Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Sebab sebenar Rozita Che Wan enggan pakai gaun seksi

$
0
0
Sebab sebenar Rozita Che Wan enggan pakai gaun seksi - Umum mengetahui, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan memang terkenal dengan penampilannya yang cenderung memakai gaun-gaun mengikut bentuk badan bagi mengekalkan kecantikan dan mengesan sebarang tanda-tanda kegemukan.

Bagaimanapun, dengan usia kandungan Cik Ta yang kini sudah mencecah 10 minggu, berat badannya sudah bertambah sebanyak empat kilogram. Sebab itu, beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai gaun dan baju yang mengikut bentuk badan tetapi semakin selesa mengenakan pakaian longgar.

“Saya sendiri terkejut berat badan naik dengan mendadak. Selera makan semakin bertambah dan saya sekarang sangat suka makan nasi daripada makanan Barat."

“Buat masa ini berat badan saya 54 kilogram. Jadi, saya sudah mula tinggalkan baju yang mengikut badan, sebaliknya pakai baju yang longgar dan selesa.”


Ditanya tentang perubahan bentuk badan yang bakal dialami, Cik Ta memberitahu tidak kisah dengan perkara tersebut termasuk pertambahan berat badan. Baginya, sudah menjadi lumrah bagi wanita yang mengandung berhadapan dengan perubahan.

“Memang saya mengaku saya seorang yang sangat mementingkan kecantikan tetapi apabila hamil, banyak perkara yang berubah terutama bentuk badan."

“Saya sudah bersedia dan tidak kisah dengan perubahan itu. Bagi saya, kehamilan dan perubahan badan sesuatu yang dilalui oleh setiap wanita. Paling penting selepas bersalin, saya akan menjaga pemakanan sebaik mungkin."

Biodata Nurul Shuhada, mangsa cabul Prof Izzi Haji Ali

$
0
0
Biodata Nurul Shuhada, mangsa cabul Prof Izzi Haji Ali - Sepanjang minggu ini, isu Nurul Shuhada dicabul pensyarah kanan UiTM Arau hangat diperkatakan di laman-laman sosial dan blog-blog tempatan terutamanya selepas pelajar itu membuat laporan polis.

Salinan laporan polis beliau tersebut mula tersebar semalam di mana nama Prof Izzi Haji Ali tertera di dalamnya sebagai individu yang didakwa melakukan perbuatan cabul terbabit. Melalui laman twitter Nurul Shuhada, beliau memberitahu tidak akan memaafkan pensyarah matematiknya.

Di sebalik nama Nurul Shuhada, identiti pelajar ini pasti menjadi tanda tanya orang ramai. Di sini, penulis sediakan ringkasan biodata Nurul Shuhada, pelajar UiTM yang cantik dan jelita.

Sumber : beritaharian & melvister


Respon Fiza Elite isu padam gambar Adam di Instagram

$
0
0
Respon Fiza Elite isu padam gambar Adam di Instagram - Gosip mengenai keretakan rumahtangga Fiza Elita dan Adam mula tersebar pada September tahun lalu namun Adam tampil menafikan khabar angin yang menyatakan mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Terbaru, desas-desus masalah rumahtangga pasangan selebriti ini kembali menjadi perhatian peminat apabila beberapa keping gambar Fiza dengan suaminya, Adam telah telah dipadam di akaun Instagram miliknya.

Perkara ini menyebabkan segelintir pengikut Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim semakin yakin dengan dakwaan tidak berasas itu. Mungkin kerana sudah letih terus-menerus dihentam peminat, Fiza tampil menjawab tuduhan mereka yang berbunyi berikut :-

"Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan. Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya."


Pada penulis, salah faham atau pergaduhan dalam sesbuah rumahtangga itu memang sudah menjadi lumrah dan bukan satu perkara luar biasa. Yang penting kena sentiasa berbincang, bermaafan dan berkomunikasi. Buat Adam dan Fiza, pedulikanlah kata-kata orang lain. Yang penting anda tahu situasi sebenar perkahwinan anda.

