Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

"Kami masih kawan baik. Saya hubungi Neelofa hari-hari" - Hans Isaac

$
0
0

"Kami masih kawan baik. Saya hubungi Neelofa hari-hari" - Itulah sebahagian dari kata-kata pengakuan terkini pengarah dan penerbit terkenal, Hans Isaac ketika ditemubual oleh wartawan media semalam.

Baginya, walaupun promosi dan penayangan filem Lemak Kampung Santan sudah pun selesai, hubungannya dengan pengacara jelita Neelofa masih seperti biasa. Mereka masih berkawan baik seperti sebelum ini malah sering berhubung dan berbual-bual menerusi telefon.

“Selagi belum tiba tayangan Lemak Kampung Santan saya memang letak syarat yang saya dan Neelofa tak akan terima temuramah bersama-sama. 

Tapi bila filem itu hendak ditayangkan, untuk promosi, barulah kami bersetuju untuk sesi temuramah dan fotografi berdua. 

"Syarat tersebut memang dah termaktub dalam kontrak. Tapi selepas tayangannya tamat, maka penampilan kami berdua pun selesai lah."

“Tapi kami masih berkawan baik. Saya hubungi dia hari-hari. Kami tak cerita pasal kerja atau filem. Tapi kami selalu berbual tentang kehidupan.”



Deejay radio FM cedera parah ditikam penyamun

$
0
0

Deejay radio FM cedera parah ditikam penyamun - Seorang deejay sambilan sebuah stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang beroperasi di daerah Sri Aman menjadi mangsa jenayah seterusnya selepas dia cedera parah ditikam penyamun di Sri Jaya Park semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.45 malam dan mengakibatkan DJ Sam atau nama sebenarnya, Samei anak Epat, 31, yang bertugas di RaSA FM cedera parah di bahagian rusuk kanan dan perut, dipetik dari Kosmo.

Menurut Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad, lelaki yang menikam mangsa dengan menggunakan pisau telah memecah masuk rumah flatnya yang terletak di tingkat satu.


Respon dan gambar romantik Hairul Azreen dan Hanis Zalikha

$
0
0

Respon dan gambar romantik Hairul Azreen dan Hanis Zalikha - Gosip terkini membabitkan kedua-dua pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang dikatakan bercinta sudah lamat hangat diperkatakan sebelum ini.

Semalam Hairul Azreen tampil memberikan respon berhubung tersebut dan memberitahu bahawa dia tidak menolak jika ada jodoh dengan Hanis Zalikha. Kalau boleh, Hairul tidak mahu bercinta lama dan hendak kahwin terus.

“Saya dan Hanis hanya kawan biasa sahaja dan ketika ini saya berani katakan kami belum sampai ke tahap bercinta. Kami sekadar rapat namuun belum bercinta. Kalau betul ada bibit-bibit cinta nanti, kahwin terus lagi elok daripada bercinta tanpa ikatan sah.”









Punca sebenar Rashid Sidek letak jawatan dari BAM

$
0
0

Punca sebenar Rashid Sidek letak jawatan dari BAM - Perletakan jawatan yang diumumkan oleh Rashid Sidek semalam sebagai jurulatih badmintan negara amat mengejut orang ramai termasuk pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei.

Berbanding Misbun Sidek yang terus berahsia daripada memberikan penjelasan punca sebenar dia meletakkan jawatan, tidak pula bagi Rashid Sidek yang secara terus-terang memberitahu tidak senang pertukaran pucuk pimpinan BAM.

Menurut bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 itu, dia tidak boleh ikut dengan struktur baru yang diterapkan Aik Mong ketika ini kerana disifatkannya seolah-olah merendahkan kemampuan jurulatih yang sedia ada.

“Saya tidak boleh ikut lenggok sistem sekarang, jadi tiada guna saya tunggu lagi. Sebab itu saya buat keputusan untuk meletak jawatan."

“Rasa macam diludah oleh TMG yang seolah-olah menganggap sumbangan jurulatih sebelum ini sangat sedikit. Ia secara tidak langsung membuat saya dan jurulatih lain fikir kami diletakkan pada tahap paling rendah."

“Lagi pun saya tidak boleh tahan tengok muka orang yang sebelum ini tiada kuasa, tiba-tiba diberikan kuasa dan sering mencanang dirinya bekas pemain nombor tiga dunia (Aik Mong). Habis saya ini siapa?”


