Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Gambar dan punca isteri Matyo maki hamun polis

$
0
0

Gambar dan punca isteri Matyo maki hamun polis - Penyebaran sebuah video yang memaparkan isteri Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) iaitu Shahrul Aisya memaki hamun seorang pengawal keselamatan telah menggemparkan seluruh peminat bolasepak tanahair.

Video berkenaan dimuatnaik semalam menerusi laman Youtube oleh seorang individu yang dirahsiakan identitinya. Ekoran itu, Shahrul telah dikritik dan dikutuk teruk orang ramai. Rata-rata komen peminat tidak senang dengan tindakan tersebut dan meminta Mat Yo agar menceraikannya.

Kemarahan isteri bekas penyerang Kelantan itu dikatakan berpunca daripada tindakan seorang pengawal keselamatan menegurnya kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah. Untuk lebih jelas dan lanjut korang saksikan sendiri video penuh di SINI.



Wawa Zainal nafi sudah kahwin dan lahirkan anak Aeril Zafrel

$
0
0

Wawa Zainal nafi sudah kahwin dan lahirkan anak Aeril Zafrel - Khabarnya sebuah stesen radio swasta telah mengeluarkan gosip liar yang mendakwa pelakon cantik, Wawa Zainal sudah berkahwin dengan Aeril Zafrel secara senyap-senyap dan melahirkan seorang bayi.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Aeril Zafrel yang ditemubual media semalam tampil menafikan gosip tersebut dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang tuduhan yang tidak mempunyai bukti sah.

“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja.”

Berkenaan isu kehamilan Wawa Zainal yang turut sama tersebar, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Cinta Jannah di TV3 itu menyeru semua pihak agar berhenti menyebarkan gosip-gosip tidak masuk akal.

“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga.” - Rotikaya


Adam AF2 kekasih baru Fiza Elite, bakal nikah Khamis

$
0
0

Adam AF2 kekasih baru Fiza Elite, bakal nikah Khamis - Nampaknya kegagalan Fiza Elite untuk bernikah dengan jejaka pilihannya dua bulan lalu walaupun semua persiapan untuk majlis perkahwinan telah diatur mempunyai hikmahnya tersendiri.

Fiza Elite yang ditemubual media memang mengakui sedih dengan perkara tersebut namun dia tetap berserah kepada jodoh. Masa berlalu dengan begitu pantas, tup-tup bekas anggota Girlband itu rupanya sudah menemui penggantinya.

Yang menariknya, jejaka yang berjaya menawan hati Fiza juga merupakan seorang artis iaitu bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua pada tahun 2004, Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29.

Terkenal dengan lagu-lagu K-Pop ciptaan Edry Abdul Halim KRU Studios, Adam merancang untuk berkahwin dengan Fiza Elite, 33, pada Khamis bersamaan 26 September 2013. Pengakuan tersebut dibuat Adam menerusi ruangan Hip yang disiarkan di Berita Harian hari ini.

"Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, In Shaa Allah."

Walaupun berita pernikahan ini amat mengejutkan admin sendiri namun ia pastinya satu berita gembira untuk kedua-dua peminat mereka. Tak sangka pulak kan! Tahniah kepada Adam dan Fiza Elite. Semoga semua persiapan untuk majlis pernikahan berjalan dengan lancar.


Isteri baru Jimmy Shanley berstatus janda

$
0
0

Isteri baru Jimmy Shanley berstatus janda - Khabarnya pelakon dan pengacara, Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, sudah berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda secara senyap-senyap.

Bagaimanapun, ketika beliau diminta oleh wartawan mStar untuk memberikan ulasan berhubung spekulasi tersebut, Jimmy Shanley lebih suka berdiam diri dan tidak mahu memberikan sebarang jawapan lanjut.

"Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya."


Keputusan Malaysia U23 vs Sriwijaya FC 24 September 2013 (Piala Menpora 2013)

$
0
0

Keputusan Malaysia U23 vs Sriwijaya FC 24 September 2013 - Sebentar lagi akan berlangsung perlawanan ketiga antara Malaysia U23 menentang Sriwijaya FC bagi saingan peringkat kumpulan A kejohanan Piala Menpora 2013. Ianya bermula seawal jam 4.15 petang waktu tempatan di Stadium Jalak Harupat, Bandung.