Dazrin yakin penipuan Fasha Sandha akan didedahkan

$
0
0
Dazrin yakin penipuan Fasha Sandha akan didedahkan - Umum mengetahui, Dazrin Kamarudin dan tunanganya, Amyra Rosli pernah ditegur Fasha Sandha kerana dikatakan sering datang lewat ke lokasi penggambaran drama.

Dazrin sudah memohon maaf kepada Fasha secara terbuka beberapa minggu lepas namun perang dinginnya dengan Fasha kembali dipanaskan dengan teguran yang dibuat isteri Jejai itu terhadap tunanganya pula.

Aktor itu yang kini sedang terlibat dalam fear factor selebriti malaysia musim kedua di Afrika, bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berhubung perkara tersebut kerana dia yakin kebenaran akan berpihak kepadanya suatu hari nanti.

"Apa sahaja isu di antara saya dan Fasha sebelum ini telah pun selesai dan tiada isu berbangkit mengenai perkara itu malah saya sudah memohon maaf atas kejadian tersebut. Biarlah apa pun yang hendak dia kata kerana itu haknya dan pada akhirnya orang akan tahu juga kebenarannya."

Fesyen pelik Juliana Evans di Fashion Show, Michigan USA

$
0
0
Fesyen pelik Juliana Evans di Fashion Show, Michigan USA - Sejak pelakon juga bekas kekasih Zizan Razak, Juliana Evans menyambung pengajian di luar negara, jarang sekali kita mendengar khabar tentang beliau.

Kali terakhir namanya menjadi bualan hangat peminat di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan ialah ketika beliau dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan mengerikan pada Februari lalu.

Buat peminat yang terus tertunggu-tunggu perkembangan terbaru tentang pelakon ini, Juliana kini sedang giat melibatkan diri dalam pertunjukan fesyen di Michigan, USA yang berlangsung beberapa hari lepas.

Fesyen yang dikenakan Juliana begitu seksi sehingga membuat penulis terkejut dan tergamam seketika. Manakan tidak, meskipun hanya mengenakan gaun nipis paras lutut yang dipadankan dengan tudung stype datin, penampilan pelakon Hantu Bonceng itu amat memukau dan menakjubkan.

Apapun, penulis harap penampilan beliau ini tidak dikecam peminat kerana ianya sekadar pertunjukan fesyen sahaja dan yakin aktres berusia 24 tahun itu pandai menjaga diri dan batas-batas agama. Mari layan empat keping foto fesyen seksi Juliana Evans.




Ayah Emma Maembong pasang SPY siasat Zizan Razak

$
0
0
Ayah Emma Maembong pasang SPY siasat Zizan Razak - Sebelum ini, Emma Maembong pernah mengaku kekasihnya, Zizan Razak ialah lelaki pertama yang dibawa pulang ke rumah untuk berjumpa dengan bapanya.

Perkara tersebut membuatkan ayah Emma sedikit terkejut sehingga secara senyap-senyap telah memasang SPY untuk menyiasat latarbelakang Zizan Razak.

"Kalau nak tahu, Zizan lelaki pertama yang saya bawak jumpa ayah. Mula-mula ayah tak kenal siapa Zizan, saya cuma cakap Zizan orang Terengganu."

"Tapi ayah pelik bila ramai orang nak tangkap gambar dengan Zizan waktu kami keluar makan. Dari situ, ayah pasang spy, tanya kawan-kawan dia pasal Zizan dan barulah dia tahu anak dia ni bercinta dengan artis."


Ditanya tentang komen-komen sesetengah peminat yang tidak gemar melihat pasangan ini berkongsi gambar di Instagram hingga ada yang menuduh sengaja menunjuk-nunjuk, Emma menjelaskan dirinya hanyalah manusia biasa yang mahu berkongsi memori dengan kekasih hati.

"Kalau di luar set, saya adalah manusia biasa. Saya sama macam perempuan lain yang nak kongsi gambar ketika keluar dengan boyfriend dan sebagainya. Saya rasa tu tak salah. Tapi saya mintak maaf kalau ada yang tak suka."

