Quantcast
Channel: PLBGAI MACAM
Viewing all 4594 articles
Browse latest View live

Sebab sebenar 4 beradik ditemui berkeliaran di Sibu Jaya

$
0
0
Empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau di sebuah restoran di Sibu Jaya petang Sabtu lalu difahamkan keluar dari rumah tanpa kebenaran, bukannya dihalau ibu bapa angkat mereka sebagaimana yang tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini, membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.

Katanya, semua kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah sebelum wanita berkenaan keluar, tetapi sebaik pulang mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji dipecahkan.

"Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.

"Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga. Mereka ditinggalkan tanpa penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya.

Namun pihak berwajib kini sedang menyiasat dengan terperinci apa yang berlaku di khuatiri ada unsur-unsur penderaan dan sebagai nya.

Kanak ini kini ditempatkan di Hospital Sibu dibawah pengawasan pihak Hospital kes ini dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sibu.

Diharap 4 beradik ini mendapat pembelaan sewajar nya dan apa yang berlaku kepada mereka di siasat dengan teliti.



Foto percutian Fizo Omar dan Mawar yang serba mewah

$
0
0
Diam tak diam rupanya sudah setahun usia perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ni kan? Masih terbayang-bayang lagi dalam ingatan kami kemeriahan majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar pada tanggal 10 November tahun lalu.

Seperti kebanyakan pasangan lain, sudah pasti tarikh istimewa tersebut akan diingati dan disambut setiap tahun. Masa ni lah nak mengimbau kenangan suka duka selama bergelar suami isteri kan.

Mesti anda semua tertanya-tanya di manakah destinasi mereka menyulam cinta kali ini kan? Khabarnya percutian sempena anniversary mereka ini ala-ala orang kaya. Wahh!

Bila melihat laut yang secantik itu, kami sangkakan pasangan ini ke Pulau Maldives. Rupa-rupanya, pulau di Malaysia ni pun boleh tahan cun!

Sebenarnya, pasangan merpati ini sedang menikmati percutian mereka di Pulau Langkawi dan mereka dikatakan menginap di Four Seasons Resort Langkawi.

Kalau tak salah kami, hotel tersebut bertaraf lima bintang dan harga paling murah untuk menginap di sana adalah kira-kira RM 2,500++ untuk satu malam.

Namun, dengan berkat perniagaan burger Fizo yang semakin membesar dan juga empayar tudung Fareeda yang kukuh, kami rasa tidak salah kirannya mereka mahu berbelanja besar sekali-sekala kan? Jom kita tengok video dan foto di bawah.

p/s : Semua gambar & tulisan artikel milik penuh PORTAL OHBULAN








Lisa Surihani nak berehat selama sebulan

$
0
0
Pelakon yang juga isteri kepada Yusry KRU, Lisa Surihaini memberitahu bahawa dia mahu berehat seketika dan akan bercuti bersama-sama keluarga serta kenalan rapatnya pada bulan Disember sehinggalah awal tahun depan.

Lisa Surihani juga merancang yang dia akan ke Pulau Pinang bersama keluarganya turut akan ke Phuket bersama-sama kenalan terdekat untuk bercuti.

“Saya akan berehat dan nak luangkan masa dengan keluarga. Sekarang nak bercuti masih ada komitmen. Saya minta cuti sebulan daripada Astro untuk berehat. Pada cuti yang lepas iaitu awal tahun 2014 saya ke London dan Florida,” katanya yang ditemui semasa majlis tayangan super telefilem Strawberi dan Karipap Sesat di Paris.

Pada tahun ini, Lisa telah merancang untuk bercuti ke Pulau Pinang bersama dengan keluarga terlebih dahulu sebelum terbang ke Phuket pula. Bagi keluarganya sendiri sudah menjadi rutin untuk mereka keluar melancong dan menyambut tahun baru bersama.

