Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Wajah sebenar lelaki serupa UAI dalam video panas palsu

$
0
0
Wajah sebenar lelaki serupa UAI dalam video panas palsu - Baru-baru ini kita dikecohkan dengan penyebaran video panas Ustaz Azhar dengan seorang perempuan berdurasi 38 saat. 

Selepas video itu tersebar pelbagai tomahan telah dilemparkan kepada Ustaz Azhar Idrus ada juga yang tidak percayainya.

Kemudian orang ramai dengan Ustaz Azhar telah tampil menafikan sekeras-kerasnya video tersebut adalah ustaz Azhar dan mengatakan ada pihak tertentu cuba jatuhkan Ustaz Azhar dalam menyampaikan dakwahnya.

Ada juga mengatakan Video ini telah diedit oleh penyokong UMNO atau orang kuat UMNO dengan alasan Ustaz Azhar Pro PAS jadi mereka telah edit dan menfitnah Ustaz Azhar.

Tidak dapat dipastikan siapakah yang edit video tersebut dan menyebarkan fitnah ini yang pasti dalam video ini bukan Ustaz Azhar Idrus.


Berikut bukti yang dapat Admin Sertakan


Dalam gambar diatas terdapat perbezaan telingga Ustaz Azhar dengan Wajah yang diedit dalam video tersebut. 

Berikut dikatakan wajah lelaki sebenar dalam video panas yang tersebar.


Jadi kepada yang sebar fitnah ini anda terimalah balasanya nanti dosa dengan Allah boleh bertaubat Dosa dengan manusia selagi tidak mohon ampun tanggunglah akibatnya tambahan pula fitnah seorang ustaz yang menyampaikan ilmu agama.

Kepada rakan-rakan yang membaca dan melihat pendedahan ini mohon jasa baik anda share info ini menerusi button share yang disediakan dibawah mudah-mudahan dengan bantuan anda jenayah fitnah kepada UAI ini dapat diketahui Umun.

Sumber asal : BLOG BERITAHARIANN


4 Foto seorang artis jelita undang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah

$
0
0
Sabtu lalu telah berlangsung majlis pertunangan antara pelakon Sharifah Sakinah dan juga pilihan hatinya seorang juruterbang Aliff Adha Jamil yang telah diadakan di kediaman keluarga pelakon itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sharifah Sakinah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman. Pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan dan adat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Bercakap kepada mStar Online selepas selesai majlis, Sharifah Sakinah berkata yang beliau yakin walaupun perkenalan mereka singkat selama lapan bulan sebelum mengikat tali pertunangan namun Aliff Adha merupakan pilihan yang tepat buat dirinya.

“Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan dilalui dengan sempurna. Walaupun tempoh perkenalan hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama.”

“Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi,”
ujar Sharifah Sakinah.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015. Tahniah didahulukan buat kedua dua buah keluarga dan bakal pengantin.

Berikut ialah 3 keping foto seorang artis jelita yang cukup misteri sehingga mengundang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah kerana dikatakan amat menawan. Benarkah?






Inilah kata-kata Fazura bila TMJ kahwin Che Puan Khaleeda

$
0
0
Jumaat lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Majlis resepsi pasangan diraja ini akan diadakan pada 8 November nanti dengan dijangka kehadiran seramai 1,200 tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan hari bahagia kedua-dua mempelai.

Menariknya, memetik dari portal Gua, selebriti jelita, Nur Fazura yang merupakan kenalan TMJ tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dan mendoakan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat

"Sementara itu, Fazura juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkahwinannya dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, pada Jumaat.

"Fazura yang merupakan kenalan TMJ mengharapkan pasangan Diraja ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat,"
kata portal tersebut.



Sumber asal : BLOG KEDAHNEWS

3 Gambar jejaka kacak, didakwa kekasih baru Nad Zainal

$
0
0
Gambar jejaka kacak, didakwa kekasih baru Nad Zainal - Umum mengetahui pelakon bertubuh kecil, Nad Zainal telah putus cinta dengan Hefny Sahad selepas hanya menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan sahaja.

Kini, aktres berusia 24 tahun itu sudah kembali solo dan gosip terbaru mendakwa bekas kekasihnya, Azwan Kombos bersedia untuk menerimanya kembali. Begitupun, tiada respon dari Nad setakat ini.

