Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Foto Maria Ozawa cantik dan jelita bertudung

$
0
0
Foto Maria Ozawa cantik dan jelita bertudung - Pelakon filem lucah terkenal kacukan Jepun dan Indonesia, Maria Ozawa telah memasang niat untuk berhenti dari dunia pornografi apabila secara terbuka membuat kenyataan untuk mencari teman lelaki yang serasi dan kemudian berkahwin.

Apakah benar niat dan hasrat Maria Ozawa ini? Semua keputusan adalah di tangan dirinya sendiri. Mari layan lima keping foto Maria yang amat cantik dan jelita apabila bertudung.

Alangkah baiknya kalau niat pelakon ini mahu berubah ingin dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Pasti satu dunia akan terkejut terutamanya rakan-rakan pelakon lucah lain yang terus hanyut dalam dunia keseronokan.






Shila Amzah rangkul tempat ke-3 program I AM SINGER

$
0
0
Shila Amzah rangkul tempat ke-3 program I AM SINGER - Tahniah buat Shila Amzah yang berjaya merangkul tempat ketiga dalam Final pertandingan nyanyian I AM SINGER (minggu ke-13) di China menewaskan beberapa peserta lain yang tidak kurang hebatnya.

Meskipun, ramai peminat tanahair mengharapkan Shila Amzah melakukan kejutan dengan menjuarai pertandingan tersebut namun tempat ketiga sudah cukup memuaskan. Ini kerana pada minggu sebelumnya (minggu ke-12), beliau menduduki tangga tercorot ekoran konflik peminat berhubung tragedi MH370.

Dalam Final itu, setiap peserta mempersembahkan dua buah lagu. Shila memilih satu lagu rancak untuk dinyanyikan berjudul.. developing




Bukti terbaru pesawat MH370 berada di pulau ini

$
0
0
Bukti terbaru pesawat MH370 berada di pulau ini - Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.


Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.

Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalah antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi - Empayar

Punca pelakon Aliff Aziz dikejarkan ke hospital Selayang

$
0
0
Punca pelakon Aliff Aziz dikejarkan ke hospital - Pelakon kelahiran Singapore, Aliff Aziz terpaksa dikejarkan ke hospital Selayang sebentar tadi akibat pengsan ketika dia baru pulang dari menjalani penggambaran sebuah drama di ibukota.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, bekas kekasih Anne Ngasri itu didakwa mengalami masalah kesukaran bernafas yang mungkin disebabkan kurang rehat dan tidur.

Misteri penyanyi Nouri Ramli bunuh suami sendiri

$
0
0
Misteri penyanyi Nouri Ramli bunuh suami sendiri - Berita kematian suami penyanyi era 90-an, Nouri Ramli pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan tahun lepas apabila sebuah akhbar melaporkan wanita berusia 40 tahun itu telah memukul suaminya sehingga mati.

Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang Selasa, 6 Mac 2013 apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Dalam kejadian, Nouri, 40, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.


Menurut laporan akhbar tersebut, penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan mangsa sejak dua tahun lalu dan mereka juga sedang dalam proses perceraian.

Untuk pengetahuan, Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.

Foto perkahwinan Syafiq Yusof dan Aeisyah Ustaz Zainal

$
0
0
Foto perkahwinan Syafiq Yusof dan Aeisyah Ustaz Zainal - Anak lelaki pengarah dan penerbit terkenal, Syafiq Yusof baru sahaja selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Aeisyah Ustaz Zainal dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.50 pagi tadi di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan itu berlangsung secara sederhana namun cukup meriah dengan dihadiri ramai ahli keluarga terdekat dan sahabat andai.

Untuk pengetahuan, Syafiq Yusof, 21, dan Aeisyah Ustaz Zainal, 21, mengikut tali pertunangan pada 23 Disember tahun lalu. Syafiq berkenalan dengan Aeisyah ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej. Kredit foto kepada blog ihtmalaysia.



Isu rampas suami, Hanez Suraya mohon maaf kepada Liyana Manan

$
0
0
Isu rampas suami, Hanez Suraya mohon maaf kepada Liyana Manan - Keengganan Hanez Suraya memohon maaf kepada isteri teman lelakinya, Liyana Manan sebelum ini menyebabkan pelakon itu dikecam hebat orang ramai di laman sosial termasuk akhbar-akhbar tempatan.

Lebih memburukkan keadaan, Hanez cuba bertindak kurang bijak apabila mengugut untuk menyaman Liyana kerana telah memalukan dirinya kepada umum jika gagal memohon maaf.