Gambar selfie Erra Fazira di bilik tidur

$
0
0
Gambar selfie Erra Fazira di bilik tidur - Nampaknya, tabiat orang ramai cenderung berkongsi gambar-gambar selfie di laman sosial semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Bukan setakat dari kalangan orang biasa tetapi juga golongan selebriti dan ahli-ahli politik.

Terbaru, salah seorang selebriti paling jelita di Malaysia, Erra Fazira tidak ketinggalan berkongsi gambar-gambar selfie di akaun Instagram miliknya yang diambil ketika baru hendak melelapkan mata akibat kepenatan seharian dengan aktivitinya.

Mungkin salah satu cara untuk menghibur rasa kesunyian dalam diri namun pada masa yang sama bakal membuat ramai jejaka di luar sana mula terpikat dan memasang niat untuk memikatnya. Mari layan lima keping gambar selfie Erra yang paling legend dan mengujakan.




Kad kahwin Misha Omar dan Firos Ezzwan kini didedahkan

$
0
0
Kad kahwin Misha Omar dan Firos Ezzwan kini didedahkan - Pasangan sensasi Misha Omar dan juruterbang, Firos Ezzwan Rosly bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 2 Mei ini.

Pemilihan tarikh tersebut dibuat penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu kerana ingin mendapatkan keberkatan bulan Rejab yang kebetulan jatuh pada bulan kelima dalam kalendar Masihi.

Semperna perkahwinan mereka yang semakin dekat, Misha Omar telah berkongsi sekeping gambar kad jemputan kahwin di laman Instagram miliknya. Nampak elegan dan sederhana.



Anak saudara Prof Izzi Haji Ali dakwa beliau difitnah cabul Nurul Shuhada

$
0
0
Anak saudara Prof Izzi Haji Ali dakwa beliau difitnah - Salah seorang anak saudara Prof Izzi Haji Ali iaitu Muhammad Sabeeri Seruji mempertahankan pensyarah itu sebagai tidak bersalah dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan.

Menurut Muhammad Sabeeri menerusi komen ringkas di salah satu status fanpage Prof Izzi, tuduhan yang dilemparkan seorang pelajar pernah diraba pensyarah itu hanya fitnah semata-mata. Dia juga meminta orang ramai tidak menjatuhkan maruah pakar motivasi itu.



Punca akaun twitter Nooraida, wanita skandal Adi Putra digantung

$
0
0
Punca akaun twitter Nooraida, wanita skandal Adi Putra digantung - Mungkin ramai tidak mengetahui akaun twitter Nooraida Binti Abdul Talib, wanita skandal pelakon Adi Putra telah digantung baru-baru ini.

Sebelum ini akaun twitter Aida Anne Fasha (@aidafasha) dapat diakses peminat dengan mudah untuk mengutuk dan mengkritik namun tidak lagi sejak beberapa minggu kebelakangan.

Puncanya mungkin ada kaitan dengan status wanita berusia 31 tahun itu yang terlalu banyak menerima komen negatif dari peminat selain ada yang membuat laporan berhubung pemilik akaun tersebut.

Punca sebenar bendera Israel dikibarkan di Tuaran, Sabah

$
0
0
Punca sebenar bendera Israel dikibarkan di Tuaran, Sabah - Pengibaran bendera Israel di Raintree Beach Resort, Tuaran, Sabah menggemparkan seluruh Malaysia sehingga dikecam hebat di laman-laman sosial, media dan blog-blog tempatan.

Ramai tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana ia dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam yang di Sabah. Ini berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin. Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel.

Pengibaran bendera itu berpunca daripada sebuah syarikat perfileman dari China yang sedang melakukan penggambaran filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) sejak seminggu lalu di resort berkenaan.


Untuk pengetahuan, filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding.

