Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Gambar pelakon Eyka Farhana bersosial di kelab malam, peminat nasihat kawal diri

$
0
0

Gambar pelakon Eyka Farhana bersosial di kelab malam - Pelakon remaja, Eyka Farhana atau Farhana Sarmizi ialah antara selebriti pelapis negara yang semakin dikenali ramai selepas lakonan hebatnya dalam drama bersiri dan filem Juvana.

Ramai pengarah mengakui bakat semulajadi yang dimiliki gadis berusia 19 tahun itu namun apa yang membimbangkan penulis dan peminat ialah kehidupan sosial Eyka yang didakwa mula mengunjungi kelab malam dengan berpakaian seksi.

Apapun, penulis harap Eyka tetap dapat mengawal diri ketika bersosial di kelab malam dengan rakan-rakan dan menjaga reputasinya sebagai pelakon idola remaja.






Punca sebenar Fasha Sandha mengamuk lagi, tinggalkan lokasi penggambaran

$
0
0

Punca sebenar Fasha Sandha mengamuk lagi - Sebelum ini pelakon popular Fasha Sandha pernah bengang dengan sikap Dazrin Kamaruddin yang sering lambat datang ke lokasi penggambaran ketika menjayakan drama bersiri Miranda.

Bagaimanapun, isu tersebut kembali reda selepas Dazrin menyatakan permohonan maaf secara terbuka melalui satu sidang media khas.

Baru-baru ini, akhbar Berita Harian melaporkan Fasha Sandha meninggalkan lokasi penggambaran kerana bengang dengan sikap pelakon Amyra Rosli yang tidak menepati masa dan berturut-turut datang lewat sehingga berjam-jam.

“Hari-hari menunggu macam ni. Penat laa… Tolonglah hormat masa, hormat pengarah!. Saya memang tegas dalam soal displin dan displin juga penting dalam apa jua keadaan. Nak kerja dengan saya, kenalah ikut cara saya. Tapi, saya tunggu tiga jam di atas kelewatan setiap hari. Ini sudah melampau!"

Penulis makin pelik dengan sikap segelintir pelakon junior yang suka sangat datang lewat ke lokasi penggambaran. Tak hormat langsung pelakon senior dan pengarah. Bajet dah popular kot. Kalau macam ni lah sikap dan disiplin mereka, memang kerjaya sebagai pelakon tak akan ke mana.

Gambar Tasha Shilla bertudung litup buat Nabil dan Fizz Fairus teruja

$
0
0

Gambar Tasha Shilla bertudung litup - Bagi peminat yang belum pernah melihat Tasha Shilla bertudung, anda boleh terjah Instagram pelakon seksi itu kerana beberapa keping gambarnya bertudung  liput dan berjubah hitam di KL Sentral telah dikongsikan.

Bagaimanapun, pemakaian tudung itu hanya sementara bagi mempromosikan majlis Selawat Perdana yang bakal diadakan pada 21 Mac 2014 di Putrajaya.

Selain Tasha, majlis tersebut turut disertai oleh beberapa artis tempatan lain Nabil, Fizz Fairuz, Bienda, Mawi, Dato’ Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

Gambar Aishah, anak perempuan Kapten Zaharie, nafi keluarga lari ke luar negara

$
0
0

Gambar Aishah, anak perempuan Kapten Zaharie - Dakwaan mengatakan isteri kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah melarikan diri ke luar negara sehari sebelum pesawat MH370 hilang memaksa anak perempuannya, Aishah, pulang ke Malaysia dari Australia, tempat di mana dia tinggal sejak tahun 2010.

Kepulangan Aishah itu adalah bagi menutup spekulasi tersebut dan mempertahankan bapanya tidak terlibat dengan sebarang usaha terancang merampas pesawat MH370.

“Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar dan tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.”

Dalam pada itu, Aishah kini turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur. Mari layan sekeping lagi gambar Aishah di bawah.