Gambar seksi Tiz Zaqyah di zaman sekolah dulu

$
0
0

Gambar seksi Tiz Zaqyah di zaman sekolah dulu - Rupanya pelakon Tiz Zaqyah lebih comel dan cantik ketika di zaman sekolah dulu berbanding sekarang. Dia boleh dikategorikan sebagai antara gadis rebutan lelaki di sekolah.

Bukan setakat memiliki bentuk badan dan raut wajah yang cantik malah berbakat dalam bidang lakonan. Apapun watak yang diberikan kepadanya, bekas kekasih Remy Ishak itu mampu membawakannya dengan berkesan sekali.

Jom skodeng beberapa keping gambar seksi dan comel Tiz Zaqyah ketika di zaman sekolah menengah dulu. Memang memikat hati admin yang kini sedang kesunyian.









Punca Black Mentor dan isteri keracunan makanan

$
0
0

Punca Black Mentor dan isteri keracunan makanan - Baru seminggu bergelar suami isteri yang sah, Black Mentor dan isterinya ditimpa nasib malang apabila mengalami keracunan makanan ketika berbulan madu di Pulau Langkawi.

Kejadian itu berlaku pada malam Rabu lepas sejurus sahaja mereka tiba di pulau peranginan terbabit. Mereka difahamkan telah ditahan beberapa jam di Hospital Daerah Langkawi pada malam Khamis selepas mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan keletihan.

"Alhamdulillah keracunan tersebut tidak terlalu teruk dan kami hanya ditahan selama beberapa jam sahaja di hospital selepas diberikan air garam untuk menyeimbangkan kembali bendalir dalam badan."

Mengulas bagaimana keracunan makanan itu berlaku, Black menjelaskan ianya berpunca daripada keghairahan mereka menikmati makanan laut di Pulau tersebut. Hanya pada keesokan paginya mereka mula mengalami tanda-tanda keracunan.

"Mula-mula ingatkan sakit perut biasa sahaja tetapi ia semakin melarat sehingga ke petang sampaikan kami tidak larat untuk ke mana-mana dan duduk di dalam bilik hotel sahaja."


Keputusan Persiba Bandung vs Malaysia U23 Piala Menpora 2013

$
0
0

Keputusan Persiba Bandung vs Malaysia U23 Piala Menpora 2013 - Ketika ini sedang berlangsung perlawanan menarik antara Persiba Bandung menentang Malaysia U23 di Stadium Jalak Harupat, Bandung bagi kejohanan Piala Menpora 2013. Ianya bermula seawal jam 7.30 malam waktu tempatan

Siaran langsung pertemuan dua pasukan ini boleh disaksikan menerusi saluran TV MNCTV Indonesia di SINI. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan antara Persiba Bandung vs Malaysia U23.

Persiba Bandung (2) vs (2) Malaysia U23 (FT)

Senarai penjaring gol :
  1. D. Saarvindran 10′ (MSA)
  2. Shahrul bin Mohd Saad 27' (IND) - OG
  3. Muhammad Ridwan 55' (IND) - Penalti
  4. Mohammad Ridzuan bin Abdunloh Pula 61' (MSA)


Gambar terkini Nurul Halimin, isteri baru Sham Kamikaze

$
0
0

Gambar terkini Nurul Halimin, isteri baru Sham Kamikaze - Setahun lalu, nama Sham Kamikaze menjadi bualan hangat peminat kerana didakwa telah berkahwin dengan seorang wanita lain dikenali Nurul Halimin pada ketika dia sudah beristeri.

Ekoran itu, Sham terpaksa menelan seribu kali kritikan dan kutukan dari masyarakat walaupun dirinya tidak lagi terlibat dalam dunia hiburan.

Terbaru, beberapa keping gambar Sham Kamikaze dan isteri barunya, Nurul Halimin telah tersebar secara meluas di laman maya menerusi forum Cari.

Daripada gambar-gambar itu, mereka berdua kelihatan begitu bahagia. Ditambah pula dengan kehamilan Nurul Halimin yang kini memasuki empat bulan, senyuman pada wajah Sham tidak pernah lekang.












Gambar majlis malam berinai Fouziah Gous dan Md Zhafran (23 Photo)

$
0
0

Gambar majlis malam berinai Fouziah Gous dan Md Zhafran - Semalam telah berlangsung majlis malam berinai untuk pasangan Fouziah Gous dan Md Zhafran di kediaman pelakon itu dengan bertemakan Pakistan.

