,” katanya. Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi. Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.

Apapun kami berbangga dengan penghijrahan Ina Naim demi suami tercinta, doa kami agar beliau berbahagia bersama-sama anak-anak dan suami tersayang.

Sumber : Thedaunmedia




Video Zamani Slam dipaksa menyanyi dengan tangan bergari tersebar

$
0
0
Sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan berita penahanan penyanyi terkenal kumpulan Slam, Zamani atas kes ketagihan dadah. Melalui laporan, Zamani mengakui telah terbabit dengan najis dadah sejak sepuluh tahun lepas.

Berikutan penangkapannya, satu video yang menunjukkan diri Zamani dalam keadaan bergari menyanyikan lagu hits Slam iaitu Gerimis Mengundang telah menjadi viral di media sosial.

Bagaimanapun, rakaman video itu yang didakwa dibuat oleh seorang anggota polis mendapat bantahan orang ramai.

Bantahan itu menggunakan hastag #BantahTindakanPolisKpdZamani mendapat sokongan orang ramai yang beranggapan ia satu tindakan melampau. Mereka menyarannkan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan kerana mengaibkan Zamani.


Setakat ini, siapa pegawai polis yang terbabit masih belum diketahui namun mungkin juga beliau tidak menjangka reaksi sebegini dari orang ramai. Diharap pihak berkenaan lebih peka terhadap sensitiviti orang ramai terhadap Zamani yang masih punya ramai peminat sehingga ke hari ini.

Di zaman kemasyhurannya, populariti kumpulan Slam sampai ke negara Indonesia dan menyamai popuariti kumpulan Search. Apa pendapat anda?

Sumber : Beautifulnara


Luahan terlampau menyayat hati Emma Maembong mengenai Bapanya

$
0
0
Rasanya semua sedia maklum dengan beberapa kontroversi yang membabitkan keluarga Emma Maembong kebelakangan ini terutamanya ayah Emma sendiri, Ismail Embong.

Namun semalam, Emma bertindak memuatnaik sekeping foto di laman Instagram dengan kapsyen yang agak menyayat hati berkaitan bapanya. Apa yang Emma katakan?

Melalui foto yang telah mendapat lebih 20 ribu like itu, Emma berpesan kepada peminatnya supaya menghargai pengorbanan ayah dalam membesarkan kita.

Tambahan Emma, orang tua ini makin lama makin sensitif jadi bersabarlah ketika menjaga mereka - Ohbulan




2 Gambar perkahwinan Johan As'ari yang sangat mengejutkan

$
0
0
Terkejut Murai Batu bila ternampak foto pernikahan pelakon Johan As`ari dan seorang wanita berbaju putih di laman Instagram milik pelakon ini sebentar tadi.

Yelah...tak kan lah senyap-senyap je pelakon lelaki ni berkahwin. Malah wanita disampingnya yang memakai baju nikah dan tudung berpurdah pun Murai Batu tak kenal.

Siasat punya siasat, rupanya foto itu diambil ketika mereka berada di set penggambaran drama bersiri Waris Kekasih iaitu slot utk Azalea TV3.

Amboi buat suspen Murai Batu je sebab dari foto yang dikongsi nampak seperti gambar kahwin betul, rupanya bernikah dalam set lakonan sahaja.

Tak mengapalah,apa-apa pun Murai Batu tetap akan doakan semoga jodoh sebenar Johan dipercepatkan kelak.



5 Gambar terlampau cantik Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight

$
0
0
Wow... sesungguhnya penampilan Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight baru-baru ini begitu memukau dan terlampau cantik.

Fathia bukan sahaja memiliki ketinggian sebagai seorang model produk malah mempunyai raut wajah yang jelitawan serta bentuk badan yang solid.

Ramai wanita di luar sana tentu teruja untuk memiliki pakej bentuk badan dan wajah seperti Fathia namun itulah anugerah yang diberikan Allah kepada pelakon berusia 28 tahun itu.

Jom, layan 5 keping gambar terkini Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight.







12 Foto perkahwinan Dato Vida, pengasas produk Qu Puteh sangat mengejutkan

$
0
0
kenal tak?
lihat wajah nya semakin berseri kan?
di samping beliau menggunakan produk nya..
kata nya wajah nya berseri sebab baru bernikah ...

miawpink suka la bila dengar orang nikah ni
miawpink g tengok instagram ada bnyak gambo dato yang cantik cantik ni

miawpink ni repoter kelas bawahan
x pergi pun majlis ni
nak risik kat kawan miawpink yang lain semua bz
miawbiru, meowcomel, meeeoworen, dan semua la miaw miaw
bz semua x sempat nk risik majlis tu

mujur la ada instagram
boleh la miawpink bergosip juga
jika tidak mati kutu miawpink mahu bergosip
nanti editor kata apa pula...

banyaknya bebel
nah sak sikan gambo #MajlisPernikahanDatoVida

Copy & paste dari Forum Cari













Luahan terakhir Zamani Slam yang sangat menyayat hati

$
0
0
#Ketika pertemuan terakhir penyanyi Zamani Slam bersama pengurusnya, Johan Aziz itulah antara bait yang dilafazkan untuk kita semua di luar sini. Beliau sempat meminta maaf kepada pengurusnya itu selain menyampaikan salam buat semua.

“Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih. #Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo. Insyallah saya OK – dari Zamani,” tulis Johan Aziz di Facebook.

Dalam perkembangan terkini kes rakaman video Zamani Slam ketika dalam tahanan, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan yang anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut sudah dikenal pasti.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya”

“Selain itu, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor,”
katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sumber : Viralberita



Tweet mengejutkan Saari Amri mengenai Zamani Slam dan Siti Nurhaliza

$
0
0
Terkejut beruk kami apabila bekas penyanyi kumpulan Ukays dan juga komposer terkenal, Saari Amri telah memuatnaik satu status yang cukup kontroversi.

Menurutnya, Datuk Siti Nurhaliza tahu punca sebenar Zamani jadi begini. Hmmmm. Banyak tanda tanya yang timbul dengan kenyataan di bawah ini. Tak pasal-pasal nama Siti Nurhaliza terpalit sekali.

Apa pun, dadah memang berbahaya dan merosakkan minda seseorang. Tak kiralah penyanyi ke, pelakon ke, selebriti ke. Kalau dah main dadah, memang sukar untuk lepaskan. 

Gian dia lain macam. Badan pun leh jadi kurus kering tinggal rangka. Tengoklah badan Zamani yang macam rangka. Kesian.

Sumber asal : Beautifulnara



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live