Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Engku Emran nekad rujuk semula Erra Fazira

$
0
0
Engku Emran nekad rujuk semula Erra Fazira - Tidak dapat dinafikan, Engku Emran masih menyayangi bekas isterinya, Erra Fzira meskipun mereka sudah bercerai lebih sebulan lalu. Jika sesiapa mengikuti perkembangan laman Instagram beliau, jelas Engku seolah-olah masih berharap dapat bersama semula dengan Erra.

Baru-baru ini, Engku telah memuatnaik sekeping foto yang disertakan dengan caption panjang lebar mengenai hasratnya mahu memenangi semula hati Erra Fazira. Kata lelaki berusia 39 tahun itu, dia sudah melakukan perkara itu sejak tiga hari lalu. Mari apa luahan hasrat Engku di bawah :-



"AIRASIA punca ayah saya (Ustaz Haron Din) masuk IJN!" - Dr Huda Haron

$
0
0
Luahan marah Dr Huda Haron kepada AirAsia isu Ustaz Haron Din masuk IJN - Anak perempuan kepada Ustaz Haron Din, Dr Huda Haron mendedahkan cas tersembunyi RM60 untuk khidmat kerusi roda yang dikenakan penerbangan AirAsia sebagai punca ayahnya masuk hospital baru-baru ini.

Menurut pemilik facebook Huda Haron itu, tagline "Now Everyone Can Fly" milik AirAsia pada hakikatnya hanya salah satu cara untuk mengaburi mata orang ramai. Katanya, di sebalik tambang murah yang dikenakan AirAsia wujud banyak bayaran tersembunyi yang tidak ramai orang tahun.

Mari baca luahan marah Dr Huda Haron buat AirAsia yang dikatakannya sebagai punca Ustaz Haron Din masuk (Institusi Jantung Negara ( IJN) di bawah :-


Raja Azmi - "Kalau perempuan tak tutup rambut bila mati akan masuk neraka, tak boleh terima la benda tu"

$
0
0
Pandangan dan kenyataan produser terkenal, Raja Azmi berhubung keperluan memakai tudung. Katanya adalah tidak logik jika seseorang muslim itu masuk neraka hanya kerana tidak memakai tudung. Apa pendapat anda? Jom tonton video di bawah.

Sumber : Hotisusemasa




Respon Erra Fazira isu Engku Emran mahu rujuk semula

$
0
0
Respon Erra Fazira isu Engku Emran mahu rujuk semula - Beberapa hari lepas, Engku Emran menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik satu status panjang lebar yang menyatakan hasratnya ingin merujuk semula Erra Semula selepas genap sebulan bercerai.

Di sebalik status itu, Engku Emran turut mencipta hastag #prayformomandayah yang diabadikan pada baju-T anaknya, Engku Aleesya. Bagaimanapun, hasrat Engku mungkin tinggal hanya kenangan apabila Erra memberitahu sudah tawar hati dengan bekas suaminya.

Sehubungan dengan itu, aktres berusia 40 tahun itu meminta orang ramai dan Engku untuk menghormati privasinya. Kata Erra, tiada ibubapa yang tidak mahu membahagiakan anak

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya."


Jelas pelakon itu, meskipun lebih dua juta pembaca mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran.

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik."

Emma Maembong paksa Zizan Razak teriak lafaz kata "sayang" di kedai

$
0
0
Emma Maembong paksa Zizan Razak teriak lafaz kata "sayang" di kedai - Beberapa hari lepas, Emma Maembong telah memuatnaik satu video berdurasi 15 saat di laman Instagram miliknya yang meminta kekasih hatinya, Zizan Razak melafazkan kata sayang di sebuah kedai.

Video yang dihasilkan sendiri oleh Emma itu dipenuhi dengan muka Zizan. Difahamkan, tujuan Emma meminta pelawak itu berbuat demikian ialah mahu orang ramai dalam kedai tersebut mendengar perasaan mereka yang sedang dilamun cinta.