Bagaimanapun, Pergerakan Pemuda Umno Tuaran telah pergi ke resort berkenaan untuk menyiasat apa yang berlaku dan meminta pihak pengurusan syarikat China itu untuk menurunkan bendera Israel.

Info terkini kes Nurul Shuhada dicabul Prof Izzi Haji Ali

$
0
0
Info terkini kes Nurul Shuhada dicabul Prof Izzi Haji Ali - Dalam laporan terkini Sinar Harian hari ini, pihak polis memberitahu belum memanggil pensyarah yang didakwa mencabul seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron, siasatan masih diteruskan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda atau boleh dikenakan sebatan atau kedua-duanya."

"Setakat ini kita hanya mengambil keterangan daripada pelajar berkenaan. Bagaimanapun siasatan lanjut akan dijalankan."

Biodata Mawar Abdul Karim, isteri Fizo Omar rampas tudung Fareeda tiruan

$
0
0
Biodata Mawar Abdul Karim, isteri Fizo Omar - Pasangan suami isteri, Mawar dan Fizo Omar sering menjadi perhatian peminat sejak berkahwin pada 10 November tahun lalu kerana kekacakan Fizo dan kecantikan Mawar.

Hari ini, nama Mawar paling hangat diperkatakan di laman sosial kerana tindakannya merampas tudung-tudung tiruan Fareeda selepas mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Di sebalik tindakan Mawar itu, wujud segelintir pihak yang tidak berpuas hati kerana mereka berpendapat bahawa produk original keluaran syarikat tersebut agak mahal dan tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.


Di sini penulis kongsikan sedikit biodata Mawar, isteri tercinta Fizo Omar yang cantik dan jelita. Memang bertuah sangatlah Fizo kerana berjaya memikat Mawar yang sebenarnya menjadi rebutan ramai jejaka di luar sana.

Nama Penuh : Mawar Abdul Karim
Umur : 25 tahun
Asal : Pulau Pinang
Agama : Islam
Tempat Menetap : Kuala Lumpur
Status : Berkahwin (Fizo Omar)
Pekerjaan : Model dan Pengurus Pemasaran jenama Tudung FAREEDA

Gambar comel Don Mustofa, anak lelaki Ustaz Don di UK

$
0
0
Gambar comel Don Mustofa, anak lelaki Ustaz Don di UK - Mungkin agak lama sudah kita tidak melihat wajah anak lelaki pendakwah terkenal negara, Ustaz Don yang bernama Don Mustofa.

Don Mustofa, anak sulung pasangan hebat Ustaz Don dan Husna Zahry dilahirkan di Kaherah, Mesir pada awal Januari lalu dan kini usianya sudah mencecah 4 bulan. Kecomelan raut wajah Don Mustofa semakin terserlah macam emaknya juga.

Mari layan lima keping gambar terkini Don Mustofa di Universiti Birmingham, United Kingdom di mana Ustaz kini sedang sibuk menjalani rakaman rancangan Kembara Cinta Rasul di sana - brotherssam





Mohd Radzi : Shah Jaszle hanya pakai boxer dicekup khalwat dengan Farah Nurizzati

$
0
0
Shah Jaszle hanya pakai boxer dicekup khalwat dengan Farah Nurizzati - Mohd Radzi Saliman, Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberitahu mahkamah, beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) ketika serbuan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang 16 Mei 2013.

Ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya, kata Mohd Radzi, 30.

Seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.

"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut."

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja."



Beliau sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini.

Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Ashraf Ranee manakala pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad dan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.

Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju Melayu berwarna putih bersongkok tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi hampir dua jam perbicaraan berlangsung.

Terdahulu, pada 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, Petaling Jaya kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jais hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Ia menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda pada 13 November tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Shahrizal ketika ditemui mStar Online di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah. Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun depan.

Bekas PA Prof Izzi Haji Ali dedah kelakuan sebenar

$
0
0
Bekas PA Prof Izzi Haji Ali dedah kelakuan sebenar - Susulan laporan polis yang dibuat oleh Nurul Shuhada berhubung kes dicabul pensyarah matematiknya, bekas PA kepada Prof Izzi Haji Ali tiba-tiba tampil membuat pendedahan kelakuan sebenar pensyarah itu menerusi beberapa komen di status twitter Nurul Shuhada.