Hari ini, tiga keping gambar Nad Zainal bergambar dengan seorang jejaka kacak mencuri tumpuan orang ramai. Kami terpaku seketika selepas melihat Nad selamba bergambar romantik dengan si lelaki kacak itu sambil berpimpin tangan.

Opps kejap !! Sebenarnya, kami gurau je. Jejaka ni bukanlah teman lelaki baru Nad Zainal. His is Ultraman. Just kidding yer.. Hehehe





Luahan menyayat hati Nurul Wahab isu bayi kandungan terlalu besar

$
0
0
Penyanyi Nurul Wahab memberitahu perasaannya mudah tergores dan emosi terganggu sejak hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama Eric Daniel Depp, 49.

Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata, dia mudah terasa hati dengan kata-kata terutama apabila menyentuh soal kandungannya yang semakin membesar.

"Kandungan sudah masuk enam bulan dan memang saya rasa kali ini saya cepat sangat terasa hati terutamanya dengan orang yang rapat di sekeliling saya.

"Mereka menegur tentang perkara-perkara yang sememangnya dilalui oleh seorang ibu mengandung apabila ditegur berkaitan perut yang kelihatan membesar atau sukar untuk melahirkan jika bayi terlalu besar.

"Kata-kata itu sangat menguris hati bukan sahaja pada saya tetapi pada ibu-ibu mengandung yang lain. Kalau boleh janganlah cakap perkara begitu kepada orang yang sedang mengandung,
" ujarnya kepada mStar Online.

Nurul kecewa apabila segelintir rakan-rakannya tidak memahami perkara tersebut dan menjadikan ia sebagai satu gurauan.

Artikel panas lain :Punca sebenar gambar seksi Tiz Zaqyah tertidur di lokasi penggambaran tersebar meluas

Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, Nurul berkata, dia sentiasa memerlukan seorang rakan yang mendengar luahan perasaannya bagi menghilangkan tekanan.

Dia juga tidak boleh tinggal bersendirian di rumah berikutan sering melayan emosi terutama ketika suami bekerja.

"Biasanya jika berkecil hati saya akan luahkan rasa itu kepada orang lain supaya perasaan sedih itu hilang. Saya tidak boleh duduk sendirian di rumah sebab saya akan fikir perkara-perkara yang emosi," ujarnya kepada mStar Online.


Video pekerja taska pukul dada bayi kecil kerana enggan minum ubat

$
0
0
Jom tengok video pekerja taska pukul dada si bayi kecil kerana enggan minum ubat. Adakah tindakan sedemikian wajar dilakukan ke atas kanak-kanak yang masih terlalu kecil? Kami hanya mampu menggeleng kepala.



Rupanya inilah 2 foto yang sebabkan Rita Rudaini dan Remy Ishak digosip bercinta

$
0
0
Hanya kerana sekeping gambar Rita Rudaini bersama anak saudara Remy Ishak dimuatnaik ke akaun Instagram pelakon lelaki itu, ada pula timbul khabar angin yang mengatakan pasangan itu sudah mula bercinta nyata ianya hanya rekaan dan impian peminat.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Rita Rudaini sendiri mengakui yang beliau kurang senang dengan gosip yang sedang diperkatakan ramai ini.

“Maruah saya diperlekeh bila orang luar komen macam-macam. Tahu sajalah status janda ni orang mudah fitnah macam-macam sesuka hati mereka. Kenapa pula isu ini (bercinta dengan Remy) timbul tiba-tiba dan mengapa sekarang?”

“Sedangkan saya sudah kenal Remy dan pernah berlakon bersama beberapa kali sebelum ini tapi tak ada pun orang nak gosipkan. Hanya kerana saya kebetulan bergambar dengan anak buahnya di lokasi tiba-tiba orang tuduh kami bercinta. Kelakarlah dan tak masuk akal,”
ujarnya.

Sementara itu, Remy Ishak menerusi akaun Twitter beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati hati dengan satu akaun Facebook palsu yang digunakan untuk meninggalkan komen negatif di internet melibatkan dirinya dan Rita Rudaini.