“Saya akan ke Pulau Pinang bersama keluarga terlebih dahulu dan kemudiannya akan ke Phuket pula selepas itu. Di sana aktiviti akan dirancang oleh mak cik saya dan saya akan ke pulau yang terdekat,” katanya yang begitu teruja untuk bercuti.

Lisa turut menceritakan yang dia dan Yusry pernah bercuti seketika tetapi hanya di Kuala Lumpur dengan menaiki teksi dan bermalam di hotel berhampiran KLCC. Walaupun mengambil masa yang sekejap dan hanyalah di Kuala Lumpur tetapi mereka berdua begitu gembira dan teruja sekali.

Sumber asal : PORTAL ROTIKAYA


Ini sebab utama Raja Azmi nekad bercerai dengan suami

$
0
0
"Tapi, apa boleh buat. Saya sudah berusaha tapi ini sajalah jalannya (bercerai). Apa yang saya lakukan ini bukanlah di atas kehendak saya, tapi demi kebaikan Raja Azmi, saya terpaksa lakukan," katanya kepada Portal Murai.

Jelas Eddie lagi, dia sudah pun memaklumkan kepada pihak keluarganya tentang keputusan mereka untuk bercerai di Mahkamah Syariah Hulu Kelang pada petang ini.

"Seperti saya, mereka juga sedih terutama ibu bapa saya. Kalau boleh mereka tak mahu tengok saya dengan Raja Azmi bercerai dan mengharapkan agar kami dapat bersatu semula.

"Lagipun kedua-dua ibu bapa saya memang amat menyenangi dan menyayangi Raja Azmi. Tapi, oleh kerana ini (bercerai) adalah kehendak Raja Azmi sendiri, maka mereka pun terpaksa akur dan meminta saya melepaskan Raja Azmi secara baik.

"Dalam waktu yang sama, mereka masih mengharapkan agar kami dapat kembali. Dan, suatu hari, kalau ditakdirkan kami rujuk balik sebagai suami isteri, mereka juga masih mahu menerima Raja Azmi sebagai menantu mereka,"
katanya.

Raja Azmi mendirikan rumahtangga dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 di Laman Beringin, Istana Budaya. Mula berkenalan pada 15 Februari tahun lalu sewaktu menonton showcase kumpulan NRG, Raja Azmi dan Eddie kemudian menjalinkan hubungan cinta hingga mengikat tali pertunangan pada 15 Julai tahun yang sama, diikuti dengan majlis pernikahan dan resepsi penuh meriah yang bertemakan garden wedding.

Menurut Raja Azmi lagi, dia sudah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya tetapi akhirnya dia terpaksa akur bahawa perceraian adalah satu-satunya jalan yang tinggal.

Kemelut Raja Azmi dengan Eddie bermula selepas wujudnya perselisihan faham di antara mereka yang berpunca daripada Raja Azmi sendiri apabila keluar dari rumah dengan tidak meminta izin suami.

Mengakui bersalah di dalam hal ini, namun Raja Azmi akui tidak dapat menerima cara teguran Eddie terhadap dirinya yang disifatkannya sebagai sedikit keterlaluan serta melukai hati kecil wanitanya.

Sejak tercetusnya perselisihan tersebut, Raja Azmi dan Eddie berpisah rumah sejak hujung bulan Ogos yang lalu sehinggalah ke saat ini. Beberapa perbincangan untuk memulihkan rumahtangga mereka telah dilakukan, namun ia menemui jalan buntu.


Raja Azmi telah pun memfailkan perceraiannya dengan Eddie di Mahkamah Syariah Hulu Kelang dan lafaz cerai mereka bakal dilakukan di mahkamah syariah pada petang ini. - PORTAL MURAI.


11 Foto terbaru Ummi Nazeera paling mengejutkan

$
0
0
Pergh.. Ummi Nazeera sejak bertudung ini sememangnya makin jelita, menawan dan membuatkan ramai jejaka jatuh cinta. Memang sedap sangat mata memandang. 

