Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Prof Izzi Haji Ali nafi pernah buat kenyataan di facebook isu cabul pelajar

$
0
0
Prof Izzi Haji Ali nafi pernah buat kenyataan di facebook isu cabul pelajar - Beberapa hari lepas, satu kenyataan kemaskini di fanpage facebook Prof Izzi berhubung dakwaan mencabul pelajar telah tersebar secara meluas di laman-laman sosial dan blog-blog tempatan.

Status kenyataan tersebut menyebabkan ramai pengguna facebook meninggalkan komen yang bertanya samada status itu adalah penjelasan tersirat yang datang dari Prof Izzi sendiri berkenaan isu dituduh cabul pelajar atau tidak.

Bagaimanapun, hanya sebentar tadi, Prof Izzi telah memuatnaik satu status di fanpage facebooknya yang menafikan perkara itu. Katanya, apapun status yang dimuatnaik sebelum kenyataan "Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan."bukan datang darinya.

Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan komen-komen dalam status yang terdahulu.



"Sebarang kenyataan mengenai kes ini dlm ruangan komen SEBELUM kenyataan saya sebentar tadi iaitu: Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan. adalah BUKAN dari saya. Apa pun terima kasih kpd komen2 yg diberikan."

Penulis harap dengan penjelasan terbaru Prof Izzi akan dapat merungkai teka-teki di benak peminat masing-masing berhubung kenyataan di fanpage facebook beliau sebelum ini.

Gambar terkini Emma Maembong tampil memukau

$
0
0
Gambar terkini Emma Maembong tampil memukau - Merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik, Emma merupakan antara individu yang paling bertuah dapat bergelar pelakon di usia muda bersama adiknya, Cha Cha Maembong.

Emma dilahirkan pada 27 Mac 1992 (22 tahun) dan bakatnya mula dikesan selepas membintangi watak Munirah dalam drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima. Namun, beliau banyak kali dikritik peminat kerana kualiti lakonan yang agak kayu dan kaku.

Mengenai pendidikan yang diterima kekasih Zizan Razak itu, Emma memberitahu hanya bersekolah sehingga Tingkatan 2 dan selepas itu terperap di rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah. Mari layan tiga keping gambar terkini Emma Maembong yang sangat memukau dan menakjubkan.



Punca sebenar Norita Salamah hina polis trafik di facebook

$
0
0
Punca sebenar Norita Salamah hina polis trafik di facebook - Seorang wanita beranak satu berusia 28 tahun yang bertugas sebagai Pembantu Anti Dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah, telah ditahan polis kerana memuatnaik status di laman facebook miliknya yang menghina anggota polis trafik.

Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota polis trafik wanita membuat laporan polis baru-baru ini.

Menurut laporan sebuah blog, tindakan Norita menghina polis trafik di facebook berpunca daripada rasa tidak puas hatinya dengan saman yang dikeluarkan polis trafik atas kesalahan memotong melebihi had laju 90km/j yang ditetapkan di Jalan Bongawan.


Kata Norita, penetapan had laju 90km/j di jalan berkenaan yang mempunyai tiga lorong adalah tidak logik kerana had laju tersebut menyukarkan pemandu di lorong memotong untuk over-take kenderaan lain. Ekoran itu, gadis berkenaan bertindak memaki hamun polis trafik dengan kata-kata kesat di facebook pada 17 Mac lalu.

Gambar pra-perkahwinan Misha Omar dan Firos Ezzwan

$
0
0
Gambar pra-perkahwinan Misha Omar dan Firos Ezzwan - Bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 2 Mei ini, pasangan sensasi Misha Omar dan Firos Ezzwan telah merakamkan koleksi foto pra-perkahwinan mereka dengan menggunakan khidmat jurugambar Joe Zakaria.

Kesemua foto perkahwinan itu dikongsikan oleh Misha Omar di akaun Instagram miliknya untuk tatapan peminat berkenaan detik-detik terindah sebelum bergelar suami isteri. Pasangan ini memilih kilang arang yang terletak di Taiping sebagai latarbelakang pra-perkahwinan mereka.