Remy Ishak berkata beliau tidak mempunyai sebarang akaun Facebook. Gigih juga rupanya orang yang berusaha untuk melaga-lagakan dua selebriti ini - PORTAL ROTIKAYA




Gambar wajah sebenar awek baru Mamat Sepah

$
0
0
Tak sangka pula bekas pelawak dari kumpulan Sepah, Mamat sudah mempunyai kekasih baru yang lebih jelita, cukup seksi dan menawan.

Mungkin inilah antara kelebihan seorang artis yang bergelar pelawak. Mudah didekati wanita-wanita untuk dijadikan kekasih hati. Contoh paling dekat ialah Tauke Jambu yang sering bertukar-tukar kekasih dan pernah bercerai tiga kali.

Nak tahu lebih detail pasal si Mamat Sepah ni, mari baca biodata ringkas beliau di bawah. Jangan lupa tengok wajah sebenar awek baru Mamat dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Nama penuh: Mohd Noor Bin Murad
Nama Panggilan: Mamat
Umur: 26 tahun
Asal: Kulai, Johor
Raja Lawak: Musim ke-3
Drama/Telemovie/Filem: Telemovie: Bujang Sepah Si lalalitampom, Burger Layan Diri dan Ibu Mee Segera
Pencapaian: Juara Raja Lawak musim ke-3, Juara Maharaja Lawak 2011




5 Foto ketat diva Kris Dayanti bikin Hafiz Suip

$
0
0
Diva Indonesia Kris Dayanti atau lebih mesra dengan singkatan namanya KD telah menjawab teka teki pasangan yang bakal berduet bersamanya di Konsert Kris Dayanti Live di KL 22 November ini apabila Hafiz Suip telah dipilih oleh pihak pengurusan dan Kris Dayanti sendiri.

Hafiz Suip bakal menjadi pasangan duetnya pada malam tersebut seterusnya menyanyikan 3 buah lagu termasuk 2 lagu duet dan solo. Dia yang buat pertama kalinya bertemu Hafiz di sidang sedia yang diadakan di Royale Chulan yakin dan optimis bahawa penyanyi muda itu mampu untuk menggalas cabaran ini di konsertnya yang akan diadakan di Plenary Hall, KLCC.

“Saya baru pertama kali bertemu dengan Hafiz dan saya tahu dia bagus kerana menang anugerah di APM bersama dengan Rossa. Selain itu juga, saya pernah mendengar rakamannya di Jakarta. Melihatkannya dia seorang yang sopan sangat menghormati orang-orang di sekelilingnya”

“Saya yakin pasti ada magnet dan energi positif pada dirinya yang mampu membuatkan dewan konsert pada malam itu terpegun atas persembahan-persembahan yang akan dilangsungkan. Malah peminat-peminat dia juga mungkin akan datang untuk menyaksikan dia dan saya beraksi pada malam konsert itu nanti,”
katanya yang penuh teruja.

Kris Dayanti juga akan menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti, Mencintaimu, Pilihlah Aku dan banyak lagi, dalam modulasi yang berbeza atau diberikan nafas yang baru mengikut edaran masa terkini. Dia juga akan menyanyikan lagu Learning From Love iaitu lagu yang cukup bermakna sekali pada dirinya, kerana lagu itulah membuatkan dirinya bergelar juara Asia Bagus sekitar 90an.

Sementara itu, umum mengetahui Kris Dayanti merupakan artis yang seringkali juga dikaitkan dengan kontroversi dan disebabkan itulah penyanyi bersuara lunak ini tidak pernah peduli untuk mengambil pusing atau membalas semula kenyataan-kenyataan tersebut.

Baginya dia lebih suka untuk bersikap terbuka dan berkongsi apa sahaja kepada peminatnya.

“Saya tidak kecil hati, lagipun saya bukan seorang yang tipikal orang seperti itu. Mungkin suami saya panas baran sedikit. Karakter saya seperti itu, saya suka sifat keterbukaan, tapi jangan disalahertikan pula,” katanya ringkas.

p/s : Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh PORTAL ROTIKAYA






2 Gambar seksi Farahdhiya jumpa ultraman

$
0
0
Sekali sekala tengok Farahdhiya ni memang jatuh hati. Dahlah putih melepak, cantik pula tu. Tapi, lama betul tak dengar berita pelakon dan penyanyi jelita ni kan?