Menurut Fouziah yang mempunyai darah kacukan dari negara itu, tema berkenaan merupakan kesimbungan kepada tema yang akan digunakan di majlis pernikahan pada jam 8.00 malam ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis malam berinai Fouziah Gous dan Md Zhafran yang berlangsung dengan cukup meriah. Kesemua gambar ini dirakam serta dikongsikan secara langsung oleh CST Production.
























Kawan rapat sebar gambar coli Rozita Che Wan, cubaan gagalkan perkahwinan

$
0
0

Kawan rapat sebar gambar coli Rozita Che Wan - Penyebaran sekeping gambar coli berwarna merah milik Rozita Che Wan di akaun Facebook AwekComel telah mengundang kritikan dan tomahan dari masyarakat. 

Lebih menarik, gambar tersebut turut disertakan dengan caption “Nak jual bra yang dipakai oleh pelakon Rozita Che Wan. Bau harum semerbak. Dikutip selepas penggambaran drama oleh pihak belakang tabir.”


Tindakan kurang matang itu dianggap sebagai cubaan pihak tertentu untuk mengagalkan perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin pada Disember ini. 

Paling menyedihkan, terdapat andaian mengatakan individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut ialah kawan rapat pelakon jelita itu sendiri.


Selamat bersalin, gambar bayi kedua Rabecca Nur Al Islam (6 Photo)

$
0
0

Selamat bersalin, gambar bayi kedua Rabecca Nur Al Islam - Tahniah kepada Rabecca Nur Al Islam kerana dikabarkan telah selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Gleanegles, Ampang sekitar jam 9.35 pagi Jumaat.

Berita gembira itu turut dikongsi bersama oleh suami pelakon seksi itu, Datuk Nor Azam Sulaiman yang tidak lekang menemaninya ketika melahirkan Nor Anggerik Renesmee. Bayi itu dilahirkan dalam keadaan normal seberat 3.74 kg melalui pembedahan, dipetik dari rotikaya.

Kehadiran Nor Anggerik dalam keluarga besar pasangan itu menjadikan hidup mereka lebih lengkap selepas sudah mempunyai dua anak terdahulu iaitu Nor Adam Daniel, 5 dan Nor Anggun Raveira, 10 bulan.

Semoga dengan kelahiran ini akan menyerikan lagi suasana keluarga pelakon itu dalam melayari kehidupan bersama suami tercinta. Jom layan beberapa keping gambar wajah comel Nor Anggerik Renesmee.







Keputusan Kelantan vs Pahang 21 September 2013 (Piala Malaysia)

$
0
0

Keputusan Kelantan vs Pahang 21 September 2013 - Perlawanan saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2013 antara Kelantan menentang Pahang akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini di Stadium Sultan Mohammad IV.

Berdasarkan carta terkini Kumpulan C, kedua-dua pasukan berkongsi mata yang sama namun dibezakan dengan jumlah jaringan. Jadi, jika salah satu pasukan kalah atau seri maka Negeri Sembilan berpeluang untuk layak ke peringkat suku akhir.


Siaran langsung pertembungan dua seteru utama ini boleh disaksikan di saluran Astro Arena saluran 801. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan Kelantan vs Pahang 21 September 2013.

Kelantan (4) vs (0) Pahang (FT)

Senarai penjaring gol :
  1. Indra Putra Mahayuddin 25' (KLTN)
  2. Dickson Nwakaeme 65' (KLTN)
  3. Dickson Nwakaeme 77' (KLTN)
  4. Dickson Nwakaeme 83' (KLTN)

Keputusan Johor Darul Takzim vs PKNS 21 September 2013 (Piala Malaysia)

$
0
0

Keputusan Johor Darul Takzim vs PKNS 21 September 2013 - Perlawanan tumpuan membabitkan Johor Darul Takzim menentang PKNS akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Johor Bahru bagi saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2013.

Berdasarkan carta terkini Kumpulan B, pasukan Johor Darul Takzim perlu sekurang-kurangnya seri dengan PKNS jika mahu mara ke peringkat suku akhir kerana pasukan T-Team mengekori mereka di tangga ketiga dalam carta liga.


Siaran langsung pertembungan dua pasukan hebat ini boleh disaksikan terus di saluran Astro Arena saluran 801. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan Johor Darul Takzim vs PKNS 21 September 2013.

Johor Darul Takzim (0) vs (2) PKNS (FT)

Senarai penjaring gol :
  1. Reeshafiq Alwi 17' (PKNS)
  2. Roman Chmelo 64' (PKNS)

Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof (58 Photo)

$
0
0

Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof - Pelakon cantik, Fouziah Gous selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Zhafran Yusof sekitar jam 9.46 malam Sabtu dengan sekali lafaz di hadapan Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki, Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa mertuanya sendiri, Mohamad Khairi Abu Hassan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000. Majlis tersebut turut dihadiri lebih 200 tetamu jemputan.