Bagaimanapun, menyedari sokongan orang ramai terhadap nasib yang menimpa Liyana Manan termasuk beberapa rakan artis, ini mungkin sedikit sebanyak memaksa Hanez untuk mengambil pendirian memohon maaf dan bersemuka secara berdepan dengan Liyana.

Sememangnya satu perkembangan baik buat bekas Awi Rafael itu namun ramai peminat mendakwa ianya sudah terlambat. Apapun, jika Hanez benar-benar ikhlas dengan permohonan maaf serta mengundur diri, mungkin reputasinya boleh dipulihkan.


Wajah lelaki yang edit gambar Datin Rosmah jadi mayat hancur

$
0
0
Wajah lelaki yang edit gambar Datin Rosmah - Pemilik facebook AfiqKL town telah mendedahkan gambar wajah seorang lelaki yang dikatakan bertanggungjawab menyunting gambar Datin Seri Rosmah yang dipadankan dengan satu mayat hancur yang mengerikan.

AfiqKL town juga memberi amaran dengan menyatakan rakyat akan bertindak terhadap lelaki ini jika kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas lelaki terbabit. Kata AfiqKL town lagi :-

"Ni la muka barua yang edit gambar Datin Rosmah mayat hancur kononnya disebabkan pesawat yang dinaiki PM yang pulang daripada Perh Australia terhempas di Lautan Sumatera Selatan. Maklumat peribadi dan nombor telefon kita dah dapat. Rakyat akan bertindak jika kerajaan tidak bertindak."

"Itulah salah satu sebab admin benci kepada pembangkang. Duk cerita bab agama, duk kapir kan orang sana sini tapi cara mereka tidak menunjukkan apa yang mereka cakap! Mohon di sebarkan gambar barua ni." - blog celahgeleger



Gambar wajah sebenar bekas tunang Fizz Fairus

$
0
0
Gambar wajah sebenar bekas tunang Fizz Fairus - Pada Februari tahun lalu, Fizz Fairus mengejutkan industri hiburan tempatan apabila bertunang secara mengejut dengan seorang wanita yang juga isteri orang lain.

Bagaimanapun, ikatan pertunangan itu hanya bertahan seminggu selepas suami kepada bekas tunang Fizz membuat pendedahan kepada umum bahawa wanita yang bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar atau lebih dikenali sebagai Lynn adalah isterinya.

Pada mulanya, Azlyn tidak mengaku pernah berkahwin sebelum ini namun segala penipuannya berjaya dihidu oleh Fizz Fairus. Untuk makluman, Azlyn berasal dari Kuantan, Pahang.





Gambar ribuan udang dan ikan terdampar di Pantai Miri, Sarawak

$
0
0
Gambar ribuan udang dan ikan terdampar di Pantai Miri - Pada 24 Disember tahun lalu, orang ramai di serata Malaysia dikejutkan dengan pendaratan ribuan ikan tamban di pantai Tambisan Lahad Datu, Sabah.

Kejadian itu mendapat liputan media massa dan akhbar-akhbar tempatan malah turut hangat diperkatakan di laman-laman sosial. Maklumlah, ia pertama kali dilaporkan berlaku di Malaysia meskipun penduduk di kampung berkenaan memberitahu fenomena itu sudah beberapa kali berlaku.

Terbaru, kejadian sama didakwa berlaku di pantai Miri, Sarawak. Beberapa keping gambar fenomena pelik ini telah dikongsikan dalam fanpage facebook I Love Sarawak.

Bagaimanapun, kesahihan cerita ini masih belum disahkan kerana tiada sebarang video telah dimuatnaik di laman sosial mahupun di laman youtube bagi membuktikannya. Apapun, mari layan empat keping gambar ribuan udang dan ikan dilihat terdampar di pantai Miri, Sarawak.




Respon Rosmah Mansor isu gambarnya jadi mayat ayam

$
0
0
Respon Rosmah Mansor isu gambarnya jadi mayat ayam - Sejak semalam, laman sosial gempar dengan penyebaran sekeping gambar mayat ayam yang disuntingkan dengan wajah isteri perdana menteri, DS Rosmah Mansor.

Gambar itu disebarkan oleh Syed Saifullah di akaun facebook miliknya sehingga menerima kecaman hebat dari pengguna-pengguna facebook lain malah turut dikongsikan oleh ramai blogger.