Maka beruntunglah si lelaki yang bakal menjadi suami pelakon hebat ini. Tak sabar rasanya nak menunggu saat itu. Nak tahu juga jejaka manakah yang berjaya mencuri hati Ummi Nazeera.

Ummi Nazeera ini bila tersenyum memang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Apapun, Ummi Nazeera sejak kebelakangan telah mula menghadiri majlis-majlis hiburan seperti Anugerah Skrin 2014 dan Konsert EH!. 

Adakah Ummi akan kembali berlakon semula? Rindu juga sebenarnya nak melihat kelibat lakonan Ummi. Pada pendapat kami, Ummi antara pelakon yang amat berbakat.

p/s : Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh BLOG BEAUTIFULNARA













10 Foto sekitar proses Raja Azmi dan Eddie CRK bercerai di Mahkamah

$
0
0
Perkahwinan yang baru menjangkau usia setahun sebulan antara penerbit filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman dan suaminya Mohd Eddie Ghazali akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini sebentar tadi.

Mohd Eddie, 46, yang sebak melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Raja Azmi, 55, semalam.

Raja Azmi memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shaiful Azli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Gombak Timur dan sijil nikah dibatalkan.

Raja Azmi hadir memakai baju kurung pucuk pisang dan berselendang hitam manakala Mohd Eddie memakai kemeja ungu dan berseluar hitam.

Pada prosiding itu, Mohd Eddie tidak diwakili peguam manakala Raja Azmi diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.

Mereka hadir bersama-sama dengan menaiki sebuah kereta pada jam 2.30 petang - Harian Metro

p/s : 7 Keping gambar tersebut diambil dari Murai Batu











3 Foto pertunangan Sam Bunkface dan Aida Azira

$
0
0
Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam akhirnya mengaku sudah mengikat tali pertunangan dengan Aida Azira Hussin, 27, seorang penerbit rancangan di TV3 pada 6 Oktober lalu.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, majlis pertunangan itu berlangsung secara sederhana di kediaman wanita berkenaan di Masjid Tanah, Melaka dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

"Kami sudah selamat bertunang sebulan yang lalu dan majlis itu dibuat secara sederhana kerana sebenarnya rancangan awal kami datang ketika itu hanya untuk merisik.

"Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan,"
katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran muzik video Malam Ini Kita Punya di pejabat Sony Music Malaysia, petang ini.

Sam dan Aida berkenalan selama empat tahun sebelum mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih dua tahun kemudiannya.

Sam berkata, pengakuan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan khabar angin yang tidak tepat mengenai hubungan mereka.

“Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya.

"Kasihan juga pada Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan ramai pihak,"
katanya - Harian Metro.




11 Foto adat merenjis kepulangan bayi kedua Fasha Sandha

$
0
0
Gambar menarik anak Fasha Sandha dan Jejai iaitu Putri Raysha Jemaima yang disambut secara adat oleh ibu mertua Fasha.

Putri Raysha telah disambut dengan renjisan air mawar dan ditabur dengan beras kunyit ketika masuk ke rumah mertuanya itu. Selain itu, bayi tersebut juga telah diberi merasa air zam zam, kurma, gula, garam dan asam.

Paling menarik, ibu Jejai juga telah memberi nama tersendiri buat puteri Raysha iaitu Cahaya Murni.

Namun bagi yang masih tertanya-tanya mengenai makna nama Putri Raysha Jemaima, ini kata Fasha:-

"Ramai bertanya tentang maksud nama my baby, Putri Raysha Jemaima adalah nama dalam bahasa Arab yang Membawa maksud Putri -Puteri Raysha-Pemimpin Jemaima-Salah seorang daripada 3 anak Nabi Ayub yang paling cantik. Lama juga ibu and dada fikir nama untuk baby, Alhamdulillah dapat nama ini. I got my 12th day old pic from mama. She said Raysha got my eyes and lips." - BLOG MYARTIS.