Siaran langsung pertemuan dua pasukan ini boleh disaksikan menerusi saluran TV MNCTV Indonesia di SINI. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan antara Malaysia U23 vs Sriwijaya FC, dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Malaysia U23 (4) vs (2) Sriwijaya (FT)

Senarai penjaring gol :
  1. Thamil Arasu 12' (MSA)
  2. Alan Martha 25' (SRI)
  3. Saarvindran Devandrn 35' (MSA)
  4. Tantan 44' (SRI)
  5. Rozaimi Rahman 50' (MSA)
  6. Rozaimi Rahman 56' (MSA)

Pengakuan saksi kejadian isteri Matyo maki dan tendang Pak Guard

$
0
0

Pengakuan saksi isteri Matyo maki dan tendang Pak Guard - Kecoh dengan tindakan luar biasa Shahrul Aisya, isteri Matyo memaki hamun dan menendang salah seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang sebulan lepas, seorang saksi tampil mendakwa ada melihat kejadian itu dari mula.

Individu berkenaan yang merahsiakan identitinya membuat kenyataan terbuka di akaun Facebooknya dan menceritakan situasi sebenar sekitar kejadian tersebut. Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit hanya menegur isteri Matyo agar mengalihkan kenderaannya selepas telah diberi peluang selama 15 minit.


Bagaimanapun, Shahrul Aisya dikatakan terus naik darah dan memaki hamun pengawal keselamatan itu sambil membuat rakaman menggunakan telefon bimbit dan mengugut untuk menyaman.

Kerana tidak mahu dirakam, pengawal keselamatan terbabit menepis telefon bimbit isteri Matyo sebelum ditendang. Kejadian itu turut dirakam menerusi CCTV.


Peminat Matyo berhimpun pertahan dirinya tidak bersalah

$
0
0

Peminat Matyo berhimpun pertahan dirinya tidak bersalah - Selepas tersebarnya video parody isteri Matyo memaki hamun seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Subang, kini sebuah lagi video yang memaparkan perhimpunan peminat tegar Matyo mula tersebar.

Di dalam video rakaman berkenaan, sekumpulan penyokong Matyo berhimpun dan menyanyikan lagu tanda sokongan kepada pemain bolasepak itu dan menyatakan dia langsung tidak bersalah dalam kejadian isterinya memaki dan menendang seorang pengawal keselamatan.

Admin kurang pasti apa motif di sebalik perhimpunan kecil itu namun ianya cukup melucukan dan membuatkan orang ramai pening sendiri memikirkan masih ada individu yang mempertahankan sikap dayus Matyo.


Kontroversi Farid Kamil pukul Nora Danish?

$
0
0

Kontroversi Farid Kamil pukul Nora Danish - Apa kes pula dengan pelakon dan pengarah Farid Kamil ni? Dia dikatakan memukul Nora Danish bagi menjiwai wataknya sebagai suami kaki pukul dalam filem terbaru mereka berjudul Bencinta. Jom ikuti penjelasan penuh Farid Kamil berkenaan filem tersebut.

"Saya memegang watak sebagai Faizal dalam filem ini. Faizal merupakan seorang lelaki yang gemar memukul perempuan. Faizal sering memukul isterinya, Fathia, lakonan Nora. Walau begitu, secara realitinya, saya menentang 100 peratus keganasan kepada pihak wanita."

Saya kurang gemar dengan karakter tersebut tapi sebagai pelakon, saya telah cuba merealisasikan watak Faizal dengan sebaik mungkin."

"Cabaran watak ini sangat besar. Saya diberi mandat untuk memukul wanita yang juga merupakan isteri saya. Saya kena berhati-hati dalam melakonkan watak tersebut, lebih-lebih lagi ketika babak yang memerlukan saya memukul Nora."

Apabila kami melakukan babak aksi pukul memukul, Nora telah memberikan sepenuh kerjasama untuk memenuhi tuntutan watak masing-masing."



Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite

$
0
0

Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite - Tahniah kepada pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Elite yang baru sahaja selamat bergelar suami isteri sah dengan sekali lafaz sekitar jam 10.40 pagi tadi di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.

Pasangan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap. Kedua-dua tersenyum sepanjang majlis berkenaan berlangsung dan kelihatan sepadan bagai pinang dibelah dua.

Di bawah ini admin sertakan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite yang dilihat berlangsung dengan cukup meriah. Kredit kepada portal rotikaya dan beautifulnara.









Majikan Azman Nayan saman isteri Matyo, Aisya Adam

$
0
0

Majikan Azman Nayan saman isteri Matyo, Aisya Adam - Tindakan isteri Matyo, Aisya Adam memaki hamun dan menendang pengawal keselamatan yang bertugas dengan syarikatnya, Valiant Force Sdn Bhd, berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas perkara tersebut.

Menurutnya, tindakan Azman Nayan, pengawal keselamatan yang berumur 49 tahun untuk menegur isteri pemain bola sepak negara itu adalah betul dan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan syarikat.