Adakah tindakan aktres berusia 21 tahun ini sekadar bergurau atau dianggap gedik? Ini kerana video terbabit menerima banyak komen-komen negatif dari peminat. Untuk menonton video tersebut, mari saksikan di bawah.



Aksi berkemban dalam drama Erma Fatima undang kontroversi

$
0
0
Aksi berkemban dalam drama Erma Fatima undang kontroversi - Nampaknya, drama bersiri Takhta 3 Ratu arahan Erma Fatima bakal mengundang kontroversi kerana penampilan sesetengah pelakon wanita di dalam filem berkenaan yang kelihatan hanya berkemban.

Drama Takhta 3 Ratu menampilkan beberapa pelakon hebat tempatan seperti Erra Fazira,Awie, Elli Suriati dan aktres kelahiran Indonesia, Feby Febiola. Secara ringkas, drama ini menceritakan tentang kisah pemerintahan Sultan Mansur pada tahun 1546.

Apapun pandangan anda mengenai drama ini, namun jangan lupa skodeng tiga keping gambar aksi beberapa pelakon wanita terkenal dalam keadaan hanya berkemban.

Sumber : Dianarashid& Artismeletop



Fizo Omar - "Kami adalah jenama yang mendahului industri tudung di Malaysia"

$
0
0
Fizo Omar penjelas fareeda dahului industri tudung di Malaysia - Umum mengetahui, tudung jenama Fareeda dikecam orang ramai kerana dikatakan agak seksi dan tidak mengikut syarak Islam. Ekoran itu, Mawar Abdul Karim, 25, menjadi individu yang paling banyak menerima komen negatif termasuk didakwa berlagak sombong.

Tidak tahan isterinya terus ditohmah tanpa pembelaan, Fizo Omar tampil memberi amaran kepada orang ramai agar berhenti menghina Mawar. Tindakan itu menyebabkan Fizo turut menerima kecaman selain dianggap bersikap berlebih-lebihan

Bagaimanapun, aktor berusia 29 tahun itu memberitahu tindakannya membela Mawar bukanlah sesuatu yang berlebih-lebihan kerana dia hanya mahu membantu Mawar menjelaskan situasi sebenar. Mari baca penjelasan panjang lebar Fizo di bawah.


Luahan kagum Rita Rudaini usaha Engku Emran pujuk Erra Fazira

$
0
0
Luahan kagum Rita Rudaini usaha Engku Emran pujuk Erra Fazira - Pelakon terkenal, Rita Rudaini menyatakan perasaan terharunya dengan tindakan Engku Emran cuba memujuk Erra Fazira agar kembali ke pangkuan selepas hampir sebulan bercerai.

Luahan kagum aktres berusia 35 tahun itu dikongsikan beliau menerusi laman Instagram miliknya semalam sebagai sokongan kepada kesungguhan Engku untuk memenangi hati Erra semula demi kebahagian anak perempuan mereka, Aleesya.

Menurut Rita, Erra Fazira boleh dikatakan individu yang amat bertuah kerana bekas suaminya telah mencuba untuk memperbetulkan keadaan sehingga sanggup mencipta satu baju-T khas buat Aleesya yang tertera tulis hastag #prayformomandayah.


Bagi penulis, memang susah nak jumpa lelaki seperti Emran yang sanggup berkorban demi kebahagiaan serta masa depan anak tunggalnya yang dirasakan perlukan kasih sayang yang cukup daripada dua ibu dan bapanya.

Dr Harlina tegur Rozita Che Wan isu "seksi itu hak saya"

$
0
0
Dr Harlina tegur Rozita Che Wan isu "seksi itu hak saya" - Kenyataan pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan bahawa seksi itu hak dirinya mengundang pelbagai reaksi dari peminat industri hiburan tempatan tahun lalu. Ada yang mempertahankan, tidak kurang juga yang lebih bersikap neutral dan ada juga yang mengkritik serta mengecam.