Dua pelajar hilang di Gunung Bubu ditemui mati petang tadi

$
0
0

Dua pelajar hilang di Gunung Bubu ditemui mati petang tadi - Dua daripada empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang di Gunung Bubu, Ulu Kenas sejak semalam ditemui mati petang tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Mat Rabawi Abdul Jalil, mayat Adam Asyraf Azuaan dan Mohamad Amir Asyraf ditemui di dalam sebatang sungai di gunung berkenaan kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Manakala, dua lagi pelajar iaitu Mohamad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohamad Fitri ditemui selamat kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Mereka kini sedang dirawat di Hospital Kuala Kangsar sebagai pesakit luar.

Biodata Puteri Erma Edlinda, isteri Aril AF7, pramugari Saudi Arabian Airlines

$
0
0

Biodata Puteri Erma Edlinda, isteri Aril AF7 - Misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu turut dikaitkan dengan Puteri Erma Edlinda, isteri penyanyi dan pengacara Aril Pilus atau nama sebenar Khairil Azam Pilus, 28.

Hal ini kerana, Puteri Erma Edlinda bekerja sebagai pramugari bagi Penerbangan Arab Saudi. Meskipun bukan pramugari MAS namun perkara tersebut tetap mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat samada Aril AF7 meminta isteri berhenti atau tidak atas faktor keselamatan dirinya.

Di sini, penulis sertakan ringkasan biodata Puteri Erma Edlinda yang semakin popular dalam industri hiburan tempatan. Pasangan ini semakin bahagia dan berseri-seri.

Nama : Puteri Erma Edlinda
Umur : 27 Tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Lumpur
Tempat menetap : Jeddah, Saudi Arabia
Pekerjaan : Pramugari Saudi Arabian Airlines
Tempoh bercinta : 6 bulan (sejak Mei 2013)
Tarikh berkahwin : 20 Disember 2013

Gambar menantu Anwar Ibrahim ada kaitan dengan Kapten Zaharie

$
0
0

Gambar menantu Anwar Ibrahim ada kaitan Kapten Zaharie - Bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku salah seorang menantunya, Syaheedah, mempunyai kaitan pertalian darah dengan Kapten Zaharie.

Malah, Anwar turut memberitahu pernah bertemu dengan Zaharie beberapa kali dalam majlis parti memandangkan dia ialah rakan rapat kepada R.Sivarasa, Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Parlimen Subang.

Pastinya, ramai pengkritik misteri kehilangan pesawat MH370 ingin melihat wajah Syaheedah yang dikatakan ada kaitan dengan Zaharie. Mari layan sekeping gambar di bawah. Syaheedah ialah isteri kepada Mohd Ihsan anak lelaki Anwar Ibrahim.


Ucapan terakhir Anwar Ibrahim di Parlimen sebelum dipenjara 5 tahun

$
0
0

Ucapan terakhir Anwar Ibrahim di Parlimen sebelum dipenjara - Sedih sebenarnya hati penulis membaca ucapan perbahasan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen sebelum menjalani hukuman penjara selama 5 tahun.

Bagaimanapun, semangat perjuangan politik tidak pernah luntur yang dimiliki Anwar harus dipuji termasuk juga kesetiaan isterinya, Datin Seri Azizah. 

Pada penulis, penganiyaan yang dialami Anwar adalah yang paling teruk dalam sejarah Malaysia dan ia pasti akan terus diingati sebahagian besar rakyat Malaysia. Jom baca isi kandungan ucapan perbahasan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.



Gambar Tunku Nadzimuddin, kekasih baru Sarimah Ibrahim

$
0
0

Gambar Tunku Nadzimuddin, kekasih baru Sarimah - Pelakon dan penyampai radio terkenal Sarimah Ibrahim mengejutkan ramai apabila membawa kekasih barunya masuk ke konti stesen radio Mix FM pada pagi tadi.