Yang patut dipersalahkan ialah Aisya Adam kerana gagal mengalihkan kereta Mini Cooper miliknya dari kawasan larangan walaupun selepas 20 minit berlalu dan ditegur dua kali. Kredit kepada Azizulhakim.



Gambar Aisya Adam, isteri Matyo yang menawan (5 Photo)

$
0
0

Gambar Aisya Adam, isteri Matyo yang menawan - Umum mengetahui isteri Matyo, Siti Aisya Adam telah menggemparkan seluruh Malaysia dengan tindakannya memaki hamun dan menendang seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang pada 12 September lalu.

Berikut ialah beberapa keping gambar Siti Aisya Adam, 24, yang memang cantik dan menawan. Wanita secantik ini patut tahu menjaga perilaku diri apatah lagi selepas bergelar isteri kepada pemain bolasepak ternama. Tapi sayang seribu kali sayang, hanya tinggal gelaran semata-mata.







Gambar terkini Reen Rahim, pelakon paling jelita

$
0
0

Gambar terkini Reen Rahim - Penampilan pelakon Reen Rahim semakin cantik dan jelita sejak kebelakangan ini. Pakej lengkap yang dimilikinya untuk menjadi selebriti memang tidak boleh dipertikaikan meskipun ada cakap-cakap yang cuba memburukkan nama Reen.

Admin sendiri mengakui bakat yang ada pada beliau yang dicungkil menerusi program Pilih Kasih. Kalau bersua muka dengan pelakon ini, admin memang tidak teragak-agak akan bergambar dengannya malah akan menghayat jika berpeluang.

Kepada rakan peminat semua, mari sama-sama skodeng beberapa keping gambar jelita Reen Rahim. Juga jangan lupa layan entri admin yang lepas berkaitan dengan personaliti dan gambar lama Reen.







Gambar sekitar majlis perkahwinan Fizo Omar dan Mawar

$
0
0

Gambar sekitar majlis perkahwinan Fizo Omar dan Mawar - Tahniah kepada pelakon terkenal, Fizo Omar yang kini sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz sekitar jam 9.32 pagi tadi. Pernikahan mereka dilakukan oleh jurunikah, Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.

Nota : Jom daftar percuma di laman SMART MEDIA, kumpul SMART POINTS dan tebus dengan hadiah-hadiah menarik seperti Laptop, Handphone Touch Screen, Camera dan pelbagai lagi. Klik SMART MEDIA untuk lebih lanjut.

Pengantin lelaki yang mengenakan persalinan rona putih menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.






































Gambar dan punca pembunuhan Ahmad Rafli, Ketua Penolong Pengarah JAIP

$
0
0

Gambar dan punca pembunuhan Ahmad Rafli - Hanya genap sebulan kes bunuh Norazita Abu Talib yang berkhidmat di Ambak sebagai pegawai operasi bank, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan pembunuhan Ahmad Rafli Abdul Malek, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang Ahad. Ianya berlaku serentak dengan penangkapan pembunuh Norazita.


Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, dipercayai ditembak sebanyak tiga kali oleh sekumpulan lelaki berpakaian jubah warna hitam dan berkopiah yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih di hadapan rumahnya, di Indera Mahkota 2, Pahang. Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis namun menurut sumber motif pembunuhan itu ada kaitan dengan ketegasan Allahyarham mengambil tindakan ke atas kumpulan syiah yang wujud di Pahang. Kumpulan lelaki berkenaan dikatakan melakukan pembalasan.

Apapun, kita tunggu dan lihat hasil penuh siasatan pihak polis nanti. Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar pembunuhan Allahyarham Ahmad Rafli Abdul Malek, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang.









Gambar Taufan Haiyan bunuh 10,000 penduduk Filipina, 1.4 juta terjejas

$
0
0

Gambar Taufan Haiyan bunuh 10,000 penduduk Filipina - Ketika Malaysia sibuk dengan kes bunuh yang semakin menjadi-jadi, lain pula yang berlaku di Pulau Leyte, terletak dalam wilayah tengah Filipina.

Kawasan itu kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dilanda Taufan Haiyan, ribut paling kuat di dunia pada tahun ini dan telah membunuh lebih 10,000 penduduk Filipina.

Jumlah kematian tersebut diumumkan ketika pasukan penyelamat terus bertungkus-lumus untuk mengeluarkan mayat mangsa Taufan Haiyan yang berselerakkan.

Menurut sumber, Taufan Haiyan bertiup pada kelajuan 315 kilometer sejam (km/j) dan seterusnya mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar Taufan Haiyan membadai Pulau Leyte, Filipina. Selain kematian yang mencatat puluhan ribu, 1.4 juta penduduk pula kini terjejas teruk.