5 Foto Ashraf Sinclair & isteri sambut upacara Vow Renewal

$
0
0
Akhir bulan lalu kami ada berkongsi dengan anda semua beberapa keping foto terkini Ashraf Sinclair bersama keluarga bahagianya.

Menerusi foto tersebut, ramai yang memuji kecantikan isterinya, Bunga Citra Lestari yang nampaknya semakin cantik mengalahkan anak dara.

Namun, baru-baru ini mereka menerima kecaman yang hebat daripada followers Instagram kerana dipercayai melakukan upacara ‘vow renewal‘ semasa anniversary perkahwinan mereka keenam yang diraikan di Bali.

Berikut merupakan ‘vow renewal’ Ashraf buat isterinya;

"There is no dark corner of your heart I will not explore, no flaw or feature too frightening to know – there’s no depth to which I dare not go, for you, my love, are a universe. And I mean to inhabit all of you” -Beau Taplin #vow #vowrenewal #ashrafandbunga #ashrafsinclair #bungacitralestari #anniversary #bali."

Buat mereka yang tak tahu, ‘vow renewal’ ini kebiasaannya dilakukan oleh pasangan suami isteri di barat yang mahu memperbaharui ikrar perkahwinan mereka.

Dek kerana itu, ramai yang menyelar tindakan pasangan terbabit malah mempersoalkan kewajaran mereka untuk melakukan upacara tersebut sedangkan mereka beragama Islam.

Hurm, kami rasa mungkin mereka mempunyai penjelasan tersendiri berkenaan hal ini kan. Jadi, lebih baik kita mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber asal : Ohbulan& Hotlips







Nora Danish nafi putus cinta dengan Nedim Razak

$
0
0
Duta baru produk Safi Rania Gold, Nora Danish menjelaskan yang hubungannya bersama Nedim Nazri masih seperti sedia kala dan menafikan apa yang diperkatakan oleh orang ramai mengenai gambar di laman sosial Instagramnya yang berkapsyen The End yang bermaksud dia telah putus hubungan bersama kekasihnya itu.

Tetapi apa yang menghairankan di sini, dia tidak mengetahui langsung akan perkara tersebut dan apabila diajukan soalan ini dia hanya mampu tergelak sambil tersenyum sahaja.

“Saya tak perasan patutlah komen- komen kat Instagram tanya betul ke saya dah break. ‘The End’ itu bermaksud ‘The End of That Night’, mungkin orang salah faham. Apa yang penting di sini saya tidak akan meluahkan perasaan di media sosial sekiranya ‘break’ atau bergaduh.”

“Cuma saya guna kapsyen di media sosial untuk luahkan rasa rindu terhadap Rayqal bila kadang kadang dia tinggal di rumah lain,”
jelasnya sambil ketawa.

Nora turut memberitahu bahawa Rayqal kini sudah masuk ke darjah satu di sekolah antarabangsa. Dia sebagai seorang ibu agak berdebar kerana melihatkan anaknya yang sudah membesar. Baru-baru ini apa yang mencuit hati Nora apabila putera sulungnya itu meluahkan hasrat mahukan adik.

“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibubapa memantau prestasi anak-anak setiap hari”

“Jadi saya boleh tahu apa kerja sekolah dia hari ini dan begitu juga dengan pelajaran mana yang dia mahir dan sebaliknya. Dia juga ada suruh saya melahirkan seorang bayi. Katanya dia mahu adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,”
katanya sambil tersenyum.

Selepas pulang dari penggambaran video klip bersama Nomad di Bali, kini dia dilantik pula menjadi duta kepada produk kecantikan ternama Malaysia Safi Rania Gold. Sebelum ini selebriti terkenal yang pernah menjadi duta ialah Rozita Che Wan.






Sebab sebenar Nora Danish diminta peminat jangan pakai baju

$
0
0
Apa perasaan korang jika gambar yang di muatnaik di laman sosial tiba-tiba dijadikan bahan komen lucah orang lain? Adakah korang sedih, trauma atau gembira?