Nama lelaki itu ialah Tunku Nadzimuddin atau lebih dikenali dengan nama Jamie, merupakan salah seorang kerabat Negeri Sembilan. Jamie pernah menjadi perhatian media gara-gara kontroversi bergaduh dengan seorang kerabat negeri lain pada tahun 2009.

Sebelum ini, peminat mendakwa pernah melihat Sarimah Ibrahim dan Jamie sama-sama menyambut majlis ulangtahun kelahiran Sarimah di Zeta Bar, Kuala Lumpur.




Respon Tauke Jambu kontroversi peluk wanita di kelab malam

$
0
0

Respon Tauke Jambu kontroversi peluk wanita di kelab malam - Semalam, dua keping gambar pelawak Tauke Jambu memeluk seorang wanita seksi di kelab malam telah tersebar secara meluas di laman sosial dan blog hiburan.

Susulan itu, Tauke dikecam teruk peminat sehingga dirinya dilabel sebagai kaki perempuan. Lebih teruk, gambar daring tersebut turut dikaitkan sebagai punca penceraiannya dengan bekas isteri beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Tauke yang dihubungi portal ohbulan sebentar tadi memberitahu dua keping gambar yang tersebar itu adalah gambar lama sewaktu beliau masih aktif pergi ke kelab malam.

"Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.”

Dalam pada itu, Tauke mengakui sering ke kelab malam pada masa dulu namun menafikan tabiat tersebut sebagai punca perpisahan dengan bekas isteri. Katanya, jodoh itu ketentuan Allah dan tiada siapa tahu berapa lama ia bertahan.

"Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.

Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”

Penulis harap kontroversi ini tidak lagi diperbesarkan kerana setiap manusia melakukan kesilapan. Paling penting kita terus sokong industri lawak negara.

KPN sahkan 3 data log simulator milik Kapten Zaharie dipadam

$
0
0

KPN sahkan 3 data log simulator milik Kapten Zaharie dipadam - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah, dipercayai telah dipadam pada 3 Februari lepas.

Menurut Khalid dalam sidang media petang tadi, data log yang dipadam itu berkaitan dengan tiga jenis permainan penerbangan.

"Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'."

Untuk pengetahuan, Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu. - SH

Gambar Erra Fazira peluk erat Aleesya jumpa kali pertama sejak bercerai

$
0
0

Gambar Erra Fazira peluk erat Aleesya jumpa kali pertama - Erra Fazira tanpa berselindung telah berkongsi sekeping gambarnya memeluk erat Aleesya ketika bertemu buat pertama kali baru-baru ini. Mereka berdua dilihat melepaskan rindu satu sama lain sehingga membuatkan penulis turut sebak.

Gambar dimuatnaik itu disertakan dengan caption ringkas berbunyi "of my life..! Mom miss u always sayang...." dan membuatkan ramai pengikut Erra di Instagram yang turut sama terharu. Memang sweet dan happening sangat aksi Erra Fazira peluk erat Aleesya.


Biodata Tunku Nadrzimuddin, kekasih baru Sarimah Ibrahim

$
0
0

Biodata Tunku Nadrzimuddin, kekasih baru Sarimah Ibrahim - Hubungan cinta Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadrzimuddin bukan lagi rahsia sejak pelakon wanita itu memperkenalkan kekasihnya menerusi stesen Radio MIX FM pada pagi kelmarin.

Meskipun perkenalan mereka baru berusia beberapa bulan namun keserasian yang dapat dilihat pada pasangan ini jelas terserlah malah Sarimah sendiri mengakui kali pertama terbuka hati untuk menerima cinta seorang jejaka yang berbangsa melayu.

Untuk itu, penulis sertakan biodata ringkas Tunku Nadrzimuddin yang menjadi lelaki pertama Malaysia berjaya memikat aktres jelita kacukan Melayu-Ireland itu. Sebenarnya, mereka nampak sepadan dan sama-sama pernah melalui pengalaman bercerai.