Sesekali kami jengah juga laman Instagram Farahdhiya. Menerusi pengamatan kami, sebenarnya banyak juga aktiviti yang dilakukan si cantik ini bersama teman-teman rapatnya.

Tapi, yang paling menarik perhatian kami adalah foto Farahdhiya diapit Ultraman. Memang sempoibaq hang!

Wahh, bertuah betul jadi Ultraman, dapat jumpa Farahdhiya di Pavilion. Kami ni, mampu intai di Instagram je untuk mengubat rindu. Nasib baik Malaysia tak ada raksasa, kalau tak mana sempat nak bergambar kan? Haha!

Tapi, kami lihat makin cantik tertarik kau memang da bomb pula badan Farahdhiya ni. Dah saing-saing Che Ta uols. Tak percaya? Korang tengoklah sendiri.

Mungkin faktor baju yang melekat ditubuh Farahdhiya menampakkan lagi susuk tubuhnya yang langsing itu kot.

Apapun, buat korang yang merindui lakonan Farahdhiya, jangan lupa saksikan drama terbaru lakonannya iaitu Cahaya Dihujung Nyawa yang bakal disiarkan di Hypptv tak lama lagi.

Sumber : Portal ohbulan



7 Foto romantik Hafiz Suip dan kekasih bercuti di Perth, Australia

$
0
0
Baru baru ini ada muncul khabar angin yang mengatakan Hafiz Suip telah terbang bercuti ke Perth di Australia bersama kekasihnya. Bertemu penyanyi ini di sidang media Konsert LIVE Kris Dayanti semalam, beliau tidak menafikan perkara itu.

“Sebenarnya saya pergi ke sana bercuti sambil bekerja. Tujuannya adalah mengikuti ayah (kekasih) melawat projek yang diusahakan di sana. Sambil itu juga kami menyambut ulangtahun kelahiran ibunya (Kekasih) di sana sekali. Selama 4 hari berada di sana,” jelas Hafiz Suip.

Nyata Hafiz Suip bukan pergi berdua sahaja dengan kekasihnya itu seperti yang didakwa beberapa sumber namun jika sudah diundang bercuti bersama bakal keluarga mertua, bilakah agaknya bakal berlangsung majlis perkahwinan penyanyi popular ini?

Hafiz Suip berkata tiada sebarang tarikh atau persiapan yang dilakukan ke arah perkahwinan atau pertunangan. Baginya biarlah kekasihnya itu menamatkan pembelajarannya sekitar tahun 2016 dan bergelar seorang akauntan. Mungkin akan bertunang pada tahun hadapan.

“Saya tak mahu mengganggu privasinya dia. Biarlah dia habiskan pelajaran dia dahulu dan apabila dia sudah bersedia barulah kita akan ke peringkat yang seterusnya. InshaaAllah akan bertunang pada tahun hadapan. Sekiranya jodoh sudah sampai saya sudah bersedia,” ujarnya.

p/s : Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh PORTAL ROTIKAYA








Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Ilmu, Kelantan menakjubkan

$
0
0
Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Ilmu, Kelantan menakjubkan - Biarpun dikaitkan dengan video seks individu mirip beliau, namun penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetap menjadi perhatian dan diterima masyarakat.

Ini terbukti apabila kuliah Jumaat yang disampaikan beliau di Dataran Ilmu mendapat sambutan hebat daripada rakyat Kelantan dengan kehadiran hampir 10,000 peminat dari seluruh pelosok negeri itu.

Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan UAI berhubung video seks yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini gagal, setelah dihalang pihak keselamatan.

Baru-baru ini peminat UAI digemparkan dengan penyebaran sebuah rakaman video memaparkan adegan di atas katil membabitkan seorang lelaki mirip beliau dengan seorang wanita - SINAR HARIAN.


Gambar Siti Saleha di Halloween Party yang menyeramkan

$
0
0
Nampaknya, Halloween Party yang biasa disambut di negara Eropah kini mula mendapat tempat di kalangan artis-artis Malaysia dewasa ini.