Untuk pengetahuan, majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan bagi pihak perempuan akan diadakan di Hotel Renaissanse Kota Bharu, manakala majlis resepsi untuk pengantin lelaki pula bakal berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Mari layan enam keping gambar menarik dan santai pra-perkahwinan Misha Omar dan Firos Ezzwan. Memang sama cantik dan sama padan, dari pihak penulis mengucapkan tahniah buat penyatuan mereka tidak lama lagi.






"Isteri saya menjual tudung, bukan menjual skirt pendek" - Fizo Omar

$
0
0
Fizo Omar tampil pertahan isteri isu rampasan tudung fareeda tiruan - Susulan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir peminat terhadap Mawar hanya kerana tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda, Fizo Omar tampil mempertahankan isterinya.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, dia berhak bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej, kredibiliti dan perniagaan isterinya kerana statusnya sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources.

"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.

"Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung."



Tambah Fizo, beliau begitu sedih dengan tindakan pihak-pihak berkenaan yang turut mengecam Mawar di laman sosial miliknya setiap kali dia memuatnaik gambar mesra mereka berdua.

"Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif. Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya."

Dalam pada itu, Fizo turut menjelaskan bahawa jenis tudung yang dipakai isterinya hanya salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang ada dijual di butik Fareeda dengan pelbagai saiz dan corak.

"Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka. Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh."

Ditanya tentang reaksi Mawar selepas dikecam teruk peminat, Fizo memberitahu isterinya tidak pernah mempedulikan sebarang tohmahan di laman-laman sosial kerana lebih fokus kepada perniagaan dan tidak mahu terjebak dengan pertelingkahan dengan peminat yang tidak menguntungkan.

"Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa. Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia."

Punca Bella Dally padam gambar seksi di Instagram

$
0
0
Punca Bella Dally padam gambar seksi di Instagram - Agak terkejut juga penulis apabila mendapat tahu Bella Dally yang merupakan bekas kekasih Nazim Othman telah memadam kesemua gambar seksinya di laman Instagram baru-baru ini.

Menurut sumber, pelakon jelita itu berbuat demikian kerana difahamkan telah berhijrah memakai tudung dan tidak mahu lagi menyimpan gambar-gambar seksi untuk tatapan peminat. Adakah ini bermakna Bella telah berhijrah sepenuhnya?

Kalau benar, ia pasti satu berita baik buat peminat yang tidak putus-putus mendoakan agar bintang drama itu untuk berubah ke arah kebaikan.

Untuk pengetahuan, pasangan sensasi Bella Dally dan Nazim Othman baru sahaja putus cinta beberapa minggu lepas. Namun tidak diketahui samaada perpisahan itu menyumbang kepada penghijrahan Bella atau sebaliknya.


Respon Ozlynn isu foto Johan Raja Lawak dikatakan tertidur ketika solat

$
0
0
Respon Ozlynn isu foto Johan Raja Lawak dikatakan tertidur ketika solat - Ozlynn yang merupakan isteri pelawak terkemuka negara, Johan menafikan suaminya tertidur ketika solat seperti yang dilaporkan beberapa fanpage facebook dan blog hiburan.

Kata Ozlynn, fakta sebenar mengenai foto tersebut telah diputarbelit dan memberitahu Johan dilihat sujud dalam tempoh yang agak lama kerana salah seorang anaknya berada di belakang suaminya.



"Erra Fazira memang pantang tengok lelaki kaya" - Artis jelita

$
0
0
Artis jelita fitnah Erra Fazira pantang tengok lelaki kaya - Seorang artis jelita yang kurang dikenali dan pernah bergambar dengan Erra Fazira telah menulis satus di laman facebook miliknya yang berbunyi berikut :-

"Erra Fazira memang pantang tengok lelaki kaya ke mentang2 dato terus nak jumpa ya allah selamatkanlah suami aku."