Ekoran daripada itu, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr.Harlina Halizah Siraj tampil membidas kenyataan Rozita melalui teguran ikhlas yang panjang lebar di bawah. 

Penulis berharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada empunya badan, malah kepada seluruh masyarakat secara keseluruhannya.


"Jangan paksa hati dan perasaan saya" - Erra Fazira

$
0
0
Erra Fazira rayu jangan paksa hati dan perasaannya - Tindakan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, mahu merujuk semula selepas hampir sebulan bercerai mendapat respon positif dari ramai peminat di laman sosial.

Sehingga semalam, kenyataan yang dimuatnaik Emran di laman Instagram miliknya menerima lebih 6000 likes sebagai tanda sokongan mereka agar dua insan ini disatukan semula demi anak tunggal mereka, Aleesya.

Bagaimanapun, Erra yang dihubungi Harian Metro menolak untuk memberikan sebarang ulasan kerana bimbang akan menyentuh hati banyak pihak. Katanya, hasrat bekas suaminya mahu kembali rujuk bukan perkara kecil tetapi turut membabitkan soal hati dan perasaan.

“Ini bukan perkara kecil dan ia membabitkan soal hati dan perasaan. Paling penting ia tidak harus dipaksa-paksa."

"Semua pihak harus bersikap adil dan saya perlukan ruang untuk melalui satu fasa hidup yang baru. Saya banyak diuji dan saya perlu memperkuatkan diri. Tiada perkara lain yang mahu saya fikirkan sekarang ini selain membesarkan Aleesya dengan cara seadil-adil dan sebaik-baiknya.”


Tambah pelakon Teater Suara Kita itu, apabila perkara ditimbulkan Emran itu mendapat maklum balas daripada umum, ia menyebabkan secara tidak langsung meletakkan dirinya dalam situasi tertekan kerana semua pihak cuba mengadilinya.

Gambar Zizan Razak peluk ibunya di harijadi ke-30

$
0
0
Gambar Zizan Razak peluk ibunya di harijadi ke-30 - Melalui laman Instagram kelab peminat Zizan, difahamkan kejutan hari ulangtahun kelahiran Zizan Razak telah dibuat di Restoran The Malt & Leaf dengan dihadiri oleh ahli keluarga Emma serta peminat setia pelawak itu.

Namun, perkara yang paling mencuri perhatian penulis ialah sekeping foto yang dimuatnaik menunjukkan Zizan memeluk seorang wanita iaitu ibunya di majlis tersebut. Wow, bijak sungguh Emma mengambil hati bakal ibu mertuanya pula ye.


Gambar Ana Dahlia dan kekasih mandi sabun di Thailand

$
0
0
Gambar Ana Dahlia dan kekasih mandi sabun - Difahamkan pelakon Ana Dahlia dan teman lelakinya, Ubai Zulkiflee telah bercuti di kota Bangkok, Thailand baru baru ini berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsikan mereka di laman Instagram masing-masing.

Pasangan ini memilih kota Bangkok sebagai destinasi bercuti bersempena dengan sambutan festival Songkran atau Tahun Baru Thai di seluruh Thailand yang jatuh sekitar 13–15 April setiap tahun. Mereka nampak bahagia bercuti bersama terutamanya ketika mandi sabun di sana.




Gambar Remy Ishak berpesta air di Bangkok, Thailand

$
0
0
Gambar Remy Ishak berpesta air di Bangkok, Thailand - Umum mengetahui, bekalan air di enam daerah iaitu Gombak, Petaling, Klang dan Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor terjejas teruk akibat tindakan catuan air sejak 25 Mac lalu.

Tindakan ini diambil kerana paras air di semua empangan Selangor turun secara mendadak melebihi paras rendah yang dibenarkan disebabkan kesan musim kemarau berpanjangan bulan lepas.

Namun begitu, pelakon kacak, Remy Ishak nampaknya mengambil kesempatan ini dengan menikmati pesta air di Bangkok, Thailand.