Punca pelawak veteran, Ahmad Busu meninggal dunia

$
0
0

Punca pelawak veteran, Ahmad Busu meninggal dunia - Pemergian seorang lagi pelakon komedi terkenal tempatan iaitu Ahmad Busu, 51, merupakan satu kehilangan besar buat industri hiburan Malaysia.

Allahyarham yang popular dengan watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu telah meninggal dunia. disahkan meninggal dunia pada jam 8.10 malam tadi.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh salah seorang peminatnya di Twitter. Ahmad Busu meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Punca kematian dikaitkan dengan penyakit strok yang dihadapinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Allahyarham Ahmad Busu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. Takziah diucapkan pada keluarga arwah. Semoga keluarganya terus diberi penghiburan sepanjang acara d,pengebumian iadakan dan seterusnya.


Peminat dakwa pelakon Fizo Omar pernah tiduri wanita lain

$
0
0

Peminat dakwa pelakon Fizo Omar pernah tiduri - Baru hendak bergembira dengan hari bahagia bersama isteri tercinta, Mawar Abdul Rahim, pelakon kacak Fizo Omar kini berdepan dengan dakwaan dari salah seorang peminat yang mengaku rakannya pernah ditiduri oleh Fizo.

Nota : Jom daftar percuma di laman SMART MEDIA, kumpul SMART POINTS dan tebus dengan hadiah-hadiah menarik seperti Laptop, Handphone Touch Screen, Camera dan pelbagai lagi. Klik SMART MEDIA untuk lebih lanjut.

Admin kurang pasti dengan kebenaran dakwaan ini namun itulah status di Facebook yang dikongsikan oleh seorang peminat yang menggunakan nama akaun selinanadra. Berikut ialah bunyi statusnya yang cukup kurang ajar dan berniat untuk menjatuhkan orang lain.




Gambar pump gun yang bunuh pegawai Ambank, Norazita

$
0
0

Gambar pump gun yang bunuh pegawai Ambank, Norazita - Akhirnya, pump gun yang digunakan untuk membunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 pada bulan lepas kini ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru. Maklumat penemuan senjata itu adalah hasil kerjasama yang diberikan suspek ketika disoal siasat oleh pihak polis sejak ditangkap semalam.


Gambar Farah Nurizzati Salleh, Shahz Jaszle mengaku tidak bersalah

$
0
0

Gambar Farah Nurizzati Salleh, Shahz Jaszle mengaku tidak bersalah - Umum mengetahui pelakon terkenal, Shahz Jaszle telah ditangkap khalwat dengan seorang wanita dikenali Farah Nurizzati Salleh, 21.

Untuk itu, pembicaraan telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya pada pagi Selasa, 12 November 2013 untuk mendengar pengakuan dari kedua-dua pihak.

Nota : Jom daftar percuma di laman SMART MEDIA, kumpul SMART POINTS dan tebus dengan hadiah-hadiah menarik seperti Laptop, Handphone Touch Screen, Camera dan pelbagai lagi. Klik SMART MEDIA untuk lebih lanjut.

Bagaimanapun, Shahz Jaszle menafikan pernah berkhalwat dengan Farah Nurizzati Salleh meskipun wanita itu mengaku bersalah di hadapan Hakim syarie Abd Halim Abu Samah.

Ekoran itu, Shahrizal dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1500 dan perbicaraan akan disambung pada 21 Januari 2013. Manakala Farah pula, beliau diperintahkan untuk membayar denda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membuat bayaran mulai hari ini.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan Shahrizal atas tuduhan berkhalwat di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 3.50 pagi, 16 Mei lalu.


Gambar dan identiti pembunuh Ketua Penolong Pengarah JAIP, Ahmad Rafli Abdul Malek

$
0
0

Gambar pembunuh Ketua Penolong Pengarah JAIP - Keupayaan pihak polis menangkap pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib tidak sampai sebulan dari kejadian berlaku membuktikan kecekapan mereka sebagai pasukan polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara.

Tolong baca : Jom daftar percuma di laman SMART MEDIA, kumpul SMART POINTS dan tebus dengan hadiah-hadiah menarik seperti Laptop, Handphone Touch Screen, Camera dan pelbagai lagi. Klik SMART MEDIA untuk lebih lanjut.

Terbaru, gambar wajah pembunuh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek telah berjaya dilakarkan dan kini sedang disebarkan oleh PDRM kepada orang ramai dan menerusi laman-laman sosial. Korang boleh tengok gambar pembunuh di bawah.


Jadi, kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lokasi persembunyian pembunuh seperti dalam gambar di atas, sila maklumkan terus kepada ASP Zukri Muhammad di talian 013-9764999. Di bawah ini ialah sedikit identiti si pembunuh yang berjaya dikenalpasti oleh pihak polis.



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live