Kenyataan ini kemudian telah tersebar menerusi forum CARI.COM.MY sehingga memaksa pelakon itu memadam status kontroversi berkenaan.


Setelah diselidik, artis jelita ini rupanya pernah menjadi duta produk kecantikan dengan dialog "saya benci tengok wajah saya" dan dikatakan pernah menjadi hos Wanita Hari Ini namun hanya bertahan untuk seketika.



Dwayne Johnson maut terjatuh ketika penggambaran Fast & Furious 7?

$
0
0
Dwayne Johnson maut terjatuh ketika penggambaran Fast & Furious 7 - Sebuah fanpage facebook mendakwa pelakon dan penggusti terkenal, Dwayne Johnson meninggal dunia selepas terjatuh ketika penggambaran Fast & Furious 7 di New Zealand.

Bagaimanapun, dakwaan itu disahkan tidak benar dan satu penipuan dengan tujuan untuk mendapatkan trafik banyak ke satu website yang tidak diketahui nama dan isi kandungannya. Mari baca penafian penuh pemalsuan berita kematian The Rock yang dikongsikan oleh portal theepochtimes beberapa hari lepas.

Untuk info penting, jika newsfeed facebook anda menerima share sebuah video tentang kematian pelakon kacak ini, jangan buka dan share sama sekali kerana video tersebut akan memuat-turun dan menyebarkan virus malware atau software tidak berguna di akaun facebook anda.


Scha & Awal menangis kerana usia bayi cecah 6 bulan

$
0
0
Scha & Awal menangis kerana usia bayi cecah 6 bulan - Pasangan selebriti paling romantis di Malaysia, Scha Alyahya dan Awal Ashaari dikatakan begitu teruja dengan kehadiran bayi pertama mereka sehingga mengalirkan air mata.

Suasana menyentuh itu diceritakan sendiri oleh Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya kepada Malaysian Digest pada ketika usia bayi berkenaan kini sudah mencecah 6 bulan.

"Saya ni tak reti nak bercakap dengan baby. Kalau kat rumah bila seorang diri pun saya malu nak bercakap dengan baby. Awal lah yang selalu bercakap. Contoh dia sapa, “Assalamualaikum, hari ni buat apa?”.

Dua tiga minggu lepas, baby bergerak dan saya pun panggil lah Awal. Dia terkejut sebab pergerakan baby dalam perut saya aktif sangat. Masa tu bila kami tengok sama-sama, mengalir juga lah air mata sebab moment tu sangat menyentuh hati kami."


Sementara itu, Scha memberitahu jantina anak dalam kandungannya masih tidak diketahui walaupun sudah menjalani dua kali imbasan.

"Sudah dua kali buat imbasan tapi buat masa ni doktor tak dapat sahkan lagi jantina anak kami. Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan cukup sifat dan sihat. Tapi saya tahu, Awal kalau boleh dia mahu anak lelaki."

Setakat ini, pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari masih belum membuat persiapan penuh bagi menyambut kelahiran bayi sulung mereka sebaliknya, menurut Scha hanya Awal yang lebih teruja mahu membeli segala kelengkapan.

Mawar Fareeda mohon maaf isu "Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri"

$
0
0
Mawar Fareeda mohon maaf isu "Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri" - Semalam, isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim dikecam teruk peminat kerana salah satu komen balas yang kedengaran seperti berlagak iaitu berbunyi "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri".

Komen tersebut dibuat bagi membalas status salah seorang peminat di laman facebook yang sebelumnya telah memberikan cadangan penambahbaikan rekabentuk tudung fareeda agar memenuhi syarat Islam dan dijual pada harga yang murah.

Untuk itu, pengendali Mawar Fareeda Fanpage telah menyatakan permohonan maaf mereka secara terbuka dan turut memberitahu, fanpage facebook tersebut bukan dikendalikan oleh isteri Fizo Omar tetapi diurus oleh 5 admin lain.