Rosmah yang dimaklumkan tentang perkara tersebut bertindak memberikan respon menerusi page Tun Dr Mahathir yang berbunyi berikut :-

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada kata yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam - DS Rosmah Mansor"

Nampaknya, Rosmah Mansor tidak begitu melayan tindakan remaja itu termasuk tidak berniat untuk mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis. Terselamat Syed Saifullah untuk kali ini namun beliau pastinya terus dikritik orang ramai jika masih meneruskan perbuatan kurang bijak itu.

Punca sebenar Anzalna Nasir kemalangan teruk di Australia

$
0
0
Punca sebenar Anzalna Nasir kemalangan teruk di Australia - Penulis tergamam seketika membaca laporan Harian Metro hari ini mengenai Anzalna Nasir. Pelakon itu didakwa mengalami kemalangan di Australia ketika menjalani penggambaran drama terbaru berjudul Aku Isterinya.

Beberapa keping gambar kemalangan berkenaan telah dimuatnaik oleh Anzalna di laman sosial miliknya dan mengejutkan ramai peminat. Apapun, mujur tiada perkara buruk berlaku dan Anzalna sertai beberapa pelakon lain yang menaiki kereta itu selamat.

Menurut Anzalna, kemalangan itu berpunca daripada tayar kereta yang tiba-tiba meletup dan pecah. Katanya, waktu itu nasib menyebelahi mereka kerana tiada kereta bergerak laju dari arah bertentangan dan pemandu dapat mengawal kenderaan.

Anzalna turut memberitahu tunangnya apa terjadi dan menunjukkan salinan gambar kerosakan yang mengalami kenderaan itu kepada buah hatinya supaya tidak berasa risau.


Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim selamat bersalin

$
0
0
Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim selamat bersalin - Isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah Ahmad Saburi telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.51 kg kira-kira pada jam 11.50 malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Wan Sakinah menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik sekeping foto yang disertakan dengan mesej ringkas.


Luahan sayu Shuhada, mangsa cabul Prof Izzi Haji Ali

$
0
0
Luahan sayu Shuhada, mangsa cabul Prof Izzi Haji Ali - Penulis kongsikan satu luahan sayu Nurul Shuhada Binti Shahadan terhadap tindakan Prof Izzi Haji Ali mencabulnya selepas diugut digagalkan dalam peperiksaan jika enggan dicabul.

Kata Suhada, dia tidak akan memaafkan perbuataan sumbang yang dilakukan pakar motivasi terkenal itu yang juga seorang pensyarah kanan UiTM Arau Perlis di dunia dan akhirat. Kini laporan polis sudah dibuat cuma hanya menunggu panggilan dari mahkamah untuk perbicaraan.


Gambar bayi perempuan Ashraf Muslim

$
0
0
Gambar bayi perempuan Ashraf Muslim - Isteri kedua Ashraf Muslim telah selamat bersalin dan melahirkan bayi sulungnya lewat malam tadi di Pusat Perubatan Tropicana. Kelahiran itu turut disambut isteri pertama pelakon itu, Noor Dayana Lokman dengan penuh gembira dan bersyukur.

Pastinya, Ashraf ialah individu yang paling gembira kerana hasrat untuk bergelar ayah kini dimakbulkan setelah bertahun-tahun menunggu. Semoga dengan kehadiran bayi perempuan ini akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri antara Wan Sakinah, Noor Dayana dan Ashraf Muslim.

Jom layan beberapa keping gambar comel bayi perempuan pasangan sensasi ini. Penulis turut teruja menatap wajah si anak kecil.





Pendapat pengguna Twitter isu Nurul Shuhada dicabul Prof Izzi Haji Ali

$
0
0
Pendapat pengguna Twitter isu Nurul Shuhada dicabul Prof Izzi Haji Ali - Isu Nurul Shuhada dicabul Prof Izzi Haji Ali mendapat perhatian orang ramai dan menjadi antara topik perbincangan paling hangat di laman-laman sosial.

Menariknya, Nurul Shuhada tidak terlepas memuatnaik status berbaur luahan sedih di dalam akaun twitter miliknya selepas membuat laporan polis.

Status itu mendapat pelbagai reaksi, respon dan komen dari pengguna twitter lain. Ada yang tidak percaya Prof Izzi Haji Ali sanggup berbuat demikian, namun ada juga yang seolah-olah menyokong dakwaan Nurul Shuhada itu.

Apapun, kebenaran pasti akan terungkai selepas siasatan polis dibuat dan keputusan rasmi dari mahkamah diputuskan.