Nama Penuh : Tunku Nadrzimuddin Tunku Mudzaffar
Nama Timangan : Jamie
Umur : 42 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bapa : Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha
Ibu : Tunku Dara Naquiah Tunku Mud
Status : Duda
Pekerjaan : Pengurus Insitusi Klien MAAKL Mutual Bhd
Keturunan : Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Tempoh Berkenalan : 3 bulan
Sejarah Hitam : Mendakwa pernah dipukul dan diculik oleh Raja Muda Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail, 30, di Kelab Heritage Mansion pada tahun 2008.

Selepas Bali, Fazura dan Randy Seidman bercuti lagi di Bangkok

$
0
0

Fazura dan Randy Seidman bercuti lagi di Bangkok - Pelakon jelita, Fazura sekali lagi mengambil peluang bercuti dengan kekasihnya, jejaka mat salleh bernama Randy Seidman di Bangkok. Sebelum ini, mereka pernah sama-sama bercuti di Bali, Indonesia.

Daripada gambar-gambar yang dikongsikan Fazura di akaun Instagram miliknya, penulis berani katakan hubungan Fazura dan Randy bukan sekadar kawan rapat tetapi lebih daripada itu. Apapun, sudah menjadi lumrah seorang artis suka buat penafian di media.






Suami Daphne Iking kecam JAIS biar bomoh malukan negara

$
0
0

Suami Daphne Iking kecam JAIS biar bomoh malukan negara - Suami kepada pengacara terkenal, Daphne Iking mengecam JAIS yang masih belum mengambil tindakan apa-apa ke atas Raja Bomoh meskipun nama Malaysia sudah dimalukan di seluruh dunia.

Menurut Joe di akaun Instagram isterinya, ketika isu penggunaan Allah dibangkitkan beberapa bulan lalu, JAIS begitu lantang bersuara dan bertindak sehingga ada antara kumpulan mereka sanggup membakar kitab kristian di Selangor.

Bagaimanapun, katanya, sikap agresif yang sama perlu ditunjukkan dalam menangani isu khidmat bomoh yang semakin bermaharajalela sejak 8 Mac lalu dan semakin memalukan nama negara di mata dunia.



Sehingga kini, gambar yang dimuatnaik Joe itu berjaya menarik perhatian ramai peminat dengan jumlah likes melebihi 350 dan menerima pelbagai komen yang rata-ratanya menyokong pendapat suami Daphne Iking itu.

Pada hemat penulis, apa yang diutarakan itu dilihat ada asasnya kerana rakyat Malaysia terpaksa menerima sindiran antarabangsa apabila perbuatan bomoh tersebut telah menjadi bahan jenaka seluruh dunia.


Gambar emak Zarina Zainuddin kemalangan teruk di Simpang Pulai

$
0
0

Gambar emak Zarina Zainuddin kemalangan teruk - Emak kepada pelakon terkenal Zarina Zainuddin terlibat dalam satu kemalangan ngeri hujung minggu lalu apabila dua buah kereta yang dinaiki mereka terbabas di kawasan berhampiran Simpang Pulai.

Menerusi akaun Instagram, Zarina telah berkongsi beberapa keping gambar keadaan emaknya telantar di Hospital Ipoh serta sekeping lagi gambar di sekitar lokasi kemalangan itu berlaku. Jelas, kemalangan melibatkan emak Zarina teruk dan menakutkan.

Zarina turut menyertakan caption pada salah satu gambar tersebut yang meminta pengikut dan peminatnya berdoa bagi kesembuhan emaknya.

"Doakan mak saya selamat mlm tadi kemalangan dlm perjalanan pulang kereta berpusing 360 darjah ..doakan mak saya selamat, amin. Terima kasih atas doamu teman2."