Tahun lepas sahaja, ramai artis turut terlibat sama dan tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berseronok di dalam parti ini. Tak percaya, korang tengok sendiri gambar Siti Saleha di bawah. Memang seram pula di buatnya, tak gitu?


Fesyen ketat Siti Nurhaliza tampil mengancam dengan baju kurung

$
0
0
Sejak mengambil keputusan untuk berhijab penuh pada Januari tahun lalu, penampilan Dato' Siti Nurhaliza tampak semakin cantik dan anggun pada pengamatan kami.

Tanpa terpengaruh dengan fesyen-fesyen singkat yang sering ditampilkan kebanyakkan artis lain, Siti lebih selesa untuk menggayakan baju-baju kebaya yang tidak begitu ketat untuk disesuaikan dengan tudung labuh rekaannya.

Bagaimanapun, penampilan Datuk Siti Nurhaliza untuk menghiasi muka depan majalah Media Hiburan agak berbeza. Beliau tampil dengan baju kurang ketat mengikut bentuk yang amat mengancam.



Giliran Erra Fazira Official Fanpage dihack

$
0
0
Giliran Erra Fazira Official Fanpage dihack - Selepas fanpage Nur Fazura dihack beberapa hari lalu, tiba giliran Erra Fazira Official Fanpage di laman Facebook pula dihack. Kerja siapa la agaknya ni. Dah macam trend artis pula akaun laman sosial dihack.

Berita ini diperoleh menerusi laman Instagram Erra sendiri yang meminta pengikut dan peminatnya untuk unlike page berkenaan.

Kalau nak tahu, ada satu post yang menunjukkan suatu yang mustahil akan dimuat naik atau dikongsi oleh Erra. Apalah orang sekarang ni. Tak suka duduk diam agaknya. Dah banyak sangat kemahiran dan ilmu macam ni pula jadinya, hmmm.

 Semoga para hackers sekalian akan sedar daripada kesilapan yang anda lakukan. Baru je suka-suka tengok Gambar pose anak Erra Fazira Meletop, timbul pulak pasal berita yang tak gembira macam ni. Semoga Erra Fazira tabah dengan dugaan ini.




p/s : Semua screenshot dan tulisan artikel milik penuh BLOG GOSIPMALAYSIA


Lagi 3 foto artis-artis malaysia sambut Parti Halloween

$
0
0
Susulan Parti Halloween yang disertai beberapa artis malaysia baru-baru ini, ada forumer di mforum.cari memberikan luahan sedih berikut :-

"Sedih chuolz bangsa eropah berhalloween bangsa asia susur galur melayu jawa boyan kedah klantan siam pattani menganut agama samawi islam + bangsa2 lain di asia africa sibuk nak berkostum pelbagai.. Nak celebrate pun tak tahu. Janji orang putih buat dia pun bergigihan mahu buat sama, dengan harapan orang 'errr hilir nya family uols..'

tapak kaki lah selayaknya. Komen ini juga dituju kepada non muslim cina bukit cina prc india pari india brahmin rohingya thailand pinoys dan sebagainya."

Komen-komen lain pula korang boleh baca sendiri di forum berkenaan. Jom lihat tiga keping gambar menarik sekitar sambutan parti berkenaan.






Gambar dan video bayi Rozita Che Wan selamat bersalin

$
0
0
Menerusi laporan blog rotikaya sebentar tadi Zain Saidin memaklumkan yang isterinya Rozita Che Wan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan keadaan kedua-dua mereka sihat.

Jom tengok gambar dan tonton video pendek ucapan syukur Zain Saidin di bawah. Korang kena scroll down kat bawah yer. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga terus diberkati.

Ini pula ialah kenyataan dari laman instagram officialhlive :-

"@therealzainsaidin memanjatkan kesyukuran atas kelahiran cahaya mata perempuannya pukul 2.18 petang tadi. Bayi dan ibunya, @rozitachewan1 berada dalam keadaan sihat. Tonton @officialhlive pukul 8.30 malam ini untuk berita lanjut."



p/s : Gambar dan video diambil dari laman Instagram officialhlive

Sebab sebenar Rozita & Zain enggan dedah wajah anak perempuan mereka

$
0
0
Sebab sebenar Rozita & Zain enggan dedah wajah anak perempuan mereka -"Kalau diikutkan hari ini (1 November) adalah tarikh yang dicadangkan doktor untuk dia bersalin. Sebaik tiba di hospital doktor kata dia sudah boleh bersalin dan terus ditahan," kata Afeeq Abdul Wahab, pengurus kepada Rozita Che Wan.