Bekas PA yang enggan dikenali itu memuji tindakan Nurul Shuhada yang berani membuat laporan polis. Katanya, sudah ramai perempuan yang kena sebelum ini namun tidak berani membuat pendedahan kerana takut.

Sumber : Tidakkalah & Berita-express


Kisah pelakon seksi, Nasha Aziz tampil bertudung

$
0
0
Kisah pelakon seksi, Nasha Aziz tampil bertudung - Nasha Aziz merupakan antara pelakon wanita tempatan yang sering memegang watak menggoda dalam filem atau drama. Popularitinya setanding dengan pelakon hebat lain seperti Erra Fazira, Rita Rudaini, Erma Fatima dan Raja Azura.

Bagaimanapun, sejak lima tahun kebelakangan ini, kemunculan Nasha dalam filem mahupun drama semakin kurang. Semuanya mungkin disebabkan kehadiran muka-muka baru pelakon wanita yang tidak kurang cantik, jelita dan berbakat.

Baru-baru ini, Nasha Aziz telah diberi peranan untuk melakukan watak Zainab dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah bersama barisan pelakon lain seperti Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah & Yasmin Hani.

Menariknya, watak Zainab yang dipegang oleh aktres berusia 42 tahun itu ialah seorang gadis berimej muslimah yang memerlukan beliau mengenakan tudung labuh dan memakai pakaian ala-ala arab lengkap dengan perhiasan.



Menyedari peranan yang diberikan cukup berat, Nasha Aziz bertekad bertudung dan menjaga penampilan muslimah dalam kehidupannya yang sebenar. Katanya menerusi portal murai, dia berjanji akan memberikan komitmen paling kurang 100 peratus.

“Rasanya bila kita bercakap tentang etika bekerja, apa sahaja yang saya lakukan saya akan pastikan ianya harus kalau boleh tak dapat 200 peratus pun tapi dapat 100 peratus pun jadilah.”

“Malah penampilan saya hari ini sebenarnya saya dengar tidak lagi memenuhi 100 peratus sempurna daripada pereka kostum bagi watak saya dan pelakon lain. Tidak silap saya, ini hanya 10 peratus sahaja daripada yang sepatutnya daripada watak kami.”

Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah

$
0
0
Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios dan pengarah filem KIL, Jeremy Little disahkan meninggal dunia di Tanah Suci Makkah awal pagi tadi.

Pemergian insan seni yang pernah menganggotai kumpulan rap, rock dan reggae, Prana itu mengejutkan industri muzik tempatan termasuk ulama terkenal, Mufti Ismail Menk, yang memuatnaik status mengenai kematian Jeremy di laman facebook miliknya.

“Seorang rakan karib dan saudara saya, Jeremy Little, dari Malaysia baru saja meninggal di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah ketika mengerjakan umrah."

“Ia sebuah tempat yang cukup dirahmati untuk kembali ke pangkuan Ilahi buat pemuda yang mencetak dan mengedarkan ribuan CD saya secara percuma, setiap tahun.”



Menurut laporan Berita Harian hari ini, kematian Jeremy difahamkan berpunca daripada penyakit kanser yang dihidapinya sejak sekian lama. Kata-kata terakhir pemuda berusia 31 tahun itu sebelum menghembuskan nafas adalah berbunyi "Beautiful Technology in a magical place.. SubhanAllah."

Diucapkan takziah kepada keluarga beliau. Satu lagi kehilangan besar buat industri hiburan tempatan yang tidak disangka-sangka. Untuk info, Allahyarham juga merupakan salah seorang DJ popular yang aktif membuat promosi indie band tempatan.