Menerusi foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram, Remy kelihatan cukup teruja bermain air bersama warga Thailand dan pelancong sambil menulis caption berbunyi "Tiada catuan. Simbahhhh!!" di salah satu gambarnya yang dimuatnaik beliau di laman Instagram miliknya.

Shah Jaszle biar Instagram jadi laman lucah tanpa tindakan

$
0
0
Shah Jaszle biar Instagram jadi laman lucah tanpa tindakan - Sejak laporan Shah Jaszle hanya memakai boxer ketika dicekup khalwat di sebuah apartmen Taman Sri Subang 16 Mei 2013, laman Instagram miliknya kini bukan sahaja menjadi tempat peminat melemparkan tomahan dan kritikan malah komen-komen lucah juga.

Di sebalik sikap mereka yang semakin keterlaluan dan memalukan aktor itu, Shah Jaszle seolah-olah hanya berdiam diri dan tidak langsung memperdulikan apa yang sedang berlaku di laman sosialnya.



Memandangkan Instagram Shah Jaszle dikunjungi hampir 45,000 orang pengikut yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, rasanya tidak elok jika ada kanak-kanak yang terbaca komen lucah berhubung alat sulit jejaka.

Bagi penulis, Shah Jaszle seharusnya perlu lebih peka dengan perkara ini serta bertindak cekap untuk memadam komen-komen negatif dan seterusnya menyekat pengikut berkenaan.

Wardina Safiyyah tegur ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook

$
0
0
Wardina Safiyyah tegur ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook - Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan. 

Sebelum ini, Wardina pernah berkongsi satu video berjudul KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan orang ramai sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga menghentam tindakan Wardina menegur Ustaz Don secara terbuka. Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.



Kisah sebenar kenapa Bella Dally terbuka hati berhijab

$
0
0
Kisah sebenar kenapa Bella Dally terbuka hati berhijab - Umum mengetahui pelakon sedang meningkat naik, Bella Dally telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sejak Rabu lalu.

Ini dibuktikan dengan beberapa keping gambar Bella bertudung yang dimuatnaik olehnya di akaun Instagram serta memadam kesemua foto-foto yang berimej seksi.

Ekoran berita mengejut tersebut, wartawan Utusan segera menghubungi pelakon berdarah kacukan itu untuk mendapatkan kepastian samada perkara tersebut benar-benar berlaku atau sekadar lakonan dalam drama.


Mari baca penjelasan panjang lebar Bella di bawah tentang bagaimana hatinya tiba-tiba terbuka untuk berubah ke arah kebaikan sehingga memilih untuk berhijab dalam sekelip mata.

"Sejak awal tahun lagi, Bella memang berhasrat untuk berhijab tetapi niat tersebut terpaksa ditunda memandangkan terlibat dalam penggambaran sebuah drama yang membawakan watak gadis tanpa tudung.

“Jadi, nanti saya tak nak orang kata sekejap bertudung, sekejap sudah hilang tudung. Lebih baik saya selesaikan dahulu penggambaran tersebut dan menetapkan pendirian saya. Isu pakai tudung ini bukannya sesuatu yang boleh dibuat suka-suka, tetapi perlu ikhlas dan berkekalan.

“Dua minggu lalu, selepas penggambaran tamat, saya mula buat persiapan untuk menunaikan hasrat itu. Alhamdulillah, Rabu lepas, apabila bangun tidur, terdetik untuk mencapai tudung ketika ingin keluar rumah.

“Saya boleh katakan semuanya ini kerana didorong oleh Allah. Apabila saya memuat naik gambar imej terbaharu ini dan berkongsi dengan ramai orang, Alhamdulillah saya mendapat maklum balas yang sangat baik. Peminat begitu menyokong dan memberi kata-kata semangat. Saya amat menghargai sokongan tersebut dan berharap diri ini mampu mengekalkannya selama-lamanya.