Selain mas dan wang hantaran, kedua-dua pihak pengantin juga berbalas-balas dulang dengan lelaki menerima tujuh dulang hantaran dibalas pula sembilan dari pihak perempuan, dipetik dari rotikaya.

Kesemua dulang yang diterima lelaki berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma.

Bagi perempuan pula, mereka menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat.

Tahniah admin ucapkan kepada pasangan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof kerana akhirnya bergelar suami isteri yang sah walaupun berhadapan pelbagai dugaan dan cabaran sejak bertunang awal tahun ini.























































Keputusan perlawnaan Akhir Badminton Japan Open 2013

$
0
0

Keputusan perlawanan Akhir Badminton Japan Open 2013 - Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal Malaysia melangkah ke perlawanan akhir badminton Japan Open 2013 selepas menewaskan pemain Vietnam, Tien Minh Nguyen, semalam.

Di perlawanan akhir nanti, Lee Chong Wei akan berdepan pemain nombor satu Jepun, Kenichi Tago yang berlangsung pada petang ini di Tokyo Metropolitan Gymansium. Berikut ialah keputusan penuh perlawanan akhir badminton Japan Open 2013 yang baru sahaja tamat berlangsung tadi.


Tahniah kepada Lee Chong Wei kerana terus mengharumkan nama negara selepas menjuarai badminton Japan Open 2013. Kemenangan ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia dan seterusnya menambah koleksi kejuaraan miliknya.



Scha Al-Yahya disahkan hidap kanser rahim

$
0
0

Scha Al-Yahya disahkan hidap kanser rahim - Pelakon, pengacara dan model seksi, Scha Al-Yahya disahkan menghidap kanser rahim atau nama saintifiknya Endometriosis selepas melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 4 September lalu.

Mengulas berkenaan reaksinya selepas mendapat tahu terdapat ketumbuhan pada pangkal rahim, Scha Al-Yahya melahirkan rasa terkejutnya dan tidak menyangka sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah tersebut, dipetik dari Harian Metro.

“Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit."

“Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa."

“Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan."

“Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu.”


Gambar Gusti Arya, kekasih baru Sherry Ibrahim?

$
0
0

Gambar Gusti Arya, kekasih baru Sherry Ibrahim - Khabarnya, deejay dan penyanyi dari negera seberang, Gusti Arya atau nama sebenarnya Gusti Nyoman Arya Yudistira sedang berusaha memikat pelakon jelita, Sherry Ibrahim.

Apapun, jangan panik dan terkejut kerana tujuan penyanyi berusia 24 tahun itu memikat Sherry adalah untuk berkolaborasinya dalam nyanyian bagi menghasilkan single pertama mereka diberi judul Flirting.

Menurut Gusti, kerjasama mereka ini bermula selepas dia diberitahukan oleh rakannya, Bambang tentang minat mendalam seorang pelakon Malaysia untuk menjadi penyanyi. Sejurus itu, beliau terus berjumpa dengan Sherry dan LOL Entertainment untuk berbincang dan mendapatkan kata putus.

"Ketika itu saya membuat persembahan di Bali, Indonesia. Kemudian Bambang yang merupakan jurusolek kepada Sherry datang bertemu saya dan memberitahu ada seorang teman pelakon di Malaysia yang ingin menjadi penyanyi. Kami berbincang dan ketika itu saya memperdengarkan dia kesemua lagu saya yang telah disiapkan.

"Kemudian, dia telah membawa lagu tersebut untuk diperdengarkan kepada Sherry dan menyukainya. Setelah itu, saya berjumpa Sherry dan LOL Entertainment untuk berbincang dan mereka setuju untuk bekerjasama. Mungkin kami juga akan melancarkan album mini termasuk bersama kesemua artis di bawah naungan LOL Entertainment."



Afiq Muiz bawa lari wang RM30,000 milik Global Station

$
0
0

Afiq Muiz bawa lari wang RM30,000 milik Global Station - Sejak kontroversi menderhaka dengan ibunya beberapa bulan lalu, populariti pelakon Afiq Muiz semakin merundum dan jarang sekali muncul di mana-mana rancangan TV.

Terbaru menerusi majalah BiPop semalam, kekasih kepada Eina Azman itu dikatakan telah menghilangkan diri selepas menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000 dari Global Station milik Datin Zaiton Muhammad Jiwa.