Anak lelaki Linda Rafar disahkan hidap penyakit ketumbuhan kronik

$
0
0
Anak lelaki Linda Rafar disahkan hidap penyakit ketumbuhan kronik - Pelakon terkenal, Linda Rafar diuji dugaan hebat apabila anak keduanya, Rezaiman Keiflin, 12, disahkan menghidap ketumbuhan kronik dalam perut dan kini perlu menjalani rawatan untuk mengelak ia merebak.

Rezaiman yang sebelum ini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras selama tiga minggu kini menerima rawatan lanjut di rumah.

Difahamkan, Linda sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk berikhtiar mengubat penyakit anaknya sama ada melalui kaedah moden mahu pun tradisional. Malah dia baru sahaja membeli ubat berharga RM12,000 untuk kegunaan anaknya itu selama 19 hari.


Memetik kenyataan Linda kepada laman web Astro Gempak, dia berterima kasih kepada bantuan yang diberikan kepada keluarganya namun pada masa sama berasa malu dan risau jika ada yang menyangka dia cuba mengambil kesempatan menggunakan alasan anak.

“Terus terang saya katakan, setiap bantuan yang kami sekeluarga terima saya terus masukkan dalam akaun Rezaiman dan terus fikir jalan alternatif lain untuk bantu lawan penyakit anak saya.”

Aksi agresif Shila Amzah melompat di Tembok Besar China

$
0
0
Aksi agresif Shila Amzah melompat di Tembok Besar China - Penyanyi terkenal, Shila Amzah telah berkongsi sekeping foto aksi agresifnya melompat ketika bersantai di Tembok Besar China. Beliau kelihatan begitu enjoy berjalan-jalan di sana.

Baguslah, salah satu cara untuk mengurangkan tekanan kerja sepanjang hari hingga malam. Gambar tersebut disertakan dengan caption menarik yang amat memberi semangat kepada penulis yang berbunyi berikut :-

"Jump and fly as high as you want..it's your life..life is what you make it..enjoy and cherish every bit of it..cheers! #jumpstagram #thegreatwallofchina#shajump"

Buat Shila Amzah, teruskan perjuangan anda dalam pertandingan I AM SINGER pada 11 April ini di mana ia menggabungkan 5 finalis bagi setiap musim 1 dan 2. Pastinya, undian daripada peminat paling diharapkan oleh bekas kekasih Sharnaaz itu untuk mampu merangkul trofi kemenangan.

Fizo Omar mohon maaf beri kenyataan salah isu tudung fareeda

$
0
0
Fizo Omar mohon maaf beri kenyataan salah isu tudung fareeda - Pelakon terkenal, Fizo Omar menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada peminat berhubung komen-komen yang tidak sepatutnya dilontarkan di fanpage facebook berhubung isu tudung fareeda yang singkat dan dianggap tidak memenuhi syarak Islam.

Kenyataan mohon maaf itu dikongsikan Fizo menerusi akaun Facebook miliknya beberapa jam lepas bagi meredakan kemarahan pengguna-pengguna laman sosial sejak dua hari lepas. Kata aktor kacak itu, dia menerima setiap teguran peminat yang berniat baik untuk memperbaiki kelemahan sedia ada.


Gambar wajah emak Hanez Suraya era 80-an

$
0
0
Gambar wajah emak Hanez Suraya era 80an - Seperti Emma Maembong, pelakon kontroversi, Hanez Suraya turut tidak ketinggalan memuatnaik sekeping foto gambar wajah emaknya pada era 80-an yang berpakaian baju kebaya berwarna ungu di laman Instagram baru-baru ini.

Apa yang menarik mengenai foto itu, raut wajah Hanez Suraya saling tak tumpah dengan wajah emaknya. Ini turut diakui oleh beberapa komen yang ditinggalkan peminat di ruangan kanan gambar. Memang cantik dan jelita sungguh emak beliau.