Mesti korang tak suka kan? Iyalah, foto yang dimuatnaik bertujuan untuk dikongsi, bukan menaikkan berahi. Haa, situasi inilah yang sering melanda selebriti tempatan termasuklah Nora Danish.

Terbaru, Nora disuruh tidak memakai baju dek kerana sebuah foto yang di muat naik ketika majlis perlantikannya sebagai duta produk Safi Rania.

Lebih memeranjatkan, ada beberapa pengikut Instagram yang turut memberikan komen lucah terhadap ibu tunggal ini. Hinggakan model yang berdiri dibelakang Nora pun terkena tempiasnya.

Ish, kami pun tak faham dengan mentaliti sesetengah masyarakat, kot iya pun ingin menegur, rasanya ada perkataan yang lebih sopan untuk digunakan. Betul tak?

Iyalah, selebriti pun manusia juga, tak lari dari melakukan kesilapan. Jadi, nasihat kami, kan lebih elok jika kita meninggalkan komen yang baik dan sopan pada foto-foto yang dimuat naik oleh selebriti.

Apapun, kami pasti Nora wat lek wat peace je dengan semua ini. Yang penting Nora enjoy! - PORTAL OHBULAN.



3 Foto pra-kahwin Yaya Maembong & Wan Raja

$
0
0
Pelakon, Wan Raja, 37, amat bersyukur dan teruja kerana majlis perkahwinannya akan ditaja lebih RM200 ribu daripada butik perkahwinan iaitu Putree Bridal.

Wedding Studio pula dengan berbesar hati akan menaja sesi fotografi untuk majlis perkahwinan dan pernikahan mereka.

“Alhamdulilah kesemua persiapan majlia perkahwinan kami hampir selesai, cuma urusan di Pejabat Agama Islam Selangor masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.”

“Inshaa Allah, ia akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat sebelum menjelangnya majlis perkahwinan kami pada 12/12/2014,”
kata Wan Raja ketika dihubungi Murai.

Menurutnya, dia tidak menyangka akhirnya bakal berkahwin jua dengan Yaya Maembong. Di umur yang begitu dewasa, akhirnya jodoh mereka disatukan oleh-Nya.

“Saya pun tidak menyangka, ada juga yang ingin menaja majlis perkahwinan kami nanti, apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada yang terlibat terutama adik-beradik Yaya,” ujarnya.

Majlis pernikahan akan di adakan di Masjid Al-Ridhuan Ulu Klang manakala majlis resepsi akan berlangsung di 2 tempat iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Namun tarikhnya akan diumumkan kelak - PORTAL MURAI BATU.

p/s : Berikut ialah tiga keping gambar pra-perkahwinan Yaya Maembong dan Wan Raja.




Foto baju Mawar, isteri Fizo Omar di Langkawi dikecam lagi

$
0
0
Kami tumpang gembira apabila melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Fizo Omar dan isterinya, Mawar. Meskipun masih belum dikurniakan cahaya mata, mereka sememangnya amat menyayangi antara satu sama lain.

Tapi, kami pun pelik bila ada sesetengah pihak seringkali mencari kesalahan pasangan ini. Antara yang selalu dipertikaikan adalah cara pemakaian baju Mawar.

Tak salah kami dah berkali-kali netizen mengkritik baju Mawar yang didakwa terlalu ketat sehinga menampakkan susuk badannya.

Kali ini, video percutian mereka di Langkawi pula menjadi mangsa apabila baju berwarna putih yang dipakai oleh Mawar dikatakan agak sendat.

Bagi kami, tidak salah rasanya nak memberi nasihat, tetapi biarlah secara personal kerana perkara ini jika ditegur secara terbuka dikhuatiri bakal menjatuhkan aib orang pula kan?