“Boleh dikatakan, hampir keseluruhan gambar lama saya tidak bertudung telah dikeluarkan daripada laman sosial saya. Kalau ada pun, mungkin di blog-blog dan internet. Itu di luar bidang kuasa saya.

“Itu adalah diri saya sebelum ini dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya daripada disiarkan. Biarlah ia menjadi sejarah dan saya cuba sedaya mungkin untuk tidak kembali dengan imej lama. Semoga saya akan selamanya bertudung."

Gambar Ramelle Ashram, adik Jejai dan bakal suami Tengku Azura

$
0
0
Gambar Ramelle Ashram, adik Jejai dan bakal suami Tengku Azura - Siapa masih ingat pelakon filem Bunohan iaitu Tengku Azura? Supermodel ini dikhabarkan bakal mengakhiri status ibu tunggalnya dengan seorang jejaka bernama Ramelle Ashram, adik kepada Jejai, suami Fasha Sandha.

Berita gembira itu dikongsikan dalam ruangan gosip tempatan forum.cari.com.my sebentar tadi di mana tarikh pasangan ini berkahwin masih tidak diketahui. Yang pastinya, mereka dikatakan sedang menempa baju-baju pengantin.






Video ceramah Ustaz Don Daniyal yang dipertikai Wardina Safiyyah

$
0
0
Video ceramah Ustaz Don Daniyal yang dipertikai Wardina Safiyyah - Tindakan model tudung tempatan, Wardina Safiyyah menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka di laman facebook mendapat pelbagai reaksi dari pengguna-pengguna laman sosial.

Semuanya gara-gara selepas menonton sebuah video KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL yang dimuatnaik oleh seorang wanita bernama Nur Puteri Dayana baru-baru ini. Dia kemudian meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula kandungan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.


Fizo Omar dedah 4 sebab tudung Fareeda dijual mahal

$
0
0
Fizo Omar dedah 4 sebab tudung Fareeda dijual mahal - Pelakon terkenal, Fizo Omar akhirnya mendedahkan empat sebab utama kenapa tudung jenama Fareeda dijual mahal berbanding jenama-jenama tudung lain di Malaysia.

Pendedahan ini dibuat selepas terlalu ramai individu mengecam dan mengkritik harga mahal yang dikenakan ke atas tudung jenama Fareeda di laman sosial tanpa mengetahui lebih terperinci kelebihannya.


1. Stok terhad - Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200

"Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi memndapatkan nombor giliran."– Fizo Omar

2. Kewujudan orang tengah dipanggil Reseller yang cenderung menjual semula tudung jenama Fareda pada harga tinggi mencecah RM300.

"Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi.”– Fizo Omar

3. Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif

"Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong." - Fizo Omar

4. Tudung jenama Fareeda lebih kepada wanita yang berkemampuan

“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan fesyen ikut kemampuan dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham.”– Fizo Omar

Sumber : Berita-Harian

Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina Safiyyah

$
0
0
Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina - Pemilik nama Ustaz Don Daniyal ialah antara pendakwah bebas yang terkenal di Malaysia kerana kelainan cara penyampaian beliau ketika berceramah. 

Pernah menuntut di Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir, Ustaz Don mula dikenali orang ramai ketika diberi peluang mengendalikan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di saluran TV AL-HIJRAH.

Antara karakter beliau yang turut menarik minat orang ramai dari pelbagai peringkat umur ialah kemesraannya bersama masyarakat selain seorang yang senang didekati, ramah dan tidak lokek dengan ilmu.



Berikut ialah ringkasan biodata Ustaz Don Daniyal yang pernah ditegur secara terbuka oleh Wardina Safiyyah baru-baru ini di laman Facebook :-

Nama : Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir : 14 November 1984
Umur : 29 tahun
Agama : Islam
Tempat lahir : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi : 171 cm
Berat : 56 kg
Pekerjaan : Pensyarah muda dan pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status : Berkahwin
Pasangan : Husna Zahry Rafie (kahwin 2012–kini)
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don : 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live