Menurut info terbaru yang diterima portal mediahiburan, keadaan emak Zarina dilaporkan beransur pulih dan sudah boleh berjalan dengan menggunakan tongkat.

Penulis ucapkan takziah kepada Zarina dan keluarga, semoga emak Zarina segera pulih dan dapat menjalani kehidupan hari seperti sediakala.





Emma Maembong : Saya rindukan awak Zizan Razak

$
0
0

Luahan rindu Emma Maembong kepada Zizan Razak - Nampaknya, hubungan cinta dua pelakon popular Emma Maembong dan Zizan Razak bukan lagi rahsia. Masing-masing sudah berani membuat luahan rindu dan sayang di Instagram secara terbuka.

Pada penulis, ia satu perkembangan baik buat kedua mereka kerana turut mengesahkan dakwaan bercinta oleh peminat sebelum ini.

Untuk pengetahuan, Emma kini sedang bercuti di Thailand bersama adik-beradik dan beberapa rakannya yang lain. Walaupun sedang seronok bercuti di sana namun terselit juga perasaan rindunya kepada kekasih hati.

Bagi melepaskan rasa rindu itu, Emma melalui akaun Instagram miliknya telah memuatnaik sekeping gambar bersama Zizan dengan caption berbunyi romantis "Saya rindukan awk @zizanrazak869."


Jelas, ungkapan rindu tersebut menjadi bukti bahawa hubungan mereka kini bukan lagi sekadar kawan rapat tetapi sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik, Zizan turut membalas ungkapan rindu Emma dengan memuatnaik gambar yang sama sambil menyertakan caption berbunyi lebih romantis "I miss you too sayang".


Kejantanan Aidil Zafuan punca Zarema Zainal terpikat

$
0
0

Kejantanan Aidil Zafuan punca Zarema Zainal terpikat - Penulis tersenyum seketika membaca satu artikel mengenai Zarema Zainal dan Aidil Zafuan di Berita Harian hari ini. Mana tidaknya, artikel tersebut mengupas panjang lebar tentang detik-detik perkenalan pasangan ini sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Menurut cerita Aidil, dia memberitahu mengenali Zulhisham, abang Zarema terlebih dahulu sebelum isterinya. Mungkin kerana jodoh, dia dan Zarema telah dipertemukan dalam majlis cukur jambul anak saudara Zarema.

"Saya kenal abangnya, Zulhisham dulu sebelum Zarema dan ahli keluarga yang lain. Apabila sudah kenal, suatu hari, abangnya menjemput saya hadir ke majlis cukur jambul anak saudara Zarema. Saya terjumpa Zarema di majlis itu.

Sebenarnya pada masa itu, saya hanya memandangnya dari jauh dan tak tahu Zarema adalah adik kepada Zulhisham. Apabila sudah kenal rapat dengan keluarganya, dari situlah saya mula kenal dengan Zarema."

Wow, memang romantik sangat detik-detik pertemuan mereka, tak gitu? Selain itu, Aidil turut berkongsi mengenai ciri-ciri dimiliki Zarema Zainal yang membuatkan dirinya tertarik sehingga dengan rela mengambilnya sebagai teman hidup.

"Bagi saya apa yang patut ada dalam setiap perhubungan adalah persetujuan dan restu daripada kedua ibu bapa serta kepercayaan antara satu sama lain. Apa yang membuatkan saya tertarik pada Zarema adalah sikapnya yang memahami kerjaya saya, sekalipun saya tidak dapat cuti atau sibuk dengan kerja.

Perangai Zarema yang paling saya suka ialah tidak mengharapkan saya sangat sebab boleh melakukannya semua sendiri. Saya mengharapkan keluarga yang bahagia dan besar. Ramai tahu saya ini duda anak dua, sudah mempunyai keluarga sebelum ini. Isteri saya pun dapat menerima anak-anak saya seadanya.