Ekoran itu, pihak media segera mendapatkan penjelasan dari penerbit eksekutif Global Station, Alia Ramli tentang kebenaran dan kesahihan dakwaan itu. Menurutnya, Afiq Muiz memang ada menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000 sebelum menghilangkan diri.

"Sebagai artis residen, dia sudahpun diberi upfront sebanyak RM30,000. Tak lama selepas itu, kontroversinya pun tercetus, kami tak sangka dan di luar kawalan, namun Global tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya sebab ia membabitkan isu peribadinya bersama ibu. Lagipun ketika mula-mula bertemu Afiq, tak dinafikan dia budak yang baik."

"Namun apabila kontroversinya tercetus, pihak kami dimaklumkan rata-rata stesen TV tidak mahu dia muncul dalam mana-mana drama. Justeru memang kami tidak membuat sebarang tawaran lakonan kepada Afiq sebab Global tidak mahu berdepan dengan sebarang risiko dramanya tidak boleh disiarkan."

"Bagaimanapun selepas beberapa bulan berlalu, kontroversi pun semakin reda, kami mendapat maklumat daripada stesen TV , Afiq dah boleh muncul di stesen mereka, tempoh merehatkkannya sudahpun berakhir. Alhamdulillah kami gembira dengan perkembangan itu."

"Masalah timbul apabila Afiq menghilangkan diri, pihak kami cuba menghubunginya minta dia datang ke pejabat, berbincang mengenai jadual penggambaran, sebaliknya dia langsung tak jawab phone, mesej pun tak reply! Afiq lupa ke dia dah ambil wang syarikat RM30,000, ada kontrak sebagai artis residen?"

"Saya difahamkan Afiq ketika ini berlakon dengan produksi lain. Global tak menghalang, malah kami tak pernah potong pun peratusannya. Kami faham dia cari rezeki tapi janganlah apabila kami cari, dia senyap, responlah panggilan kami. Sepatutnya sebagai artis residen, dia perlu memberi keutamaan kepada drama terbitan produksi ini."


Respon Rozita Che Wan kontroversi bra warna merah

$
0
0

Respon Rozita Che Wan kontroversi bra warna merah - Sebulan lalu, sekeping gambar bra warna merah yang didakwa milik pelakon jelita Rozita Che Wan telah tersebar secara meluas di laman sosial sehingga mengundang tomahan dan kritikan dari orang ramai.

Susulan itu, pihak media segera menghubungi empunya tuan badan untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu tersebut. Menurut Rozita, dia hanya mengetahui gosip terbaru itu menerusi adiknya, Ayu Raudhah sekitar minggu lalu namun tidak sempat membuat ulasan.

“Saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu. Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu.”

“Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.”

Selain itu, Rozita turut menganggap perbuatan individu terbabit yang menyebarkan gambar berkenaan sebagai gila dan tidak masuk. Jadi, dia meminta agar ianya dihentikan segera kerana perkara itu tidak berfaedah dan hnya membazir masa.

“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya. Namun, sebab mereka gunakan nama saya & menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.”


Salwa Razak perempuan simpanan lelaki bergelar Datuk?

$
0
0

Salwa Razak perempuan simpanan lelaki bergelar Datuk- Apa pula kes terbaru yang mengaitkan penyanyi Salwa Razak dengan seorang lelaki bergelar Datuk? Dia dikatakan semakin kaya sejak akhir-akhir kerana ditaja oleh lelaki berkenaan.

Yang menariknya, gosip ini timbul selepas Salwa memuatnaik beberapa keping gambarnya di laman sosial yang memperlihatkan serba sedikit kemewahannya. Jangan salahkan peminat, mereka mudah tertipu dengan gambar-gambar yang dikongsikan. 

Menerusi media Utusan, pelakon seksi itu tampil menafikan tuduhan berkenaan dan menjelaskan bahawa kemewahan yang kini dinikmatinya adalah hasil titik peluk sendiri tatkala dia seringkali dijemput untuk mengadakan persembahan secara tertutup. 

"Kalau mahu dikatakan terlalu mewah tidaklah. Tetapi memang ada perbezaan dari kehidupan saya dahulu."

"Saya tidak ditaja. Siapa yang bawa cerita ini? Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya saya banyak menerima undangan nyanyian untuk majlis-majlis tertutup. Jadi pendapatan saya kebanyakan datang dari situ."


Viewing all 4594 articles
Browse latest View live