"Saya anak manja. Saya perlukan lelaki tempat bermanja" - Marsha Londoh

$
0
0
Marsha Londoh nafi kekasihnya suami orang - Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh menafikan kekasih barunya suami orang seperti didakwa orang. Katanya, dia sudah menyelidiki latarbelakang lelaki itu sebelum bercinta kerana tidak mahu situasi sama akan dialami seperti Hanez Suraya.

Selain itu, Marsha turut memberitahu bahawa buah hatinya hanya orang biasa dan bukan berpangkat tinggi. Bukan harta atau kekayaan yang ingin dikejarkannya dalam mencari pasangan hidup tetapi seorang lelaki yang boleh dijadikan tempat berkongsi kasih sayang dan tempat bermanja.

"Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja. Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lagi bagus."

Siapakah dihubungi Fariq ketika MH370 berada di Pulau Pinang?

$
0
0
Siapakah dihubungi Fariq ketika MH370 berada di Pulau Pinang - Kerajaan akan meneliti laporan sebuah akhbar tempatan yang menyatakan seorang anak kapal MH370 cuba membuat panggilan ketika pesawat terbang rendah di ruang udara Pulau Pinang pada hari ia dilaporkan hilang.

Menurut laporan AFP, Kementerian Pengangkutan akan memberi kenyataan secepat mungkin mengenai laporan hari ini oleh akhbar New Straits Times itu.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata, pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid cuba membuat panggilan sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

Panggilan tersebut bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan kerana kelajuan pesawat tersebut terbang.

Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.

Amir Raja Lawak dan kekasih bakal berkahwin di Amerika?

$
0
0
Amir Raja Lawak dan kekasih bakal berkahwin di Amerika - Gosip mengenai Amir Raja Lawak bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi mula kedengaran apabila pelakon itu memuatnaik foto-foto kenangan bersama bakal isterinya ketika hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini di laman Instagram.

Rata-rata peminat yang melihat wajah kekasih baru Amir menghamburkan pujian melambung kepadanya kerana memilih seorang gadis yang sopan, manis dan bertudung. Untuk itu, beliau meminta orang ramai agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua hingga ke alam perkahwinan.

Di laman cari.com.my pula, seorang penggiat forum turut berkongsi artikel mengenai gosip ini dengan mendakwa Amir Raja Lawak dan kekasih bakal berkahwin di Amerika. Benarkah dakwaan individu tersebut?

Gambar wajah lelaki culik Fatin Nur Syamimi kini didedahkan

$
0
0
Gambar wajah lelaki culik Fatin Nur Syamimi kini didedahkan - Buat pembaca yang belum mengetahui mengenai kehilangan seorang gadis bernama Fatin Nur Syamimi yang dilarikan seorang lelaki dikenali Zuhaimi bin Muhammad, ahli keluarganya telah meminta pertolongan agar sesiapa yang mempunyai maklumat segera menghubungi mereka di no telefon : 013-9465804.

Lelaki itu berasal dari kg anak Gajah Batu Balai, Jerantut, Pahang. Kejadian ini berlaku beberapa hari lalu dan sehingga kini anak perempuan Ramlan Abu Hassan masih belum ditemui. Untuk memudahkan pengecaman, penulis menyertakan sekeping foto Fatin Nur Syamimi dan Zuhaimi bin Muhammad.

Nota : Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai anak gadis itu agar segera menghubungi di no telefon Ramlan iaitu 013-9465804.

Lelaki muslim buat laporan polis kerana bunyi AZAN kuat

$
0
0
Lelaki muslim buat laporan polis kerana bunyi AZAN kuat - Jika sebelum ini, laporan polis pernah dibuat oleh pihak bukan muslim kerana tidak tahan dengan penggunaan pembesar suara ketika melaungkan azan di masjid atau bacaan ayat suci Al-Quran.

Apapun, itu cerita lama yang tidaklah begitu menghairankan. Namun, baru-baru ini satu lagi laporan polis telah dibuat berhubung kes yang sama. Menariknya, individu yang membuat laporan polis itu ialah seorang lelaki berusia 56 tahun yang beragama Islam.

Viewing all 4594 articles
Browse latest View live