Mengenai kelahiran bayi perempuan pelakon dan pengacara itu, ia dilahirkan pada jam 2.18 petang tadi di KPJ Ampang Puteri.

Afeeq yang dihubungi berkata, pihaknya tidak menyangka proses bersalin Rozita, 41, berjalan dengan lancar dan teratur.

"Macam tak percaya saja sebab semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Malah pagi tadi sebelum ke hospital kami sempat sarapan nasi lemak dan bergurau macam biasa.

"Dia menunggu dalam bilik bersalin lebih kurang lima jam dan bersalin secara normal. Alhamdulillah Rozita dan bayi selamat dan okey," katanya.

Bayi perempuan yang masih belum diberikan nama itu adalah anak pertama Rozita hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin.

Sebelum ini, Rozita turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan lalu.

Pada pertengahan bulan lalu, kekecohan timbul semalam apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mempersoalkan relevan disebalik keputusan hospital itu untuk menaja kos bersalin golongan artis yang berkemampuan berbanding membantu kos perubatan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Dalam kenyataannya kepada Harian Metro, Rozita berharap isu penajaan itu tidak disensasikan kerana ia adalah rezeki dan peluang yang dihargainya atas kepercayaan diberikan hospital berkenaan.

Afeeq berkata, Rozita masih ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan keluar dalam masa sehari dua.

"Rozita tak dibenarkan untuk diganggu dan dia masih berehat di hospital. Tapi mungkin hanya sehari dua saja.

"Buat masa ini kami tak dapat dedahkan dulu gambar bayi sebab dah ada perjanjian eksklusif dengan pihak Astro," katanya - HARIAN METRO.


4 Foto wajah bayi perempuan Rozita Che Wan & Zain Saidin

$
0
0
Sebentar tadi wajah comel kiut miut anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah disiarkan melalui rancangan HLive! Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat selepas kelahiran pada jam 2.18 petang tadi. Malah, wajah Che Ta nampak berseri-seri selepas kelahiran bayinya.

Untuk pengetahuan anda, nama bayi Che Ta dan Zain hanya akan didedahkan pada rancangan HLive! minggu hadapan. Tak sabar rasanya menantikan nama anak Che Ta, pastinya glams. Sekali lagi tahniah diucapkan! - BLOG BEAUTIFULNARA.






Luahan hati TMJ sebaik JDT kalah kepada Pahang di Final Piala Malaysia 2014

$
0
0
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya memenangi Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim kerana telah berusaha sedaya upaya mereka. Dan tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Johor kerana sentiasa setia bersama pasukan walau apa rintangan mendatang. Terima kasih kerana bersatu sebagai rakyat Johor dan memberi sokongan kepada pasukan kebanggaan dan kesayangan kita.

Kepada rakyat Johor sekalian,

Peristiwa yang lalu tidak dapat diubah, tetapi kita mampu mempengaruhi masa depan. Kejayaan bukan diukur dengan kedudukan seseorang itu, tetapi dengan segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Musim ini merupakan satu musim yang baik untuk JDT. Tentunya ia lebih hebat sekiranya kita menang pada malam ini, tetapi kita perlu terima keputusan ini dan terus maju kehadapan, kerana hidup mesti diteruskan. Kita telah berusaha terlalu gigih dan terlalu lama untuk membiarkan sesuatu menjadi penghalang bagi mencapai matlamat yang kita idamkan. Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.

Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan, dan seperti yang saya selalu katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama. Marilah kita terus bersyukur dan kekal positif. Jangan dinilai hari kita dengan apa yang dituai, tetapi dengan benih yang disemai.

Sayangilah orang yang tersayang, hargai apa yang kita miliki, dan teruskan hidup.

Hidup Johor Demi Johor

Jumpa lagi di musim hadapan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.


Sumber asal : JOHOR Southern Tigers

Viewing all 4594 articles
Browse latest View live