Gambar wajah cicit keturunan Rasulullah S.A.W

$
0
0
Gambar wajah cicit keturunan Rasulullah S.A.W - Mungkin ramai belum mengetahui Rasulullah S.A.W mempunyai seorang cicit yang juga anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim, anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini.

Keturunan Rasulullah s.a.w itu adalah melalui Sayyidina Husain. Siapa masih ingat gelaran yang diberikan Rasulullah s.a.w kepada isterinya, Saidatina Aisyah R.A? Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A sebagai Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan.

Menerusi portal suarashiro, blog tersebut telah berkongsi dua keping gambar wajah cicit keturunan Rasulullah S.A.W yang mungkin belum pernah dilihat orang ramai.


Perkara tidak logik dakwaan Nurul Shuhada dicabul Prof Izzi Haji Ali

$
0
0
Perkara tidak logik dakwaan Nurul Shuhada dicabul Prof Izzi Haji Ali - Ramai mengetahui seorang pelajar UiTM Arau, Nurul Shuhada Binti Shahadan telah membuat laporan polis di Balai Polis Arau, Perlis kerana mendakwa dicabul seorang pensyarah kanan yang juga pakar motivasi terkenal, Prof Izzi Haji Ali.

Bagaimanapun, jika kita merujuk kepada laporan Sinar Harian hari ini, terdapat satu perkara yang membuatkan tuduhan itu tidak begitu logik atau masuk akal bagi penulis.

Ianya berhubung dengan situasi mangsa yang ditemani dua rakannya ketika datang ke bilik pensyarah terbabit dengan tujuan untuk mengulangkaji pelajaran.

Kalau benar Nurul Shuhada dicabul, mengapa kedua-dua rakannya tidak berbuat apa-apa? Adakah mereka tidak menyedari tindakan pensyarah tersebut sedangkan mereka juga berada di dalam bilik pensyarah berkenaan?

“Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya itu diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan, sebelum pensyarah berusia 40-an itu duduk di sebelah mangsa.”

“Mangsa juga didekati pensyarah itu dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali."


Lagi menarik, mangsa turut mendakwa tidak dapat menghalang perbuatan professor itu dan terpaksa membiarkannya kerana takut digagalkan dalam peperiksaan akhir. Persoalannya, adakah harga maruah seorang perempuan sama taraf dengan keputusan peperiksaan?

"Mangsa terkejut dan cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit dalam subjek itu kerana peperiksaan sangat hampir dan membiarkan suspek berbuat sedemikian.”

Luahan sayu DS Rosmah Mansor buat adik Syed Saifullah

$
0
0
Luahan sayu DS Rosmah Mansor buat adik Syed Saifullah - Kontroversi kenyataan kurang bijak dan gambar edit wajah DS Rosmah Mansor yang dipadankan dengan rangka haiwan menjadi punca pemilik akaun facebook Syed Saifullah ditahan polis semalam.

Syed Saifullah seorang lelaki berusia 25 tahun dan bekerja di sebuah kedai dobi telah ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi. 

Beliau direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Di sebalik penahanan itu, Datin Seri Rosmah Mansor sempat membuat luahan sayu yang datang dari naluri seorang ibu dan ditujukan khas kepada Syed Saifullah. Kata isteri perdana menteri itu, dia sudah memaafkan perbuatan Syed dan berharap lelaki itu kembali ke pangkal jalan.

Punca sebenar 10 remaja hilang di bukit Broga

$
0
0
Punca sebenar 10 remaja hilang di bukit Broga - Semalam, sepuluh remaja termasuk enam pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang yang dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Semenyih, telah ditemui oleh pihak bomba.

Mereka ditemui dalam sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau Dalam kira-kira jam 10.30 pagi Ahad dalam keadaan keletihan dan mengalami kecederaan.


Menurut salah seorang mangsa, Mohd Zafran Mohd Azmir, 16, dia memberitahu mula mendaki gunung itu pada jam 3.30 pagi Sabtu namun tiba-tiba tersesat selepas gagal mengesan tanda arah menuju ketika tergesa-gesa menuju ke puncak bukit berkenaan.

"Kami mula panik dan mencari-cari jalan untuk keluar. Nasib kami baik kerana dalam kekalutan kami terjumpa empat orang abang (mangsa) yang lain yang turut tersesat semasa pendakian." 

"Sukar dibayangkan dengan kaki yang lenguh dan sejuk kami terpaksa gigihkan diri juga sehinggalah kami terjumpa sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau Dalam. Di situ kami merehatkan diri sebelum ditemui pihak bomba jam 10.30 pagi tadi."
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live