Luahan sedih Fizo Omar isu Mawar dikecam di laman sosial

$
0
0
Luahan sedih Fizo Omar isu Mawar dikecam di laman sosial - Sejak isu rampasan tudung fareeda tiruan dilaporkan dua hari lepas, isteri pelakon terkenal Fizo Omar, Mawar Abdul Karim merupakan antara individu yang paling banyak menerima kecaman peminat di laman sosial.

Menurut mereka, tindakan pihak fareeda dengan kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas lebih seribu helai tudung tiruan yang dianggarkan bernilai RM77 ribu adalah tidak wajar dan menutup rezeki peniaga lain.

Menyedari terlalu banyak komen negatif yang dilemparkan peminat di fanpage facebook Mawar Fareeda, aktor itu menerusi fanpage facebook Fizo Omar telah memuatnaik satu kenyataan panjang lebar bagi menjawab segala tomahan dan kecaman mereka. Jom baca di bawah :-


"Salam dan selamat petang semua. Bila membaca komen2 dari anda semua berkaitan rampasan tudung ciplak atau tiruan oleh pihak FAREEDA..Nyata Jelita dan isteri saya Mawar Fareeda Fanpage baru2 ini..lalu tergerak hati saya untuk membalas komen2 yang positive dan juga negative dari anda semua.Sebelum itu saya rasa layak untuk saya bersuara selaku suami kepada Pengarah Urusan FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN BHD iaitu Mawar Abd Karim dan juga saya selaku Head Of Marketing n PR department of the company.Saya terima secara positive segala komen dan tomahan mahupun hinaan yang telah ditujukan buat isteri saya dan juga brand FAREEDA itu sendiri berkaitan RAMPASAN tudung tiruan, SIZE tudung, dan juga HARGA tudung di pasaran.

Cuba anda meletakkan diri anda sebagai peniaga dan juga pengasas terhadap rekaan dan juga Brand itu sendiri. Apabila usaha penat lelah anda bertahun-tahun, siang malam memikirkan idea creative untuk menghasilkan rekaan anda sendiri yang berkualiti dan telah banyak berkorban baik dari segi masa dan juga wang ringgit untuk terus berada dihadapan didalam industri tudung di malaysia. Dan tiba2 anda tahu ada sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab meniru atau menciplak idea anda begitu sahaja tanpa meminta izin dan mengaut keuntungan di atas sikap yang pada saya tidak bertanggungjawab itu. di mana sikap tersebut boleh merosak imej dan juga branding produk anda. 

BAGAIMANA perasaan anda dan tindakan anda?Sedangkan ada dikalangan mereka merupakan bukan warga negara malaysia dan bukan beragama islam,maksud saya kegiatan ini dibuat didalam negara dan juga luar negara.Sedangkan kesemua tudung FAREEDA di buat seratus peratus di malaysia dan kami telah berkongsi rezeki dengan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan mereka yang mencari rezeki bersama FAREEDA. 

Berkaitan dengan HARGA tudung FAREEDA di pasaran. Sebenarnya harga dari butik kami tidak melebihi RM200 tetapi saya di fahamkan ada yg menjual sehinnga RM 200 lbh di butik mahupun online(reseller n dealer). saya tidak menyalahkan mereka kerana pengorbanan mereka utk mendapatkan tudung ekslusif dr FAREEDA bkn senang.mereka terpaksa beratur untuk mendapatkan angka giliran utk mendapatkan tudung tersebut malah ada yang sanggup bermalam di hadapan butik kami utk mendapatkan nombor giliran utk membeli tudung dan mereka menjualnya kepada pembeli terutamanya di online.secara positive nya apa saya nampak.pihak FAREEDA telah meyujudkan peluang perniagaan kepada mereka demi mencari rezeki. dan mereka mencari rezeki yang halal.