Diharapkan dengan permulaan baru ini, jika diizinkan Tuhan, saya tak menolak jika dikurniakan sebanyak mana pun cahaya mata. Memang sasaran saya berkahwin adalah untuk membina keluarga."

Sementara itu, Zarema tidak ketinggalan bercerita sebab utama dia terpikat dengan Aidil meskipun mengetahui status suaminya duda anak dua.

"Saya suka dengan sifat kelelakiannya. Aidil seorang yang mementingkan keluarga. Seperti saya yang mempunyai keluarga besar dan Aidil juga mempunyai keluarga yang besar. Jadi saya nampak sikap beliau ang selalu mengutamakan keluarga. Aidil juga seorang penyayang dan romantik.

Saya bersyukur apa yang dirancang semua berjalan lancar. Bersyukur kepada hadrat Ilahi memberikan laluan yang sempurna dan baik untuk kami teruskan hubungan ini. Saya berharap dan berjanji untuk menjadi seorang isteri solehah sebaik-baik Siti Khadijah."

Pesanan penulis, biarlah hubungan suami isteri yang dibina kekal hingga akhir hayat. Kalau timbul masalah, cuba bawa berbincang dan belajar untuk saling faham memahami antara satu sama lain.

Gambar anak lelaki Rozita Che Wan dapat semua A SPM

$
0
0

Gambar anak lelaki Rozita Che Wan dapat semua A SPM - Tahniah kepada anak lelaki Rozita Che Wan yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dengan mendapat straight A. Hebat sungguh Rozita mendidik anak, tak gitu?

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Che Ta sendiri menerusi laman Instagram miliknya sambil meluahkan perasaaan bangga di atas pencapaian Ammar.


Objek menyerupai sayap MH370 berjaya dikesan di Lautan Hindi

$
0
0

Objek menyerupai sayap MH370 berjaya dikesan di Lautan Hindi - Satu objek sepanjang 24 meter telah berjaya dikesan terapung tenggelam di kawasan selatan Lautan Hindi oleh agensi satelit Australia.

Menurut penganalisis Kejuruteraan Penerbangan, Dr Shamsuri Ahmad Mokhtar, objek itu berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER kerana saiznya yang paling munsabah.

"Difahamkan saiz debris yang dikesan ialah sepanjang 24 meter, kalau spesifikasi itu ia mungkin datang dari badan atau sayap Boeing 777. Dengan saiz 24 meter itu yang paling munasabah ialah sayap Boeing."

Tambah Dr Shamsuri, jika debris bersaiz atau panjang 24 meter ditemui ia menandakan pesawat itu melakukan soft landing.

"Mana-mana pesawat, tidak kira Boeing atau tidak, jika seripihannya 24 meter, ia memberi petanda berlaku soft landing sebab ia tidak berkecai. Kalau ia terhempas dari satu ketinggian ia akan berkecai."

Hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata pesawat dan kapal telah dihantar untuk mengesahkan maklumat mengenai pengesanan kemungkinan objek yang ada kaitannya dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Bercakap kepada pemberita sebelum mengadakan pertemuan dengan delegasi Australia di Hotel Sama-Sama di sini, Hishammuddin berkata maklumat itu memberi penunjuk baharu dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu yang masuk hari ke-13 hari ini.

"Seperti yang telah saya lakukan dari hari pertama, kita akan mengikuti setiap petunjuk baharu. Marilah kita berharap ini adalah perkembangan positif."

Ditanya apakah jenis objek yang ditemui dan berapa lama akan mengambil masa untuk mengesahkannya, Hishammuddin berkata: "Kami tidak tahu. Pesawat dan kapal telah dihantar.

"(Ia) seperti yang kami lakukan dengan penemuan imej dari satelit China dan lain-lain objek yang memberi penunjuk awal. Kita menggunakan kaedah sama."

Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mendedahkan apakah maklumat yang disampaikan oleh kerajaan Australia hari ini.

Viewing all 4594 articles
Browse latest View live