Sumber asal : Portal Ohbulan




6 Foto terbaru Maream Esabel, anak Ally Iskandar

$
0
0
Gambar terkini anak perempuan pengacara terkenal tempatan, Ally Iskandar dan Farah Lee bernama Maream Esabel yang lahir pada 7 Ogos lalu. 

Apa yang menarik, Maream kelihatan semakin tembam sekarang dan wajahnya seakan Korean look. Yalah... dah ibunya dulu bertahun belajar kat Korea dan banyak makan makanan di sana. Betul tak?

Jom tengok 6 keping foto terbaru Maream Esabel yang serius comel - Portal Myartis.







8 Foto memukau Mawar isteri Fizo Omar gayakan Fareeda Nour Sofea Manggis

$
0
0
Tidak siapa yang dapat membayangkan betapa jelitanya Mawar Abdul Karim, isteri pelakon Fizo Omar ketika menggayakan tudung jenis Fareeda Nour Sofea Manggis yang kini sedang rancak di jual di Butik Fareeda Bangi.

Kami amat teruja dan terpegun hampir 10 minit kerana kejelitaan dan kecantikan Mawar dengan tudung terbaru itu mengalahkan artis-artis wanita lain seperti Neelofa, Izara Aishah dan ramai lagi. Betul tak?

Dah bagaikan bidadari pula yang turun dari Kayangan. Hehehe. Apapun, mari lihat 8 keping gambar memukau Mawar yang buat ramai jejaka tidak dapat tidur lena lepas ni.










2 Foto Tiz Zaqyah ditegur peminat di laman sosial

$
0
0
Tak dapat dinafikan kadang-kala penonton akan terbawa-bawa dengan watak seseorang selebriti dalam lakonan sehingga berharap agar watak itu dapat direalitikan secara peribadi oleh individu tersebut.

Mungkin dek kerana itu, kami perasan sejak akhir-akhir ini penampilan dan cara Tiz Zaqyah sering sahaja disalah erti. Kebanyakan mereka sering membandingkan perwatakan Tiz Zaqyah dengan karakternya dalam filem atau drama yang dilakonkannya.

Terkini, foto Tiz memakai singlet dan berselfie dengan seorang jurumekap yang dianggap sebagai ‘kakak’nya juga menerima kritikan agak pedas daripada netizen.

Walaupun Tiz sudah menyatakan melalui kapsyen bahawa dia dan jurumekap tersebut tidak berpelukan, namun, peminat masih tak berpuas hati dan menegur pelakon jelita ini.

Alah bisa tegal biasa. Mungkin kerana sudah lali dengan teguran, pelakon cantik itu nampaknya tenang dan tidak lagi mahu melayan komen-komen berbentuk provokasi itu.

Sumber asal : PORTAL OHBULAN




Tergempar Izreen Azminda padam gambar Amar Baharin mengejutkan

$
0
0
Aik, pelik pula kami dengan tindakan Izreen Azminda ni. Mana taknya, apabila kami intai laman Instagram pelakon ini, hanya tinggal beberapa keping foto saja yang tinggal.

Tindakan Izreen memadam hampir kesemua foto-foto termasuklah gambar aktor kacak Amar Baharin ini betul-betul mengundang persoalan.

Bukan apa, sebelum ini Izreen boleh dikatakan rapat dengan Amar. Alih-alih, habis semua gambar dipadam. Bergaduh ke?

Rupa-rupanya, kami difahamkan, Izreen mengambil tindakan memadam foto bersama Amar kerana sudah rimas digosipkan dengan jejaka itu.

"Janganlah kaitkan lagi saya dengan dia. Saya sampai rasa rimas. Lagipun saya ada kehidupan sendiri dan dia juga begitu. Bagilah kami ruang. Bila saya letak gambar saya dan dia, mulalah macam-macam orang komen. Jadi, saya rimas orang asyik bercakap tentang kami. Tidak mahu pening kepala, sebab tu saya padam semua gambar itu. Saya harap selepas ni janganlah kaitkan lagi saya dengan dia."