Dan untuk pengetahuan semua pihak FAREEDA telah membelanjakan hampir RM4 juta semenjak hujung tahun lepas demi mempromosikan tudung dan juga brand FAREEDA itu sendiri sehingga membuatkan FAREEDA menjadi tudung esklusif no1 di malaysia.Jadi harga yg diletakkan adalah berbaloi dgn apa yang kami belanjakan dari segi penjenamaan yang telah dilakukan oleh pihak FAREEDA. Harga tudung utk menutup aurat dijadikan isu,bagaimana pula yang sanggup berbelanja ribuan ringgit utk mendapatkan jenama beg atau kasut yang mahal yang berjenama besar terutamanya produk luar negara yang dibangga banggakan dan terang2 ia bukannya produk kita sesama islam yang tidak pernah menjadi isu kpd pembeli.

Berkaitan dengan SIZE tudung pula,ada yang mengatakan size tudung FAREEDA ini singkat dan tidak menepati syariat islam dlm menutup aurat.tetapi tidak perlu untuk menghina isteri saya sebagai pemilik dan juga model FAREEDA dan ada juga yang cuba menjatuhkan imej FAREEDA.Sebenarnya tudung FAREEDA mempunyai pelbagai SIZE mengikut kehendak dan permintaan para pelanggan. Cuma permintaan tinggi terhadap tudung seperti mana yang dipakai oleh Madam rose, isteri saya, jadi sebab itu lah ianya lebih komersial berbanding tudung2 yang labuh yang dikeluarkan oleh pihak FAREEDA. Jadi jikalau anda tidak pernah kenal secara mendalam dgn FAREEDA ini adalah tidak baik untuk terus menunding jari atau menyalahkan pihak FAREEDA. ANda boleh datang ke butik kami dan memilih sendiri jenis mana yang menepati citarasa anda dalam menutup aurat dan juga berfesyen.

Pada saya tindakan pihak FAREEDA dgn kerjasama KPDNKK merampas tudung tiruan itu adalah tindakan sewajarnya demi menyerdarkan pihak2 yang tidak bertanggung jawab dan tidak beretika dlm berniaga. Tidak ada sikit puan niat utk menutup rezki pihak lain seperti mana yang dikatakan oleh anda yang berkenaan.Saya rasa berbangga apabila melihat ramai umat islam kita berlumba2 berniaga dan menghasilkan pelbagai rekaan tudung demi menggalakan ramai lagi wanita islam di luar sana supaya menutup aurat dan bersaing secara sihat dalam berbisness dan juga mencari rezki yang halal.

Diharap coretan sya ini tidak mengguris hati dan perasaan sesiapa yang berkenaan dan saya minta maaf jikalau ada tersalah ckp ataupun jikalau ada kesilapan dr pihak FAREEDA itu sendiri.Sila hentikan KEYBOARD WARRIOR sesama sendiri yang tidak menguntungkan sesiapa pun malah boleh menunjukkan imej melayu kita dan keperibadiaan anda sendiri.lebih baik kita terus berfikiran positive dan menyokong kita sesama islam dan terus memajukan ekonomi negara kita.sekian terima kasih."

Luahan isteri bila Johan Raja Lawak tertidur ketika solat

$
0
0
Luahan isteri bila Johan Raja Lawak tertidur ketika solat - Isteri tercinta Johan Raja Lawak, Ozlynn sempat memuatnaik sekeping gambar suaminya tertidur ketika solat di laman Instagram miliknya. Foto tersebut disertakan dengan caption berbentuk luahan santai Ozlynn untuk menegur sikap lalai Johan.

Jom baca teguran santai isteri Johan Raja Lawak buat suaminya yang terlalai seketika dalam menunaikan solat. Relaks je cara Ozlynn tapi terbaik.

"Xtau nak cakap apa.. tadi elok sembahyang sebelah papa dia.. yang mak dok bukak email check pasal keje.. pastu rasa macam eh lama pulak dua beranak nih solat.. skali tengok ni lah hasil nya.. dapat buat tangkapan.. bukan nak aniaya tapi nak membuktikan gambar ni pada papa dia.. apa kejadian nya.. senyum jek papa dia.. lama sujud ye sayang.. sorry ye.. pasni akan lebih berhati2.." - Ozlynn



Viewing all 4594 articles
Browse latest View live