Pelik memang pelik. Dah macam pasangan bercinta yang baru putus pula nak padam-padam gambar ni. Namun, kami memahami apa yang Izreen rasa. Iyalah, siapa tak rimas jika asyik dikaitkan dengan perkara yang tidak-tidak. Rasa-rasanya Amar padam foto Izreen tak?

Sumber asal : PORTAL OHBULAN

RESEPI KEK KUKUS : Baulu Kukus Mekar Pandan

$
0
0
Bahan-bahan :-
  1. 2 biji telur
  2. 200 gram gula pasir
  3. 1/4 sdt garam
  4. 2 sdt pelembut kek (Ovalet)
  5. 275 gram tepung gandum berprotein sederhana
  6. 1/2 sdt baking powder
  7. 150 ml minuman bersoda tawar
  8. 50 ml santan pekat
  9. 25 ml air daun pandan (dari 20 helai daun pandan dan 24 ml air)
  10. 4 titis pewarna hijau
  11. 1/4 sdt esen pandan
Cara-cara membuat :-
  1. Pukul telur, gula pasir, garam dan pelembut kek hingga mengembang dan likat.
  2. Masukkan tepung gandum dan baking powder sambil diayak berganti-ganti dengan minuman bersoda tawar, santan pekat, air daun pandan, pewarna hijau, esen pandan sambil dipukul perlahan.
  3. Sediakan acuan baulu kukus yang telah dialas dengan acuan kertas. Tuangkan aduan sehingga 2/3 bahagian dari tinggi acuan
  4. Kukus ke dalam pengukus selama 20 minit hingga masak dan merekah. Angkat.
  5. Sajikan.

Selamat mencuba ya. Sila SHARE kalau korang suka dengan resepi ini.

RESEPI KEK KUKUS : Kek pandan Tabur Nangka

$
0
0
Bahan-bahan :-
  1. 4 biji telur
  2. 120 gram gula pasir
  3. 1/2 sdt pelembut kek (ovalet)
  4. 180 gram tepung gandum berprotein sederhana
  5. 1/2 sdt baking powder
  6. 1/4 sdt soda bikarbonat
  7. 50 ml santan pekat
  8. 50 ml minyak sayur
  9. 40 ml air daun pandan (dari 20 helai daun pandan + 40 ml air)
  10. 1/2 serbuk pandan
  11. Potongan nangka secukupnya, untuk taburan
Cara-cara membuat :-
  1. Pukul telur, gula pasir dan pelembut kek hingga mengembang dan likat.
  2. Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat sambil diayak dan digaul rata.
  3. Tuang santan, minyak, air daun pandan dan serbuk pandan, gaul perlahan hingga sebati. 
  4. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan di atas loyang. 
  5. Taburkan potongan nangka di atasnya.
  6. Kukus ke dalam pengukus selama 20 minit dengan api besar hingga masak. Angkat.
  7. Sajikan.

Selamat mencuba ya. Sila SHARE kalau korang suka dengan resepi ini.

15 Foto intim Izreen Azminda & Amar Baharin paling romantik

$
0
0
Inilah 15 foto intim Izreen Azminda & Amar Baharin yang paling romantik sebelum aktres jelita itu mengambil keputusan untuk memadam kesemua gambar Amar dari laman Instagram bagi mengelakkan lebih ramai dilukai dan disakiti.

Menurut Izreen, dia mengambil keputusan memadamkan semua gambar bersama Amar sebagai salah satu cara menghentikan spekulasi.

"Bila saya letak gambar saya dan dia, mulalah macam-macam orang komen. Jadi, saya rimas orang asyik bercakap tentang kami.

"Tidak mahu pening kepala, sebab tu saya padam semua gambar itu. Saya harap selepas ni janganlah kaitkan lagi saya dengan dia, pintanya.
















Viewing all 4594 articles
Browse latest View live